Saturday, January 30, 2010

Mulyati...indahnya namamu....











Terima kasih Mulyati, telah masuk kali ke empat seingat BHS Mulyati menempah cupcakes fondan berbagai tema untuk di hadiahkan kepada kawan-kawannya di UPSI...kali ini cupcakes tema pink and purple yang di tempah hendak di bawa ke Segamat, Johor kampung halaman, ada khenduri katanya...Mulyati kata nak datang umah BHS malam untuk mengambil cupcakes, aleh-aleh awal pagi baru Mulyati datang...lega la juga sebab sempat BHS posingkan cupcakes fondan tu dalam casing transparent, kalau di tambah reben mesti cute, sesuai untuk VIPs, dll ..suka la .....di harap Mulyati suka dan si penerima pun suka...mmm....

Selamat Hari Jadi Baby Rayyan...


Kelmarin pagi Sarah datang ke rumah BHS, datang mengambil CGY Brownies untuk di hantar ke taska anaknya di UPSI sempena menyambut hari jadi anak Sarah, Rayyan..

sebelum ni Sarah pernah order Cheesecake dari BHS

CGY Brownies tanda kegembiraan setelah sebulan diijabkabulkan...Alhamdulillah...








Tanda kegembiraan di hati Dayah setelah sebulan diijabkabulkan , Dayah order CGY Brownies dan Blueberry Cheesetart untuk meraikannya bersama suami tercinta...tak terlewat untuk BHS ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Dayah dan pasangan...semoga terus bahagia dan bahagia dan bahagia..amin amin amin...di harap Brownies dan cheesetart ini menepati selera uols berdua...Oh ya Dayah ni staf Proton di Tanjung Malim ni...suka la pergi ke area Proton ada tasik, boleh pergi jogging ke sana..pemandangannya sungguh indah...

Simple Moist Chocolate Cupcakes with Swirl Buttercream..


Terima kasih Oare, Oare nak beri pada kawannya yang mengahwinkan anaknya di Kalumpang....masa ni Oare tak berapa sihat jadi mak datang ambil di rumah BHS..BHS pula waktu tu tiada di rumah mengikuti kursus coklat dan talam dengan Chef Asma di studionya..

Terima Kasih Intan...




Aduhai Intan, BHS busy benar baru-baru ini...baru sekarang dapat mengupdate gambar blueberry cheese tart...Intan nak 1 bct comel dan 1 bct big yang di tulis "I LUV U"...BHS guna chocolate fondan untuk luahkan kata-kata tu..mmm....

Wednesday, January 13, 2010

Terima Kasih Kak Rohaya...


Tanda kasih seorang ibu pada anaknya...anak perempuan Kak Rohaya kelmarin nak melawat nenek dan saudara maranya di Singapura, sebelum itu anaknya ada bersuara teringin nak makan kek coklat...begitulah hati ibu, BHS pun sama juga...bila anak dah sebut nak makan sesuatu pasti BHS akan teringat dan cuba sedaya untuk di tunaikan...Kak Rohaya ni jiran sebelah rumah BHS, dia juga order chocolate oreo cheesecake 6 inci untuk anaknya juga..tapi gambarnya tiada sebab subuh BHS kena serahkan cheesecake sebab dia nak cepat..aduh!!!..tak payah hias, dengan bekas-bekas BHS bagi..BHS sempat pesan masukkan dalam peti ais dulu, biar keras..bla bla bla...he he he...akak ne tau...

Monday, January 11, 2010

Malaysian Chocolate Fair 2010 di Mid Valley Exhibition Centre..Best!!!

BHS pergi pameran on the last day...lepas siap semua kerja rumah, patutnya naik komuter dari tg malim senang terus turun kan midvalley...ni BHS naik bas dari tg malim RM7-00 turun masjid jamek..ambil teksi ke Mid Valley RM9-60..balik naik komuter RM7-10 ke tg malim, transit di Rawang..masa tunggu kat Rawang, janji komuter ke tg malim pukul 8.20 malam..aleh-aleh KTM beritahu ada masalah teknikal kena tunggu sampai 9.20..Alamak!!!...jumpa pengurus keretapi..dia bantu BHS naik keretapi malam yang hendak ke Hadyai, pukul 8.47 malam keretapi tersebut akan sampai ke Rawang...sempat BHS solat maghrib sekejap...keretapi sampai, BHS terpaksa berdiri di pintu antara gerabak...wee...laju...dan nampak bawah keretapi dari celah-celah lantai usang ...lama gak la berdiri...asyik mengintai keluar...takut terlepas ...fuh...adventure!!!..chocolate punya pasal...sanggup!!!...ha ha ha...sib baik dapat "the other half" sporting...mmmm...


Ini sebahagian chocolate dari Russia

sempat la bantu mereka ni...dan dapat ribbon kuning...

ini booth deeanna yusoff ..alahai.. kecil kurus orangnya...chocolatanya ekluksif sekali...

Chef Jean Marc sedang mendemo pengunaan chocolate converture...cantek berkilat bila sudah di andam

bermulanya di sini...sedap bila dimakan..masam-masam manis gitu..dapat bawa balik buah koko ni dan bijinya yang telah kering...beli t shirt dan juga packet of serbuk koko dari lembaga koko malaysia..hampir nak beli lipstick buat dari koko serta mosturizer....balik terus bancuh minum panas-panas...

oh ya ramai bloggers yg turun seperti dr rahimah, mamazieza, suzinor, leen mohd dll, bloggers yang buka booth pun ada...dengarnya 3 hari rm5,000 sewa satu booth...

