Wednesday, June 9, 2010

ku dambakan taufik dan hidayah mu YA ALLAH...





Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh BHS ucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi singgah ke mari bertemu dengan BHS di alam maya ....kali ini BHS nak berkongsi satu lagi kitab kesayangan BHS...AL-Qur'an dan terjemahannya..

meh kita baca apa kata pengantar penerbit...

"Segala puji dan sanjungan hanya berhak kita panjatkan ke hadirat ALLAH s.w.t. yang telah melimpahkan kasih sayang-Nya yang Mahaluas hingga tak terbatas ruang dan waktu.

Salawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., nabi besar yang di utus sebagai rahmat bagi sekalian alam. Semoga pula salawat dan salam-Nya terlimpahkan kepada segenap keluarga dan para sahabatnya serta seluruh umatnya yang berketetapan mengikuti tuntunannya hingga akhir zaman.

Al-Qur'an bagi umat Islam mempunyai arti penting sebgai Kitab Suci dan pedoman dalam kehidupan beragama dan bermasyarakat. Sebagai Kitab Suci dan pedoman hidup, Al-Quran perlu di fahami secara baik agar dapat dihayati dan diamalkan ajarannya. Disinilah erti penting kehadiran Al-Qur'an dan Terjemahannya ini, terutama bagi masyarakat kita yang sebahagian besar kurang memahami bahasa AL-Qur'an.

Demikian, semoga Al-Quran dan Terjemahannya ini memberikan manfaat dan dapat memandu mereka yang ingin mengetahui kandungan dan maksud ayat-ayat Al-Qur'an secara lebih mendalam.

Akhirnya dengan selalu mengharapkan taufik dan hidayah dari ALLAH s.w.t., kami mengucapkan terima kasih yang setulusnya kepada semua pihak yang telah terlibat dan memberikan dukungan yang besar dalam proses penerbitan AL-Qur'an dan Terjemahannya ini. Semoga upaya kita ini mendapat rida-Nya. Amin.

Wassalam

Penerbit,"

hmmm...kitab kesayangan BHS ni berat...+- 3 kg...berat pun beratlah...berat lagi bahu nak memikul tanggungjawab..ALLAH...BHS dapatkan kitab ini di sebuah kedai buku milik kakak/abang ipar my sister in law di wisma yakin, berdepan dengan masjid india di Kuala Lumpur...BHS nak pergi lagi ke sana...tak puas-puas melihat koleksi buku-buku agama yang banyaklah sangat kat situ...BHS mesti cari masa untuk aktiviti ini..Insha ALLAH...nanti BHS sambung ..nak gi kerja dah...aduhai kat astro oasis la ni tengah ada rancangan mengaji dengan Hajjah Sharifah Khasif...ALLAH..sedang cantek lah...Masya ALLAH....tenang rasa..

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Kak Tun

selamat bekerja, niat kerana Allah

semoga Kak Tun masuk dlm...
semua pihak yang telah terlibat dan memberikan dukungan yang besar dalam proses penerbitan/PENYEBARAN AL-Qur'an dan Terjemahannya ini. Semoga upaya kita ini mendapat rida-Nya. Amin.

Wassalam

boxhousestudio said...

BHS to Rozali

Amin...amin...amin...Ya Rab...