Thursday, December 2, 2010

hajat dihati nak kasi muffin ni kat Doktor dan Nurse yang rawat Abah...

pagi semalam BHS buat dua adunan muffin  untuk dapatkan muffin kuaci, kurma, mix fruits, almond nibs dan blueberry...BHS guna papercup size 8 ...

ni resepinya ya


BEST EVER MUFFIN
Sumber: Allrecipes.com

Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.

~jom cuba jom~

6 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Kak Tun

moga abah kak tun senantiasa dlm pemeliharaan Allah hendaknya

Wassalam

boxhousestudio said...

waalaikumsalam Rozali....

terima kasih banyak-banyak Rozali,saya sangat berbesar hati...terima kasih mendoakan amin Ya ALLAH....

wassalam

kak norli said...

Assalamualaikum BHS...
Lepas subuh mula Blogwalking kejap...sementara ada masa yg terluang ni..Hati akak amat tersentuh sekali..bila ada yg sudi share resepi yg enak ni..Insyaallah nnti kak norli buat...moga Allah membekalkan keberkatan & kebahgiaan BHS sekeluarga Amin...

Marla said...

Salam BHS...

Rajin nya buat muffin...insya Allah will try one of these days. My prayers for your dad....

wassalam

boxhousestudio said...

Waalaikumsalam kak norli...

kak norli sihat?..moga sihat hendaknya...amin Ya ALLAH...
akak...apa salahnya berkongsi...saya juga nak berterima kasih pada mereka-mereka yang sudi berkongsi resepi dengan saya...akak lagi banyak yang kita tahu sebenarnya ada lagi banyak yang kita tak tahu....so akak, meh kita berkongsi cerita perihal muffin ni...hasilnya memuaskan hati saya...dia akan berongga sedikit di dalamnya...dan muffin ni agak mengeras tapi sedap...kak norli pun tahu kan oven kena suhu yang panas...saya guna oven europa dan suhu nya saya letak pada 200'c..saya dah setkan awal-awal..walau bagaimana pun it depends pada oven masing masing ya...dan satu lagi isikan batter tu nak hampir penuh...jangan bimbang dia tak akan melimpah untuk resepi yang ini...cuba ya kak..

wasalam...

boxhousestudio said...

Salam Ukhuwah untuk Marla juga...

terima kasih teringat kat abah saya...saya kesian kat dia...dia sudah tidak segagah dahulu...cuma kena bantu dia agar dia rajin berpantang..part ni agak payah ...cabaran untuk saya...

Marla...
saya suka buat muffin ni coz, dia cepat siap...kiranya tak cukup masa tapi hati tetap ada rasa nak berbaking, muffin paling sesuai...dan nombor dua ialah brownies...

alahai...segan dengan Marla...Marla kan terror...apa pun terima kasih ya Marla, sudi singgah rumah BHS...Alhamdulillah...