Wednesday, May 13, 2009

Kek fondan bunga-bunga biru tempahan dari Bee...Terima Kasih Bee...



Maaf gambar tak berapa terang..gambar ni di ambil masa BHS sedang bergegas untuk mengikuti kursus di Bangi...bukan kursus baking aaa...esok BHS sambung...dah mengantuk ya...selamat malam...

Selamat pagi semua, BHS nak cerita pasal kek ni...kelmarin Bee datang ke rumah BHS sama suami dan anaknya si comel Kyra menempah kek fondan. Rupanya Bee menempahkan kek di atas untuk adik perempuan suaminya...adik ipar Bee le tu...baiknya Bee, mana taknya dia dah bercuti dari awal-awal lagi untuk menguruskan majlis perkahwinan di kampung suaminya di seberang perak.

BHS mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada Bee kerana sudi merasa hasil kerja tangan BHS...tema biru yang Bee harapkan...dalam hati BHS masih tak puas hati dengan hasil kerja tersebut...ok nak tengok sekitar majlis perkahwinan adik ipar Bee..klik kat sini beedarling

Namun begitu ucapan takziah BHS nak sampaikan pada Bee serta seluruh keluarga mertua Bee atas permergian ATOK tercinta baru baru ini..BHS sedekah kan bacaan Al-Fatihah...semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama para soleh-solehah..amin..

2 comments:

Ana.Elianas said...

cantiknya kek fondant biru nie...eppi belated besday kaktun....

boxhousestudio said...

BHS to Ana.E...tq for your remembrance...cantek tapi tak puas hati tak smooth foundation nya la..cuaca panas sangat...