Friday, June 24, 2011

~Mengorbankan Perasaan Satu Jihad~

Terima Kasih pada sahabat PDKM BHS, Taj dengan tanda ingatan ini....semoga cita-cita dan impian murni lagi suci itu akan di makbulkan ALLAH dalam masa yang terdekat ini....ameen



Manusia adalah jenis makhluk yang ada perasaan. Apabila kita menyebut perasaan, ia adalah rasa-rasa yang bertapak di hati nurani dan sarangnya adalah hati daging.

Perasaan-perasaan itu seperti rasa kasih, rasa benci, rasa jijik, rasa simpati, rasa marah, rasa dendam, rasa rindu, rasa malu, rasa megah, rasa sombong, rasa takut, rasa serba salah, rasa berbelah bagi.

Perasaan-perasaan yang merupakan fitrah atau tabiat semulajadi manusia, bukan senang hendak diasuh,dididik,dididisplin,dikendalikan dan diurus kerana ia ada yang positif, ada yang negatif. Yang positif hendak dilepaskan, yang negatif hendak ditahan.

Melepaskan yang positif adalah satu pengorbanan. Menahan yang negative adalah juga satu pengorbanan. Mengorbankan perasaan dianggap satu jihad, jihad batin. Bahkan ia lebih besar lagi dpd jihad-jihad benda2 yang lahir seperti mengorbankan tenaga, harta dan nyawa.

Perlu diingat, utk mendapatkan keredhaan ALLAH Taala perlukan pengorbanan. Tidak ada pengorbanan tidak ada keredhaan. Tidak ada keredhaan adalah 'nonsence'. Tidak ada pengorbanan adalah angan2. Tidak ada pengorbanan, tidak akan ada kejayaan untuk dunia dan akhirat.

Mengorbankan perasaan amat susah hendak dilakukan. Sungguh perit dan sakit. Sungguh tercabar dan menyusahkan. Tapi ingatlah, tidak ada pengorbanan, tidak akan ada kejayaan untuk dunia dan akhirat.

Oleh itu, mengorbankan perasaan adalah rahsia segala kebaikan. Dari mengorbankan perasaan itu lahir kasih sayang, lahir kesabaran, lahir simpati, lahir pembelaan, lahir ukhwah, lahir KEREDHAAN. Maka kerana itu mengorbankan perasaan itu adalah satu jihad. Kerana disini nafsu terpaksa dilawan. Melawan nafsu lebih besar daripada jihad dimedan perang. Oleh itu ingatlah, tidak ada pengorbanan, tidak akan ada kejayaan untuk dunia dan akhirat.

Kerana itu mengorbankan perasaan amat perlu dilakukan. Kalau perasaan tidak sanggup dikorbankan, sifat sabar tidak akan dimiliki. Apatah lagi sifat REDHA. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, kita akan jadi pemarah, tolak ansur tidak akan wujud. Ertinya mengorbankan perasaan itu sangat besar ertinya di dalam kehidupan masyarakat atau di dalam kehidupan manusia.

Oleh itu minta selalu pada ALLAH taufik dan hidayah-NYA agar kita mampu mengorbankan perasaan agar segala perkara yang lahir yang kita miliki dapat kita korbankan demi KEREDHAAN ALLAH.. InsyaALLAH

~Majalah Al Maratus Saliimah~

No comments: