Monday, August 30, 2010

Hari ini E1 dan rakan-rakan sekolahnya mendeklamasikan sajak MERDEKA!!!..



Hari ini,
Merdeka, merdeka, merdeka,
Dilaungkan dengan sekuat hati,
Dengan senyuman, keriangan, kepuasan,
Tanpa tangisan...

53 tahun dahulu...
Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka,
Dilaungkan dengan penuh rasa bangga,
Tatkala ayat keramat kedengaran,
Air mata rakyat kegembiraan mengalir,
Menitis ke tanah seperti memberi sinar dan harapan,
Kepada bangsa, agama dan negara...

Kini 53 tahun berlalu,
Segala harapan dan impian 53 tahun dahulu telah di capai,
Ku bangga melihat kejayaan ini,
Tapi disebalik kejayaan masih ada kegagalan,
Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara
mencapai kemerdekaan? keperitan?
Meraka tidak mengerti, mereka lupa...

Kini...
Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaan,
Mereka hanya lihat merdeka ilusi semata,
Buku, gambar, video dan sedikit cerita orang tua,
Apa yang mereka rasa?
Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 53
tahun dahulu?

53 tahun...
Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan,
Di jiwa insan generasi baru,
Apa akan jadi kepada kemerdekaan kita?
Adakah ia akan berkekalan selamanya?

Sedarlah kawan-kawan ku,
Carilah erti kemerdekaan,
Renungkanlah kesusahan, keperitan, dan kesengsaraan,
Rakyat 53 tahun dahulu,
Jika kamu mahu 5000 tahun,
Merdeka tetap merdeka.


31.08.1957 - 31.08.2010

Selamat Ulang Tahun buat anak sulung BHS yang berada di Shah Alam, sedang menghadapi peperiksaan di kolejnya ...lahir di Klinik Chaudry, Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur pada 31 August, pukul 10 pagi, diwaktu perarakan menyambut kemerdekaan berlangsung meriah...anak ku yang dikasihi lagi di sayangi, moga barokah umur mu, moga cemerlang kesihatan mu, moga kejayaan dunia dan akhirat sentiasa mengiringimu, moga dikurniakan jodoh mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, moga ALLAH permudahkan segala urusan sepanjang pembelajaranmu...moga sentiasa terjaga akhlak mu, sembahyang 5 waktu sehari semalam menjadi kewajipanmu...kasih sayang kami semua tiada berbahagi buat kamu, malah bertambah-tambah setiap saat dan waktu ...amin amin amin ya Rabbal' Allamin...

5 comments:

Kakzakie said...

Salam BHS,

Benar di sekolah hari ini banyak kegiatan. Anak kakak ada koir "1 Malaysa". Maksud tersirat dia tak faham lagi kerana persediaan dibuat oleh guru.

Lin's Gallery said...

Salam Kemerdekaan Kak Tun....Semoga Negara Kita Ini Aman Dan Damai Selamanya...Insya Allah....

boxhousestudio said...

Salam Kakzakie

walaupun depa tak faham sekarang kak, tapi memori koir itu nanti pasti akan mengamit kembali bila kefahaman itu sudah datang nanti...

syukran akak

boxhousestudio said...

salam Rozali

salam merdeka yang baru berlalu...

boxhousestudio said...

Salam Lin...


Salam Merdeka...amin, amin, amin ya Rab