Thursday, June 3, 2010

Kek Kurma pemanis mulut, lepas makan malam tadi...



KEK KURMA

Bahan-bahan:
180 gm mentega
5 biji telur
210 gm tepung gandum
100 gm gula halus
2 sudu besar susu pekat
370 gm kurma - timbang baru buangkan bijinya
1 biji limau sunkist - ambil jusnya
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila

Cara menyediakannya:
1. Pukul putih telur, gula dan serbuk penaik, ketepikan
2. dibekas yang lain, kacau mentega dengan esen vanila hingga putih dan kembang
3. masukkan kurma yang telah di hancurkan dan jus limau
4. masukkan susu pekat, kemudian adunan telur, tepung dan kacau sehingga rata
5. tuangkan adunan di dalam loyang. Bakar pada suhu 180'C selama 40 minit.

BHS guna loyang oval walaupun 3/4 penuh, jangan bimbang tidak akan melimpah..bila masak ia kan merekah atasnya..bila sejuk ia akan merata. BHS sapu mentega pada loyang dan taburkan sedikit tepung ...malam tadi dah siap dah kek kurma ni ..jadi malam ni BHS keluarkan kek dari loyang senang tidak melekat..Alhamdulillah.
Kurma dalam kotak biru hadiah dari Tuan Haji Arshad masa BHS beribadah di Mekah dan kurma ajwa, E1 beli semasa di pasar kurma Madinah, di bantu oleh Ustaz M..syukran ya ustaz..

Jom jamu selera dengan BHS, lembut kek kurma ni..minum pula dengan teh-o panas, ..nikmat....(teh tarik nak tapi nak yang Cafe D'saji Mekah..siapa nak jawab ni..mengundang rindu betul la)...eh..jom la minum sama..

Sumber : Mei 2010 Saji www.utusankarya.com.my

5 comments:

MohdArshad said...

salam boxhouse...sedap tu...

boxhousestudio said...
This comment has been removed by the author.
boxhousestudio said...

Salam MohdArshad..

padan la BHS tersedak, rupanya orang jauh datang bertandang...Alhamdulillah ....

salam ibadah dari BHS di sini..

Norasikin Westernfood said...

Mahal la kurma sekarang ni. Ada sesapa nak sedekah kurma tak?

boxhousestudio said...

Norasikin Westernfood

Salam sahabat untuk mu, di m'sia memang mahal...tapi khasiatnya lagi jauh lebih mahal...nanti kalau kita jumpa kita belanja kurma ya...Insha ALLAH...

wasallam