Monday, May 23, 2011

~apam polkadot~

semalam 22.5.11... BHS jumpa E1 sebab nak hantar seluar sukan tuk camping akan datang..akhirnya sempat sampaikan apam polkadot berinti ini pada anak anak Ijabah... rupanya depa sedang sambut b'day tuan haji azizi.. dan dan dan dapat jumpa kejap ngan ustaz amin, 1st time jumpa........^_^....... buat apam polkadot ni pun 1st time tau, sama sama kawan BHS di gh.. happynya...kenit je apam ni ...besar-besar duit 20 sen...yum yum yummy...satu warna je....next time BHS buat warna warni ya...Insya ALLAH...

bestnya....ada inti didalamnya.....ti BHS buat lagi yang berwarna-warni, ikut rasa jemnya ya...jem kiwi, oren, kaya, coklat, raspberry, blueberry , lemon...apa lagi...apa lagi....^_^....dan kukus dalam pengukus trio....simple dimple......Insya ALLAH ya....


meh tengok resepinya....


RESEPI APAM POLKADOT KUKUS



Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
 shell@myresepi

3 comments:

Zuwairi AIman said...

Salam kunjungan... blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)

boxhousestudio said...

salam di sambut...salam business dari BHS buat adik zuwairi alman...dah singgah dah ....Alhamdulillah...

Nurul Atiqah said...

assalamualaikum.. akak, nk tnya, kalo nk tempah apam polkadot ni mcm mane ye hrga die? :)