Showing posts with label CUPCAKES FONDANT. Show all posts
Showing posts with label CUPCAKES FONDANT. Show all posts

Monday, February 8, 2010

Selamat Pengantin Baru Ieda dan Adiey...tema merah and gold ...mmmm....BHS terpegun tengok pengantin dan pelaminnya juga....cantek la...







Majlis di adakan di dewan tun razak, tanjung malim...terima kasih Ieda dan maknya kak Indon sudi menempah kek dari BHS, sangat-sangat berbesar hati...terima kasih pada member-member Ieda yang "merekemenkan"...(pss..ada ke bahasa tu?..he he he)

Tuesday, January 5, 2010

Terima Kasih Mulyani



Ini kali ke dua Mulyani order fondant cupcakes dengan BHS, ini untuk sahabatnya...kelmarin untuk ida dan adi warna purple...yang ini pula tema pink dan silver...Terima Kasih Mulyani...take care...bakal timang cahayamata ya...

Monday, December 28, 2009

Terima Kasih Ain dari UPSI....student lagi kan Ain?...






Ain nak bawa cupcake hantaran fondan tema putih dan merah ni ke Sekinchan....hadiah untuk kawannya yang bertunang...Ain kata dia teringin nak belajar buat cc dengan BHS tapi tak jumpa masa yang sesuai lagi...dengarnya nak tempah lagi...Alhamdulillah...Terima Kasih Ain...hati-hati memandu tu...

Terima Kasih Cikgu Puziah Ano...Cupcake hantaran nak di bawa ke Pahang..


memudahan menepati citarasa cikgu sefamili....

tema warna kuning, oren, brown lembut

blueberry cheese tart comel untuk cikgu, ... ni mesti Atiqah dan Ain nak rasa kan kan kan....

Hantaran pertunangan untuk anak saudaranya di Ipoh dengan pasangannya di Pahang. Cikgu Puziah Ano pernah mengajar anak BHS masa kecil dulu...Anak Cikgu Puziah Ano, Ain sebaya dengan anak BHS yang sulung, kakak Ain pula namanya Atiqah..Atiqah dan Ain selalu tengok Blog BHS rupanya...he he he...terima kasih ya...BHS suka tengok anak-anak Cikgu Puziah tak kira lelaki atau perempuan, bersopan santun semuanya...mmmm....

Friday, December 25, 2009

Abang Ipar Ija bertunang.....





Terima kasih Ija...abang ipar Ija bertunang di Rasa...di rumah mak mertua Ija...Selamat bertunang cik abang...he he he

Friday, December 18, 2009

Selamat Pengantin Baru buat anak Kak Saayah, Seri Geriang...



maaf ya kak, tak dapat jumpa akak malam selepas majlis (takut nak ganggu tentu kakak dah penat sangat) dan tak dapat hadiri majlis yang bersejarah pada siang harinya, BHS berkursus di KL dan Ipoh berselang hari...

Akad nikah anak perempuan En Hassan Ghazali di Taman Bernam Baru..




Selamat Pengantin Baru buat anak En Hassan Ghazali...akad nikah di adakan sebelah malam dan dinikahkan oleh En Hassan sendiri..selamat menerima menantu...

Wednesday, July 8, 2009

Sarah, Rizqin dan Kak Tun...enjoy...


pagi sabtu hantar ke Kampung Baru A cupcakes fondan ni..Selamat Pengantin Baru buat anak kakak Kak Tun, cupcakes fondan ni nak di bawak ke Dong, khendurinya hari Ahad..terima kasih menjemput kami juga..

