Saturday, August 28, 2010

Faux Cakes...Terima Kasih Kak Pah...

Faux Cake yang bulat serta cupcakes itu, BHS punya ..simple dimple..BHS cuma nak tahu teknik dulu...

Ini pula Faux Cake dan cupcakes Shida Aziz..Shida yang BHS perhatikan dia suka design berombak camgini...cantek kan?..BHS suka hati ku hati mu..hi hi..

sebenarnya kami bertiga ni, serampang dua mata, satu belajar buat faux cake dan satu lagi hadiri majlis ini...kami hadiri majlis anjuran Jelita ini sebelum puasa kelmarin..dah lama dah rancang, kak pah lah yang powernya..BHS ikut aje...senior la katakan...tambah lama dah tak jumpa nga dorang berdua ni....mula asalnya BHS antara pergi tidak, pergi tidak..aleh aleh pergi..dah tertulis gamaknya...ee...

lepas habis majlis di Legends yang bermula pukul 8.30 malam...kami bermalam di Regency...masa di sini kami hasilkan kerja tangan ni...Pink Faux Cakes..tarra....

ini pula peralatan untuk menyiapkan Faux Cakes..waktu ni mata Kak Pah antara buka tutup buka tutup, mengantuk la tu....tapi Kak pah tetap tengok BHS dan Shida menyiap kan segala...adoi..akak ni ..macam tentera la..ha ha...

Terima Kasih kak pah aka Sharifah Fadzlon yang datang dari jauh, Perling sana nun dan Shida Aziz dari Bentong... memang rock kita tiga orang ni..ha ha ha!!!...walaupun dah tahap penat menghadiri function di Legends sampai lewat malam, namun semangat mengatasi segala..lihat hasil Faux Cakes BHS dan Shida yang siap pukul 3 pagi kut..ha ha...selagi tak siap Kak Pah tak kasi tidur...macam tak ingat pagi or buat la besok kan?..gini..BHS ada kursus penting dua hari bermula esoknya di Berjaya Times Square ...mmm...challenge!!!..ho ho , ...oh cerita pasal peralatan untuk buat Faux Cake ini, semuanya Kak Pah yang bawa...BHS lenggang kangkung aje...pada yang belum tahu, Faux Cakes jangan di makan, ianya untuk hiasan...sapa cuba makan, luruh gigi yang gagah tu nanti...hi hi....seronok BHS menimba ilmu Faux Cakes yang BHS consider baru tak baru la...sebelum ni dah test power dengan agen agen...tak gitu agen?..tapi waktu tu tak dapat belajar dari mula..almaklum la, BHS ni always busy lain ..echeh..cheh...

2 comments:

Ummi Humaira said...

salam BHS...

ummi tak pandai langsung bab2 masak n hias kek tu , telan lioq jer ler...

boxhousestudio said...

Salam Ummi Humaira...

alla...hi hi