Wednesday, May 2, 2012

Al-Fatihah buat Abah ana...

Masa ana up kan entry ini, abah ana telah pun pulang ke Rahmatullah pada hari ahad  17 J'Akhir 1433 bersamaan dengan 29 April 2012 selepas  azan zohor berkemundang , abah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah bersama mak yang setia disisi menjaga suaminya yang sakit terbaring sepanjang episod akhir kehidupan  abah di dunia yang fana ini. 


Abah, ana sayang abah, tak terbalas segala jasa baik abah membesarkan ana dan adik-adik sekelian serta abah sentiasa mengambil berat kat mak. Syukur, Alhamdulillah.  Ana berdoa agar segala dosa-dosa abah yang ada semasa hayat di kandung badan  di ampunkan oleh ALLAH S.W.T.  Ampunkanlah abah ana,  Ya ALLAH...ampunkan lah, ana merayu padaMu.





Oleh itu, dengan rendah hati, ana memohon pada pengunjung blog ana yang di rahmati ALLAH sekelian,  sudi lah kiranya tuk menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat ayahanda ana,  Allahyarham Zainal Abidin Bin Mohd Nurudin. Ana, mak dan adik-adik dahulukan dengan ucapan ribuan Terima Kasih, semoga abah ana tenang bertemu Penciptanya...ALLAHUAKHBAR.





Ana hadiahkan Al-Fatihah buat yang tercinta yang empunya syafaat, Penghulu seluruh alam YA RASULULLAH S.A.W  dan ana hadiahkan Al-Fatihah buat abah ana yang amat-amat ana sayang.



Al-Fatihah...Amin.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=8PbJI6V9YuA



10 comments:

Kehidupan Makkah said...

Salam: Takziah dengan dugaan di terima semoga banyak bersabar dan sedekahkan Al Fatihah selalu,

sweetie said...

Takziah kak Tun, moga roh arwah dicucuri rahmat.al-fatihah!

atuk said...

Assalamualaikum Kak Tun

Al Fatihah
saya dan keluarga mendoakan agar Allahyarham di masukan kedalam gulungan orang2 yg soleh serta kuburnya diteranggi dengan cahaya Syurga............amin

boxhousestudio said...

Assalamualaikum Ya Tuan Haji Arshad,

Terima Kasih dengan ingatan ini, Terima Kasih sudi singgah blog BHS,
Al-Fatihah hadiah buat Rasulullah, Al-Fatihah buat abah...
Al-Fatihah, amin...

boxhousestudio said...

Assalamualaikum sweetie,

Terima Kasih, BHS aminkan doa ni...Al-Fatihah...

boxhousestudio said...

Waalaikumusalam Atuk Baik,

Syukran atas doa-doanya...Syukur, Alhamdulillah...

semoga kita semua akan terus saling doa mendoakan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan berlebih-lebih lagi untuk akhirat....ampun kan abah Ya ALLAH, ampunkan dosa muslimin dan muslimat yang masih hidup dan yang yang telah tiada...makbulkan lah YA ALLAH...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Al-fatihah...Takziah

boxhousestudio said...

Assalamualaikum Kak Hajjah Nab

Amin...Terima Kasih sudi singgah kemari ...

semoga akak terus sihat bersama abang...amin...

rezeki said...

salam takziah

Moga rohnya ditempatkan dikalangan para shuhada' dan sentiasa dirahmati Allah

AL-FATIHAH

BHS masih punya ibu,saya dah yatim piatu , bonda baru 2 minggu yg lalu kembali ke Rahmatullah

boxhousestudio said...

Assalamualaikum pak hitam,

amin amin amin Ya Rabbal'Allamin...

terima kasih atas doa ini....

pada arwah ibu danayah pak hitam, ana hadiahkan al-fatihah...amin...

arwah ibu sudahlah pasti bangga dengan pak hitam...syukur alhamdulillah....