Tuesday, August 25, 2009

Majlis Bacaan Yassin di rumah mak abah BHS...


BHS sempat siapkan fancy cookies dalam jumlah yang sangat minima serta cupcakes in the dome casing untuk diberi kepada perkumpulan wanita yang membaca yasin .BHS masukkan dalam goody bag warna hijau, disertakan senaskah Yassin yang adik BHS beli khas di kedai buku birasnya di Masjid India..

dan cupcakes butter dengan orange buttercream serta bunga fondan tekap sebagai penyeri..itu pun dalam jumlah yang minima...tak sempat buat banyak-banyak...aduhai..

Hidangan selepas majlis bacaan Yassin perkumpulan wanita kampung tempat tinggal mak dan abah BHS...maaf BHS tak sempat jemput kenalan-kenalan BHS kerana majlis di buat secara mengejut...majlis hari Ahad...hari jumaat petang baru mak BHS beritahu BHS..sabtu BHS ke Jeram rumah Cik Ani, adik mak mertua BHS..


cupcake butter ni BHS bawa, adik ipar BHS masak lauk makan tengahari, kuih muih ada yang mak BHS order, dan Ina anak kak siah bawa puding pelangi...

2 comments:

kucingorengemok said...

wowweee... terbaca 'orange buttercream' mula la tekak dapat idea macam² ni... bahaya!

boxhousestudio said...

BHS to kucingorengemok...arr....apa ko nak buat ne kucing?..kasi tau la...