pagi sabtu juga siapkan cupcakes chocolate with chocolate buttercream untuk Rizqin, BHS siapkan dalam 3 kotak..tak sempat buat banyak sebab semalam baru anak BHS beritahu...memang BHS nak pi sekolah dia kat SDAR tu ada "OPEN BLOCK"..enjoy sungguh rasanya..mana taknya ada banyak gerai-gerai jualan, ada games, ada rumah hantu, ada hiburan yang didatangkan khas "BUNKFACE"...bebudak enjoy habeh...depa sumer hafal lagu-lagu si BUNKFACE ni...nanti ada peluang BHS upload gambar kat http://boxhousestudio.fotopages.com ya..kat sana boleh upload gambar banyak-banyak dan BHS belajar buat bahulu cara orang dolu-dolu bakor pakai sabut kelapa..serta dapat tengok tenaga pengajar berduet dengan pelajar kacau dodol dua kawah...tapi BHS dapat calit kat kawah je..he he he..laku betui..tahun lepas depa buat 5 kawah...hu hu hu..

okey yang ini oreo chocolate caramel cheesecake buat Sarah dari UPSI yang cantek putih melepak..aaawww...lawa...dan satu lagi untuk keluarga Kak Tun...malam jumaat lepas isyak BHS pi umah Sarah dan kemudian ke umah Kak Tun...selamat menjamu selera semua...

Friday, June 26, 2009

Finale Wind Orchestra 2009...SDAR no 2....


Festival Wind Orchestra 2009 di antara sekolah sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah kluster telah diadakan di PICC...seramai 8 buah sekolah telah masuk bertanding untuk pertandingan akhir kali ini....Tahniah TKC...dapat no 1!!!...no 2 SDAR...tahniah juga untuk anak BHS yang bermain trombone serta dua orang sepupunya dan semua sahabat-sahabat mereka yang telah bertungkus lumus memastikan sekolah mereka mendapat tempat di kejohanan ini...Hebat tu walaupun SDAR dapat tempat ke 2...pada guru-guru pelatih dan ahli-ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab di dalam wind orchestra ne..BHS tabik hormat ...depa ni cuti sekolah dua minggu sanggup di korban kan tinggal di asrama berlatih sehingga ke larut-larut malam...fuh!!!...dasyat semangat korang nih!!!...muzik le katakan siapa tak suka...ha ha ha...

enjoy!!!...next year 2010 ada lagi pertandingan sebegini...BHS doakan SDAR JUARA!!!...seronokla pergi PICC kelmarin...8 orchestra BHS dapat nikmati dan dapat jumpa senior-senior Rizqin...sorang tu pemilik blog pinkpolkadot, yang kini sedang melanjutkan pelajarannya di India dan bakal Doktor...wah esok-esok boleh rawat Auntie ya...

Thursday, June 25, 2009

Selamat Hari Bapa, Ayah, Father, Dad, Abah, Papa, Apak...


Celebrate Father's Day di kedai Oare di Kalumpang...sambut awal sebab nak pi PICC esoknya tuk menghadiri Festival Wind Orchestra di antara SBP dan Sekolah Cluster..tak sabar nak jumpa Rizqin dan sepupu-sepupunya...

"HAPPY FATHER'S DAY"..buat simple coz ayah mertua suka cupcakes camgini..kurang kan cream katanya...ok...yang pasti suka la dapat cutter butterfly tu...mmmphh...

Wednesday, June 24, 2009

Terima Kasih Cikgu Lia...


tema kuning dan gold
BHS indahkan dengan sapuan gold glitters beserta cutter butterfly yang BHS baru dapat semasa dapat berjumpa sekejap dengan Kak Pah Shamim dan Shida Bentong masa dia orang berdua ni mengikuti kursus coklat di Saloma Bistro, Ampang Kuala Lumpur..

BHS panggil Cikgu Lia ni, Lia sahaja...terasa lebih mesra...
Awal pagi Jumaat, Lia dah sampai ke rumah BHS bersama anak kecilnya serta adiknya untuk mengambil cupcakes hantaran yang telah di tempah awal-awal...mereka hendak ke Perlis kerana majlis perkahwinan akan di ada kan di sini...saat dan ketika ini majlis telah pun berlangsung...ucapan terima kasih kerana sudi mengorder lagi... Sebelum ini Lia pernah order 2 kotak cupcakes coklat ganache fondan alphabet dengan BHS..suka tengok Lia ni ... simple, lembut macam anak dara and trendy...

