Masa ana up kan entry ini, abah ana telah pun pulang ke Rahmatullah pada hari ahad 17 J'Akhir 1433 bersamaan dengan 29 April 2012 selepas azan zohor berkemundang , abah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah bersama mak yang setia disisi menjaga suaminya yang sakit terbaring sepanjang episod akhir kehidupan abah di dunia yang fana ini.
Abah, ana sayang abah, tak terbalas segala jasa baik abah membesarkan ana dan adik-adik sekelian serta abah sentiasa mengambil berat kat mak. Syukur, Alhamdulillah. Ana berdoa agar segala dosa-dosa abah yang ada semasa hayat di kandung badan di ampunkan oleh ALLAH S.W.T. Ampunkanlah abah ana, Ya ALLAH...ampunkan lah, ana merayu padaMu.
Oleh itu, dengan rendah hati, ana memohon pada pengunjung blog ana yang di rahmati ALLAH sekelian, sudi lah kiranya tuk menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat ayahanda ana, Allahyarham Zainal Abidin Bin Mohd Nurudin. Ana, mak dan adik-adik dahulukan dengan ucapan ribuan Terima Kasih, semoga abah ana tenang bertemu Penciptanya...ALLAHUAKHBAR.
Ana hadiahkan Al-Fatihah buat yang tercinta yang empunya syafaat, Penghulu seluruh alam YA RASULULLAH S.A.W dan ana hadiahkan Al-Fatihah buat abah ana yang amat-amat ana sayang.
Al-Fatihah...Amin. |
Wednesday, May 2, 2012
Al-Fatihah buat Abah ana...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Salam: Takziah dengan dugaan di terima semoga banyak bersabar dan sedekahkan Al Fatihah selalu,
Takziah kak Tun, moga roh arwah dicucuri rahmat.al-fatihah!
Assalamualaikum Kak Tun
Al Fatihah
saya dan keluarga mendoakan agar Allahyarham di masukan kedalam gulungan orang2 yg soleh serta kuburnya diteranggi dengan cahaya Syurga............amin
Assalamualaikum Ya Tuan Haji Arshad,
Terima Kasih dengan ingatan ini, Terima Kasih sudi singgah blog BHS,
Al-Fatihah hadiah buat Rasulullah, Al-Fatihah buat abah...
Al-Fatihah, amin...
Assalamualaikum sweetie,
Terima Kasih, BHS aminkan doa ni...Al-Fatihah...
Waalaikumusalam Atuk Baik,
Syukran atas doa-doanya...Syukur, Alhamdulillah...
semoga kita semua akan terus saling doa mendoakan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan berlebih-lebih lagi untuk akhirat....ampun kan abah Ya ALLAH, ampunkan dosa muslimin dan muslimat yang masih hidup dan yang yang telah tiada...makbulkan lah YA ALLAH...
Al-fatihah...Takziah
Assalamualaikum Kak Hajjah Nab
Amin...Terima Kasih sudi singgah kemari ...
semoga akak terus sihat bersama abang...amin...
salam takziah
Moga rohnya ditempatkan dikalangan para shuhada' dan sentiasa dirahmati Allah
AL-FATIHAH
BHS masih punya ibu,saya dah yatim piatu , bonda baru 2 minggu yg lalu kembali ke Rahmatullah
Assalamualaikum pak hitam,
amin amin amin Ya Rabbal'Allamin...
terima kasih atas doa ini....
pada arwah ibu danayah pak hitam, ana hadiahkan al-fatihah...amin...
arwah ibu sudahlah pasti bangga dengan pak hitam...syukur alhamdulillah....
Post a Comment