PLAIN BUTTER CAKE
Sumber : Bebop
Bahan A
250 gram butter SCS 200 gram gula (gula castor) 210 gram tepung gandum (maklang guna self raising flour) 1 sudu teh baking powder
Bahan B
5 biji telur
Cara-caranya
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4 hingga ke 5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil-bintil. Tuang adunan dalam acuan 9" (kita pakai 8"), bakar 160'C selama 50 hingga 60 minit atau uji dengan lidi dengan mencucuk di bahagian tengah kek.
Ada nasihat dari Bebop ne..untuk mendapatkan kek butter yang cantek dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.
Bukan setakat Maklang, Bebob, rakan-rakan kata kek ne moist dan gebu.. kanda kita, MIL kita, biras, adik ipar, mak dan semua-semua yang merasa kek ne waktu Raya hari tu kata sedap...tapi mereka kaitkan dengan kek orang lama ada bubuh kulit oren dan terasa oren...dengar tu kita pun buat le kek butter bubuh oren dari fp Maklang gak ..nanti next entry kita kemaskini..k?...terima kasih ALLAH.... |
2 comments:
Assalamualaikum Kak Tun
sedap nyerrrrr apam
Wassalam
waalaikumusalam tuan haji rozali
rasa pun belum...dah kata sedap ...
sedap di mata ya...he he
Post a Comment