Thursday, June 11, 2009

Tertunailah sudah permintaan...Terima Kasih Kak Zee aka Dr S...


cupcakes fondant buat hantaran kepada pehak lelaki..ada iras-iras chiquecakes kan?...

yang ini pula swirl buttercream with love toppers cupcakes untuk majlis potong kek di sebelah malam di rumah kak zee (ibu pengantin)

masa malam BHS menghantar semua kek-kek tersebut, sempat BHS ambil gambar pelamin yang di tempah oleh Kak Zee dari Kuala Lumpur manakala hantaran-hantaran untuk sebelah lelaki di siapkan sendiri oleh Kak Zee sejak awal lagi, rajin teramat ibu pada cik maya ni ...BHS suka sangat dan segan dengan Kak Zee ni pun ada juga...he he he...pelamin ala-ala inggeris ni indah sungguh bila sudah dipasangkan lampu khas..bercahaya dan berseri-seri...gambar tu tak sempat BHS ambil...aduhai....sayangnya...teringin nak tengok kedua mempelai duduk di pelamin ni...ha ha ha ...

mmmm...renjis-renjis dipilis...ditepungi lah tawar...hai beras kunyit di tabur..amboiiiiiiiii...BHS yang perasan ne....

kek fondan bersize 10 inci..untuk majlis memotong kek sekeluarga..kalau di hias polos begini pun dah nampak menarik...mmmm...

sebelum di masukkan ke dalam kotak ... meh posing dulu....

swirl buttercream with love fondan toppers cupcakes (atas dan di tengah graceful tiers)...
graceful tiers tu BHS pinjamkan pada pengantin...
kek coklat fondan 10 inci (BHS letakkan paling bawah pada graceful tiers tersebut),
serta kek fondant hantaran 8 inci...BHS buatkan kek tu tinggi seperti yang Kak Zee harapkan...nanti BHS cuba buat tinggi lagi...yang ini tingginya lebih kurang 5 inci...

BHS suka sangat tengok bunga-bunga berkembang sebegini bila dah di hiaskan di atas kek fondant 8 inci tersebut...bunga ini bolah dimakan tapi tawar rasanya dan dibuat daripada gumpaste yang di warna kan warna mangis or maroon (terima kasih kawan kerana sudi mengubah bunga ini walaupun sahabat ku ini sibuk banget orangnya)....ok...sebelum nak makan kek tu elok lah di angkat dulu bunga-bunga tersebut kerana ianya di ikat dengan dawai bunga yang keras...

tak puasa BHS memandang dah kena masukkan dalam kotak-kotak untuk di hantar ke rumah pengantin perempuan di taman bernam baru...semoga Kak Zee aka Dr S yang berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, juga memberi sepenuh kepercayaan kepada BHS untuk menyiapkan kek-kek tersebut, berpuas hati...Terima Kasih Dr....senang benar berurusan dengan Dr ne...sempoi betui...Syukur sangat-sangat....

Thursday, June 4, 2009

Terima kasih Fiza...semoga selamat sampai ke Ipoh..


fondant cupcakes
blue and white
souffle size s
box of 25 pieces
ribbon


Terima Kasih Fiza...


chocolate cheesecake
6 inci bulat
Fiza bersama suami singgah rumah BHS. Depa baru habis kerja dan akan terus bertolak ke Ipoh untuk menghadiri majlis di sebelah keluarga suaminya Fiza...semoga selamat sampai ke Ipoh ya..oh ya Fiza ni bertugas di Library UPSI..terima kasih Fiza dan terima kasih semua rakan-rakan di UPSI Library kerana mengenali BHS...terharu sangat-sangat dengan sokongan korang sumer....mmmmm....tak terucap kerana memberi kepercayaan kepada BHS menyiapkan tugasan yang di beri ...TERIMA KASIH....

