Sunday, November 15, 2009

Aseana Cafe, KLCC...


Sebelum balik ke Tanjung Malim selepas menikmati seni di Galeri Petronas, we all singgah ke sini...Thank you Chef ...memang sedap...dengarnya staff petronas rajin breakfast kat sini...mmm..

Saturday, November 14, 2009

Petronas Gallery with Raja Shahriman....

BHS enjoying the art ambience.....take note ya, yang kiri kanan tu sculpture Man, BHS yang kat tengah tu...jangan silap pulak tau..he he he...

Man bergambar dengan Tengku Eli(kakak Man) dan Tun Mahathir serta orang kuat Petronas..

Haaaa...yang ini E-one bergambar dengan member Kanda... tahap sifu, diorang tu... yang kiri tu Pak Sani Mat Dom dan yang tengah tu Dato' Mahsun Taib mantan timbalan SU kerajaan negeri perak... Diorang tengah tengok sketch book Dato' Mahsun tu...

Thursday, November 12, 2009

Galeri Petronas..Raja Shariman...sahabat lama Kanda






Jemputan dari sahabat lama Kanda BHS ke Galeri Petronas, Raja Shahriman...

Tuesday, November 3, 2009

Terima Kasih Fairuz..




Fairuz dari Library UPSI order Blueberry Cheese Tart size besar dari BHS kelmarin, tapi yang datang ambil di rumah BHS ialah Intan dan Ila...rupanya depa bertiga kawan baik...depa ni kerja sambil belajar...belajar rajin-rajin tau...mesti tabah ok...lagi satu Ila rupanya anak jiran sebelah rumah 'ibu' yang bela Rizqin masa kecil...kenal-kenal kan diri ya, almaklum la BHS ni dah berumur..hik hik hik...apa pun terima kasih Fairuz dan rakan-rakan Fairuz sumer yang rajin rasa air tangan BHS ni...terima kasih sekali lagi....Alhamdulillah...

Monday, November 2, 2009

Kami Tetap Kawan....tanda ingatan buat 7 sahabat ....Ada, terima kasih...




Terima Kasih Ada, BHS doakan Ada dan rakan-rakan seperjuangan Ada sekelian tabah menghadapi cabaran SPM tahun 2009 ini....BHS tau "U CAN DO IT!!!"...oh ya..
BHS dah tengok blog Ada...mmm...celebrate dalam kelas di SMKA ya...enjoy...
dengan izin BHS letak gambar kenangan ini di sini...Auntie terharu dan syahdu melihat wajah-wajah manis ini...buat Auntie teringat Rizqin yang menyambut akhir persekolahannya juga...click dekat my followers .."ada."

Tuesday, October 27, 2009

Suara hati buat kekasih yang jauh...




Permintaan kali ini datangnya dari seorang jejaka buat buah hatinya yang masih menuntut di UPSI...pernah pada tahun lepas BHS siapkan cupcakes coklat topping cadbury berserta kad juga bunga mawar sejambak...ingat tak?..tapi kali ini agak berbeza. Penghantaran terpaksa di buat awal sehari dan dlm keadaan yang tergesa-gesa kerana buah hatinya hendak balik kampung awal sehari dari tarikh yang di janjikan...bagai lipas kuding BHS jadinya...menghantar kek ini di bus stand tanjong malim dengan keadaan cuaca masih renyai-renyai selepas hujan lebat serta bas akan bergerak ke timur dalam pukul 8 malam. Jejaka ni terlalu sibuk dengan tugas rupanya...apa pun terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada BHS...mission accomplished!!!...

Saturday, October 24, 2009

Tanda ingatan Intan pada Diela, member se kuliah...


Selamat Hari Jadi Diela...

amboi, senyuman melirik, jelingan pun..iishh...mengoda tu ha ha ha..oh ya, edible image Diela bukan sahaja di bahagian atas kek tapi penuh di setiap sisi kek juga tapi tak sempat nak snap waktu tu.. BHS letakkan kek ini di dalam kotak putih yang berpenutup telus serta beribbon warna hijau

alright Intan, terima kasih padamu yang selalu menyokong hobi baking BHS ini. Pagi lagi Intan datang dengan hubbynya ambil kek coklat edible untuk Diela. Macam mana la Diela rasa bila dia nampak kek ni nanti ya?..Surprise!!!....