Friday, January 16, 2015

Oreo Cheese Cake


OREO CHEESE CAKE   

Bahan-Bahan Ramuan :
A.  Bahagian Dasar Biskut Oreo
    1.   200 gram biskut Oreo yang telah dihancurkan
    2.     50 gram mentega cair
Cara-cara
Gaulkan bahan-bahan ramuan bahagian dasar biskut sehingga sebati. Tekan ke dalam acuan kek springfoam.  Simpan di dalam peti sejuk selama 15     minit atau sehingga keras.  Jika anda lebih mengemari bahagian dasar yang rangup, anda perlu membakar bahagian dasar biskut pada suhu 160’C selama 10 minit dan biarkan ia sejuk.    

B.  Inti
     1.  750 gram krim cheese
     2.  130 gula caster
     3.    ½  sudu besar vanilla essence
     4.     3  biji telur
     5.  200 gram krim whipping
     6.    15 keping biskut sandwich Oreo, dipotong suku 
Cara-cara
1. Putar krim cheese dan gula sehingga gebu. Tambah ½ sudu besar vanilla essence   dan putar sehingga sebati.
2. Tambah telur satu demi satu dan putar sehingga gebu.
3. Tambah krim whipping dan putar sehingga sebati. Tambah biskut sandwich Oreo yang dipotong suku dan kacau hingga sebati.
4. Tuangkan inti keju ke atas bahagian dasar biskut yang telah disediakan.
5. Bakar pada suhu 160’C selama 50 minit sehingga bahagian tengahnya sudah masak. Tutup suis dan renggangkan pintu ketuhar, biarkan kek menyejuk di dalamnya selama 1 jam.
6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi pinggir dulang pembakar. Biarkan ia sejuk.
7. Tutup kek dengan elok dan letak di dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.
8. Keluarkan kek dari acuan. Hiaskan dengan krim whipping yang diputar dan kepingan biskut sandwich oreo.

Resepi asal dari Chef Alex Goh, pastu BHS ubah suai bahagian hiasannya :) dan resepi ni la yang BHS beri pada Maria, wartawan UM... lembut Maria ni, senang deal dengan dia...lembut tutur bicaranya....yang pasti selamat mencuba resepi ini tau...

Ikhlas dari BHS @ Kak Tun
Di Tanjong Malim
012 669 2939
011 240 501 73 WhatsApp
06012015 


No comments: