Sunday, May 30, 2010

Al Fatihah buat allahyarham Haji Adlan Bin Haji Abdul Rahman..hampir 90 tahun umurnya..

pagi tadi BHS ke Ipoh bersama E1, walaupun semalam baru pulang dari Bota Kanan menghadiri majlis perkahwinan anak abang Sapiah, Sapiah ni biras BHS...


masa BHS sampai, arwah sudah di sembahyangkan...sebagai tanda penghormatan terakhir terus BHS dan E1 serta makcik-makcik BHS (depa dah pi dari malam tadi ke rumah arwah sebaik tahu berita kematian Pak Lan pasai makcik-makcik tinggal di Ipoh) ke tanah perkuburan ...


Imam masjid kuala pari membacakan talkin serta doa-doa...

Al-Fatihah BHS sedekahkan kepada arwahnya Pak Lan, ibunya bernama Fatimah...BHS banyak terhutang budi pada isterinya, Wan Yom, masih sihat dan steady lagi orangnya walau umur menjangkau 80 sudah.....BHS terkenang Wan Yom yang sentiasa bersusah payah dalam apa jual hal dan bertungkus lumus semasa hari perkahwinan BHS dan keluarga mereka especially Kak Itah yang tolong masak untuk arwah Tok semasa hidupnya selepas Opah di jemput ALLAH ...semoga rohnya ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman...amin amin amin yarabbalallamin..

nape BHS rasa sayu sangat ni?..di saat ni, di malam ni BHS membayangkan kalau BHS yang berada di tempatnya...ALLAH...

di tanah perkuburan ini juga allayarham dan allayarhamah
tok, opah, ayah alang, tok chow (abang tok) dan opah chow, anak wan andak dan semua saudara mara belah mak BHS disini bersemadi...Al-FAtihah BHS sedekahkan pada semua...Al-Fatihah..

10 comments:

Unknown said...

salam BHS

al faatihah ..... ameen . buat arwah n sekelian muslimin...

ummi pun selalu terbayang bagaimana andai yg meninggal tu diri ummi sendiri..masyaAllah

atuk said...

Assalamualaikum Kak Tun

Al Fatihah untuk Allahyarham Hj Adlan bin Hj Abdul Rahman
moga kuburnya diteranggi dgn cahaya Syurga

Alhamdulillah, tiada apa2 dlm perjalanan

ps drp semalam saya beri comment, tapi tak siar2

Wassalam

boxhousestudio said...

Ummi Humaira..terima kasih tanda ingatan ini...

ya Ummi, saya selalu biasakan diri merasa apa yang mereka rasa..dengan cara ni timbul perasaan insaf dalam diri BHS ...

boxhousestudio said...

waalaikumsalam Rozali

Terima kasih turut merasakan kesedihan ini...ya moga syurga miliknya..amin

pelik nape dengan comment links ni ya?

BHS pi dengan E1, sporting betul dia tak tidur-tidur menemankan ibunya memandu...kami berborak, bernasyid, menghafal-hafal, makan, minum, berhenti berehat dan belanja E1 makan yang sedap-sedap sikit di kawasan rehat Tapah...hujan lebat petang..jam juga..ngantuk pun ya ..namun segalanya dapat di atasi..terima kasih E1..terima kasih ALLAH..permudahkan segala urusan..Alhamdulillah

Unknown said...

salam BHS
insyaAllah akan ummi sampaikan salam tu...doakan ummi jua

boxhousestudio said...

Ummi Humaira

terima kasih..

rezeki said...

al fatihah

sinomosa said...

Salam Kak BHS,

Takziah..smg rohnya dicucuri rahmat Illahi

boxhousestudio said...

rezeki

terima kasih

boxhousestudio said...

SiNoMoSa

ya dan terima kasih