Bertalam-talam lah kita...Terima Kasih Chef Asma..hari ni saham talam di FBMKLCI pun naik tempat pertama..ha ha ha..

Kelmarin sebelum penutup cuti sekolah BHS pergi luangkan masa berjumpa Chef Asma...dah lama benar memendam rasa nak berjumpa dengan nya...wah!!!...pagi BHS naik bas dari rumah kemudian naik lrt lepas itu naik komuter yang turun di Subang...dari sana suami Chef dah tunggu dengan kereta...hobi punya penangan...sanggup..ha ha ha...sempatla singgah bake with yen puchong sekejap..

ada lagi tiga talam yang BHS tiada gambarnya di sini....berkesempatan BHS upload...

Chef Asma sedang alehkan talam sekoteng ke dalam kotak...10 kali 10 inci...

talam sekoteng siap di potong kecil-kecil...ada 64 keping..

Terima Kasih Chef Asma, berkongsi ilmu dalam pembuatan kuih talam...happy sangat...sampai terbeli la kukus letrik yang Chef jadi dutanya....sukanyeee...
ada kuih talam lapis carribean, talam lapis sri kedah, talam lapis roti paun,(tiga-tiga ni ada tepung castard atasnya), talam lapis peanut butter, talam sekoteng, talam coklat marmar, talam serimuka delima, talam serimuka pandan, talam serimuka gula merah (dengarnya kalu nak warna cantek tambah kicap..ada berani? tapi chef tak le taruh...sebab BHS bertanya..teringat opah BHS buat serimuka sedap la sangat..mmmm)...Kanda BHS pula terkenang dulu-dulu neneknya pernah buat kuih talam putih semua...atas bawah tapi atasnya lemak lah sangat...adoh!!!...kena la BHS test power...sebab BHS pun suka ..la la la....

Sunday, January 10, 2010

Hari Jadi Mak dan cucu mak, Amalina dapat PMR 9A...

chocolate untuk Amalina ini semuanya milk chocolate compound, dan di bawah tu..cupcakes chocolate moist dengan dark chocolate button courveture sebagai hiasan, huruf dengan fondan serta topping dengan white chocolate button courveture yang di cairkan..aduhai tembam-tembam la cucu-cucu opah nanti...he he he


Alhamdulillah, seronok teramat sangat bila dapat berkumpul beramai-ramai bersama mak abah adik beradik dan anak anak saudara semua, yang paling gembira mestilah mak abah bila anak-anak dapat luangkan masa untuk mereka walaupun sekelumit cuma...abah lah kata, nanti kan, kalau hari jadi dia, dia nak macam ni...INSYAALLAH bah, kitorang memang puas hati dengan gathering begini, tambah-tambah Restaurant yang Anie pilih memang tepat!!!..dengan suasana cerah ceria serta lampu yang terang dan makanan yang sedap-sedap belaka serta layanan yang sempurna. Sah!!! datang lagi lain kali..InshaALLAH...Restaurant ni tokeynya pakistan dan berkahwin dengan wanita melayu...Mie, adik BHS yang kerja money market selalu singgah lunch di sini...memang BEST!!! ..tapi kan BHS tertinggal memory card di rumah gara-gara di charge..maka tiadalah gambar suasana cupcakes yang bercahaya dengan lilin warna warni dan penyampaian hadiah pada Amalina yang sekolah SMAKL..dan makanan yang beraneka rasa menawan jiwa tu...apa pun BHS nak ucap Selamat Hari Jadi kepada mak BHS yang teramat-amat BHS sayang dan rindu serta Tahniah kepada Kak Yong, anak Mie dan Anie, dengan usahanya yang buku tidak terlepas dari tangan telah mendapat PMR 9A...Alhamdulilah dan syukur pada ALLAH...

menu di Restaurant Asif Beriani, Jalan Walter Granier itu ialah...
ayam masala
daging masala
ayam tandori
cheese nan
garlic nan
nasi beriani
mangga lassi
teh tarik berempah (lupa nama sebenar)
juice apple hijau
mmmmm....teringat-ingat...he he he...oh ya balik tu bebudak sumer beli air barbican dlm botol hijau..berbagai perasa...amboi..amboi...amboi...bayangkan gembiranya dia orang...sampai sahaja semua ke rumah mak..bebudak ramai-ramai duk depan tangga, borak-borak, gelak-gelak sambil teguk air barbican...malam sebelum tu BHS dah bawa mak, abah, anak bongsu ke Restaurant Rawsha, kat situ pun anak BHS dah teguk barbican..suka la tenguk botol kacanya warna hijau...masa ke Rawsha, anak BHS lagi satu tengah peksa kat akhir dekat SDAR..

Tuesday, January 5, 2010

Terima Kasih Mulyani



Ini kali ke dua Mulyani order fondant cupcakes dengan BHS, ini untuk sahabatnya...kelmarin untuk ida dan adi warna purple...yang ini pula tema pink dan silver...Terima Kasih Mulyani...take care...bakal timang cahayamata ya...