Tuesday, June 2, 2009

Terima Kasih Puan Rusliza...


nampak tak kesan basah pada bunga-bunga tu?..lama-lama sikit dia akan kering ya..
sorila, gelap gambarnya...snap waktu subuh ...subuh dah nak kena deliver ...he he he

butter cake
white orange brown fondant
souffle size 2 oz - small
cupcakes box 16 pieces

Ucapan terima kasih pada Radiah dari UPSI kerana mengenalkan BHS pada Boss nya yang bernama Puan Rusliza. Puan pernah order Pecan Cheese Cake dengan BHS. Awal pagi kelmarin Puan datang bersama suami dan anak-anak mengambil cupcakes hantaran tema yang telah di tetapkan. Pagi tu mereka hendak pergi ke Negeri Sembilan. Semoga Puan berpuas hati dengan kerja tangan BHS....terima kasih sekali lagi.

Saturday, May 30, 2009

Cupcakes fondant terbang ke Kota Bahru..pada Cik Mamu yang voque tahniah menantu dah bertambah lagi......


terima kasih zanaz, tolong belikan BHS mat wilton tu ...best la..tapi harga..mak aii!!!...he..he..he...BHS dah suka...redha je la ya...pada zanaz tq tolong poskan segala gadget tu...berbesar hati sangat-sangat...

idea datang dari melihat hasil terapan fondant dari che'pah...dia beritahu kita mana nak beli alat tu...dah lama dah simpan..baru ni BHS guna..seronoknya

dalam kotak ni ada 16 cupcakes fondant

sama juga dengan yang ini..

masa ni cik mamu dan sebahagian dari anak-anak serta kawan anaknya dah pun masuk ke dalam perut kapalterbang..kalau la dapat ikut sekali kan best!!!...dengarnya depa ni
sewa sebuah banglo jadi boleh sumer berkumpul kat situ, selesai majlis tu nanti nak ke pulau perhentian pulak..Adoh!!!...terasa meriahnya...kalu BHS boleh join..pasti lagi gempak!!!..wa..wa...wa...nak ikut..nak ikuttttttttttttt...relax arr....

zack, menantu sulung cik mamu..best kan baby dia, debab...tapi zacknya halus kecik..oh ayah mertua tak turut serta terbang ke kelantan, dia ikut kami balik

makan satay haji samuri di highway guthrie

Masa hari Rabu lepas, hantar mak mertua ke LCCT, flight Air Asia ke Kelantan pukul 7.30 malam. Cik Mamu, adiknya serta anak-anaknya Cik Mamu kecuali Zack and Faizal flight pukul 9 malam.

2 kotak cupcakes fondant daripada 2 design yang berbeza telah BHS siapkan awal-awal dari ruman, tiba di Kota Bahru nanti, belah pehak perempuan akan hiaskan mengikut tema di beri, satu kotak untuk hantaran dari cik mamu dan satu lagi belah besannya.

oh ya..kami bertolak awal pagi dari rumah..singgah ke HUKM dulu sampai la tengahari, pastu jumpa mak dan abah BHS..abah BHS masuk ke wad tak sampai sehari, semalamnya di Hospital Ampang, abah oh abah pantang le ... pastu lari jap ke Vanilla Pastry dan Yummies dalam 20 minit...terserempak dengan Kuyah kat Yummies...dan tak sempat juga nak sms Zanaz..berkejar pula ke KLIA/LCCT..cukup time depa check-in ...tup tup on the way nak ke parking jumpa Zack sefamili, depa pun event yang sama tapi flight kul 9 malam...sebelum sampai umah singgah sembahyang dan makan satay hj samuri kat highway guthrie...lengkap dia punya penat, dengan tidur 2 jam menyiapkan segala tempahan sebelum tu...phew...