Tuesday, June 2, 2009

Tanda Kasih Cikgu Maziah & Cikgu Othman pada Rien...Selamat Pengantin Baru Rien...


Cikgu Maziah dan Cikgu Othman jiran BHS, depa berdua cikgu sekolah pada anak-anak BHS. Cikgu Othman juga ada mengadakan kelas malam yang anak-anak BHS ikuti di tahun-tahun yang lalu. Terima Kasih Cikgu. Harap Cikgu dan Pengantin berpuas hati dengan kerja tangan BHS ya, sebenarnya BHS masih tak puas hati...rasa tak cukup je...itula hati baker sebenarnya..terasa ada yang perlu di tambah...oh ya sebelum ni BHS dah buatkan dua cupcakes buat Cikgu Maziah dan Cikgu Othman..masa Rien, anak saudara Cikgu Othman ne bertunang...dan selepas tu Rien pula ada order dengan BHS cupcakes chocolate buat tunangnya juga, waktu tu Rien call dari Miri...nak jadi cerita baru la Rien tahu Cikgu Maziah order sumer kek tu dari BHS, kami pun siap gelak-gelak masa bertukar-tukar cerita ..oh ya tunang Rien ne sedang menuntut di UPSI..ok lah kek fondant hati ku hati mu Cikgu Maziah dan Cikgu Othman nak bawa ke Johor di mana majlis perkahwinan Rien berlangsung...semoga selamat sampai, sampaikan salam BHS sekeluarga pada Rien dan bakal suaminya ya cikgu..."SELAMAT PENGANTIN BARU"...alahai seronoknya jadi perantin ne...he he he

2 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

cun tu...cantik biru tu...

boxhousestudio said...

BHS to Aishah...Alhamdulillah..nanti dah balik dari Jepun cakap ya...boleh singgah umah BHS...