Tuesday, August 3, 2010

demi ALLAH ....demi RASULULLAH....

SESUNGGUHNYA SETIAP AMALAM ITU DIKIRA BERDASARKAN KEPADA NIAT. BARANGSIAPA YANG ADALAH QASAD DAN NIATNYA ITU UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH DAN RASUL NYA, MAKA HIJRAHNYA ITU ADALAH KEPADA ALLAH DAN RASUL NYA. JIKA NIAT DAN QASADNYA ITU ADALAH SEMATA-MATA KERANA KEBENDAAN DUNIAWI, MAKA IA BERADA DI DALAM KERUGIAN YANG AMAT SANGAT...SESUNGGUHNYA CINTA ITU TERBIT DARI HATI YANG TULUS IKHLAS

Cinta adalah indah
Seandainya yang dicintai itu Habibullah (Rasulullah)
Penyakit cinta amatlah parah
Kerana cinta adalah penyakit arwah
Jika benar kamu cintakan Allah
Kaukan kasih sekelian Ahlullah
Sentiasa bermain dibibir kalimat 'ALLAH'
Dan sentiasa kau asyikkan Rasulullah
Nikmat cinta amatlah lazzah
Peroleh dengan Suhbah Sufiah
Cinta Haqiqi - cinta yang mengenalkan diri
Cinta Majazi - semakin takabbur mendakwa wali
Dilimpahi Cinta Ilahi - mereka yang merendah diri
Rendah diri bukan bermakna tunduk
Tetapi kosong hati daripada sekelian makhluk
Melainkan terhadap mereka yang menjadi petunjuk



petikan kata-kata dari buku
Khasiat & Fadhilat
Ayat-ayat Suci Al-Quran
30 Juzu'
Abu Al-Baqir Ao-Dusuqi








7 comments:

Mohd Saad Hamid said...

Salam puan BHS

So kueh tu namanya kueh Cinta I guest.

Just singgah kejap dan tinggalkan jejak.

boxhousestudio said...

salam tuan haji Mohd Saad Hamid

aduhai...tiada kaitan ya tuan haji..ayat ni saya dapat dari buku hadiah kiriman kawan yang baru pulang dari Umrah...ayat ayat cinta rasul dan cinta ALLAH cukup indah untuk di kongsi bersama di sini...

adapun tentang biskut suji badam dan fancy cookies berbentuk hati secara kebetulan sahaja

kiriman ini sudah pun sampai ke Yambu...paling tidak sudah pun habis dalam perjalanan...ini andaian saya la...dan memudahan selamat sampai ke Mekah juga...memudahan...Insha ALLAH....ucapan terima kasih tidak terhingga pada sahabat dunia akhirat BHS, Taj yang dihormati lagi di segani...Alhamdulillah...

salam cinta ALLAH, cinta RASUL...dari BHS

note: Tuan Haji...gambar kenanga di bilik makan ABeer GArden mengamit memori betul-betul la

Kakzakie Purvit said...

Salam BHS,

"KEK BHS - PENGUBAT KECIL HATI ANAK"

Pada 20 Jun lepas ibu mertua menghembuskan nafas terakhir maka birthday anak ke dua pada 23 Jun tiada apa dapat dibuat. Sekali lagi pada 3 Aug. abang ipar pula menyusul meninggalkan kami. Jadi semalam 5 Aug. suppose birthday siadik juga kami rasa tiada mood untuk membuat apa-apa.

Tapi anak kecil yang dia tahu birthday cake. Cuba tempah cake dah suntuk. Idea si mama hadiahkan gambar cake BHS. Alhamdulillah mereka semua dah ketawa.... Happy juga. Syukran.... moga hari Ahad ini anak-anak dapat menikmati cup cake sebenar. Bukan gambar cup cake BHS tau tapi cake yang boleh dimakan; made in mama Zakie.

Terima kasih BHS kerana gambar cup cakes dapat mengubat kecil hati anak-anak kami.

Anonymous said...

Assalamualikum BHS. Semua oarang suka meninggalkan jejak KASIH kat blog ni

Rinnchan said...

Salam Di Ambang Ramadhan AlMubarak ya Kak Tun..
Mintak maaf zahir batin banyak2 yaaa.....

boxhousestudio said...

salam Kakzakie...terharu saya mendengarnya....moga kita akan saling bahagia membahagiakan...ini sahaja yang dapat saya beri....ALLAH....moga ikatan sillaturrahim terus terjalin dan terus terjalin amin amin amin ya Rab

boxhousestudio said...

salam Rinnchan...ALLAH ALLAH ALLAH...lama nya kita tak bertegur sapa ...rindu mengamit ....memori mekar dalam ingatan...saling bermaaf-maafan itu yang pasti ...tiada sengketa antara kita ...cuma jarak memisahkan kan....walau kau jauh nun di sana Rinnchan....ingatan ku pada mu tetap mekar...biar kita jauh di mata namun di hati pasti kekal juga...Insha ALLAH...

sampaikan salam pada anak-anak yang bijak pandai itu dan keluarga semua...

salam Ramadhan buat mu jua dari kelab?...ha ha ha