Sunday, August 22, 2010

tadi buka puasa dengan nasi khabsa ayam paling simple.....Alhamdulillah...



NASI KHABSA
Sumber : Chef Aini Salim

Bahan-bahannya
600 gram beras beriani (rendam satu jam, kemudian toskan)
(BHS guna beras biasa ...rendam 15 minit)
300 gram daging lembu (hiris) - kita guna daging tetel
(BHS guna ayam aje)
1 sudu makan tomato puree
150 gram minyak sapi (boleh gantikan dengan minyak masak) - kita campur dgn minyak zaiton
(BHS guna minyak masak)
5 biji buah pelaga
4 sentimeter kayu manis
2 labu bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1/2 sudu makan serbuk lada putih
sedikit koma-koma dan air mawar
(BHS tak bubuh ya))
Secukup garam

Caranya

Panaskan minyak, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih hingga kuning.

Masukkan daging (BHS guna ayam ni) , buah pelaga dan kayu manis, kemudian masukkan tomato puree serta garam dan secukup air untuk masak nasi. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras beriani(BHS guna beras biasa).

Apabila airnya hampir kering, taburkan koma-koma yang dicampur dengan sedikit air mawar. Tutup nasi dan biarkan masak hingga tanak.(adoi, BHS tak bubuh pun...memang sempoi kali ni ..hi hi)

Enak dimakan bersama sambalnya. (Sambal ni pun BHS tak buat, BHS gantikan dengan Ayam masak style mamak)..

Cara membuat sambal

Kisar secukup lada merah dan bawang putih. Campurkan dengan sos tomato, gula dan garam.

Jika suka, boleh perahkan sedikit air limau nipis. Semasa hendak dihidang, taburkan secukup daun ketumbar yang dihiris.

so, cik Diana dan geng sumer...jangan marah, BHS ikut suka hati kali ni...tapi ada satu BHS dah campur...nampak tak kotak hijau tu...mmm...Terima Kasih Chef D, jasa itu pasti BHS kenang...

rupanya kata depa ...ini petikan kata-kata dari blog Diana... D oh D, BHS copy tau..boleh ya...


"Resipi ini dikongsi bersama oleh Kak Farinata, resipi asal dari Chef Aini Salim. Mengikut kata Kak Farinata resipi ini sedap dan kena dengan selera keluarganya. Katanya lagi Nasi Kabsa ini dihidangkan dengan dalca, ayam goreng resipi D (check kategori Ayam ya), acar dan sambal. Nasinya tak muak dan tahan lama tak mudah basi.

Kak Farinata ada mencuba Nasi Kabsa menggunakan daging lembu dan juga ayam. Terima kasih kepada Kak Farinata dan juga Chef Aini Salim sudi berkongsi resipi ini dengan kita semua."

BHS pun tak mau ketinggalan....nak ucap terima kasih yang tidak terhingga...Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah...moga pahala berlipat ganda buat uolls semua, aminnn......berkongsi resepi untuk menjamu orang-orang yang berbuka puasa...Syukur sangat rasanya....

8 comments:

Unknown said...

salam BHS..

aduh2 baca pg2 ni buat terlioq jer bila tengok nasi tu..

atuk said...

Salam Ramadhan Kak Tun

betul kata ummi tu
buat keroncong perut
he he

Wassalam

Cheritera Kami said...

1st time wa dengar nasi khabsa ni...

boxhousestudio said...

Salam Ummi Humaira...maaf ya..aduhai...

Salam Rozali...salam ibadah buat rozali sekeluarga...

Salam KSWSK...nasi khabsa ni belah-belah middle east sana nun ya..sedap...cuba la..terasa ke "arab" ban nya..ha ha

Kakzakie Purvit said...

Salam Ramadhan BHS,

Ewah... dah melihat nasi khabsa tu macam ada di Mekah pulak. Teringat masa di sana la tu... tapi kalau nak makan kena masak sendiri. Resepi ikut je....

sinomosa said...

Salam Kak BHS,

Wow pandai argh akak nie masak..
Nanti bleh ler si adik manis nie menuntut eks hikhikhik

boxhousestudio said...

Salam Kakzakie

ini salah satu cara untuk saya dekatkan diri dengan bumi anbia yang saya rindui sangat tu..

salam ibadah dari BHS

boxhousestudio said...

Salam SiNoMoSa

Salam Ramadhan dek...alla...malunya di katakan bergitu...sekelumit ilmu masak aje ... itu pun puas merenung resepi...so untuk cik adik manis..mari la..ajak taj sekali...kita experiment lagi banyak resepi ..jom jom jom