Tuesday, January 13, 2009

Almond cookies - deko cookies - fancy cookies


Almond Cookies

Boxhousestudio memang suka ngan fancy cookies. ..gegara tengok ida merpati66 rajin no buat fancy cookies...fancy cookies dia negro style. ...boxhousestudio dah cuba negro gak...nanti next entry k
Entry ni boxhousetudio buat resepi almond cookies dari kiriman lynnhassan...lynnhassan ni salah seorang dari boxhoustudio punya guru baking ...pernah pergi rumah dia enjoy-enjoy buat cupcakes pastu idur pula di rumah dia masa buat royal icing flowers serta belajar buat kek fondan dua tingkat serta kek fondan berribbon...best....
Cerita pasal fancy cookies ni pula...boxhousestudio buat guna acuan yang besar-besar...jenuh juga sebab resepi nya memang banyak..kalu pada siapa-siapa yang mula nak berjinak mencuba...buat setengah sukatan or suku sukatan dulu k....ialah kelmarin masa boxhousestudio buat waktu dah pukul 10 malam dah pasti lah tidur nya dekat pukul satu setengah..siaplah nak tunggu cookies sejuk dan mesti di simpan di dalam bekas kedap udara....ha jangan buat main...nak kemas dan basuh semua perkakas lagi..wuish....besok nak kena bangun pagi-pagi...he he he....
so pada lynnhassan ...terima kasih kerana sudi berkongsi resepi dengan kami semua ...nanti boxhousestudio nak masukkan setiap satu fancy cookies ni dalam plastik yang berseal, cantek di buat buah tangan untuk apa jua occasion..


Quote:

Almond Cookies - Deco Cookies
cut and paste dari blog lynnhassan

Bahan-Bahan
500g butter
300g gula halus
2 biji telur
300g serbuk badam
2 tsp vanilla

bahan diayak
700g tepung superfine+ 1 cawan tepung superfine (tambahan) –utk deco cookies, bagi keras sikit

4tsp baking powder
Cara Memasak
pukul butter dan gula sampai sebati. Masukkan telur, pukul lagi. Masukkan vanilla, Akhir sekali masukkan bahan yg telah diayak dan serbuk almond

Bakar 180’c selama 20 min
Cadangan Masakan
Hiaskan dengan royal icing

100g putih telur
600g gula icing yg diayak
5ml air lemon

pukul semua bahan dgn kelajuan tinggi selama 7 min,
Saiz Hidangan
50pcs saiz besar

No comments: