Sunday, January 10, 2010

Hari Jadi Mak dan cucu mak, Amalina dapat PMR 9A...

chocolate untuk Amalina ini semuanya milk chocolate compound, dan di bawah tu..cupcakes chocolate moist dengan dark chocolate button courveture sebagai hiasan, huruf dengan fondan serta topping dengan white chocolate button courveture yang di cairkan..aduhai tembam-tembam la cucu-cucu opah nanti...he he he


Alhamdulillah, seronok teramat sangat bila dapat berkumpul beramai-ramai bersama mak abah adik beradik dan anak anak saudara semua, yang paling gembira mestilah mak abah bila anak-anak dapat luangkan masa untuk mereka walaupun sekelumit cuma...abah lah kata, nanti kan, kalau hari jadi dia, dia nak macam ni...INSYAALLAH bah, kitorang memang puas hati dengan gathering begini, tambah-tambah Restaurant yang Anie pilih memang tepat!!!..dengan suasana cerah ceria serta lampu yang terang dan makanan yang sedap-sedap belaka serta layanan yang sempurna. Sah!!! datang lagi lain kali..InshaALLAH...Restaurant ni tokeynya pakistan dan berkahwin dengan wanita melayu...Mie, adik BHS yang kerja money market selalu singgah lunch di sini...memang BEST!!! ..tapi kan BHS tertinggal memory card di rumah gara-gara di charge..maka tiadalah gambar suasana cupcakes yang bercahaya dengan lilin warna warni dan penyampaian hadiah pada Amalina yang sekolah SMAKL..dan makanan yang beraneka rasa menawan jiwa tu...apa pun BHS nak ucap Selamat Hari Jadi kepada mak BHS yang teramat-amat BHS sayang dan rindu serta Tahniah kepada Kak Yong, anak Mie dan Anie, dengan usahanya yang buku tidak terlepas dari tangan telah mendapat PMR 9A...Alhamdulilah dan syukur pada ALLAH...

menu di Restaurant Asif Beriani, Jalan Walter Granier itu ialah...
ayam masala
daging masala
ayam tandori
cheese nan
garlic nan
nasi beriani
mangga lassi
teh tarik berempah (lupa nama sebenar)
juice apple hijau
mmmmm....teringat-ingat...he he he...oh ya balik tu bebudak sumer beli air barbican dlm botol hijau..berbagai perasa...amboi..amboi...amboi...bayangkan gembiranya dia orang...sampai sahaja semua ke rumah mak..bebudak ramai-ramai duk depan tangga, borak-borak, gelak-gelak sambil teguk air barbican...malam sebelum tu BHS dah bawa mak, abah, anak bongsu ke Restaurant Rawsha, kat situ pun anak BHS dah teguk barbican..suka la tenguk botol kacanya warna hijau...masa ke Rawsha, anak BHS lagi satu tengah peksa kat akhir dekat SDAR..

No comments: