Friday, July 24, 2009

E-One buat burger untuk sepupunya Adam dan Imran...



Masa kami nak ke Cameroon Highlands kelmarin, dari rumah lagi E-one dah suruh ayahnya belikan dia daging Ramly yang beratnya 500g grams sebungkus untuk dia buat burger rekaan nya sendiri...BHS tak nampak apa bahan yang dia campurkan masa dia menyiapkannya di dapur, tau-tau pagi dah nak pergi tu dia cuma keluarkan dari peti-ais satu mangkuk yang siap berbalut dengan plastik makanan...tiba di CH tengok dia dengan ayahnya sibuk beli salad dan segala sayuran dan cendawan rupa taugeh tu..sori BHS tak ingat nama sebenar cendawan tu...sebelah malam tu BHS tengok dia dah masuk dapur siap-siapkan semua ini untuk sepupunya Adam Dan Imran, dari rumah lagi dia dah berniat nak buatkan ...dia buat 4 ketul dan ada extra satu..terkulat-kulat le orang lain yang sama mengikut he he he ...pakat-pakat yang ada lebih satu tu potong kecik-kecik...dapat le merasa sorang sikit...ha..ha..ha...E-One bila nak buat untuk kita orang ha?...kempunan nak makan burger air tangan ko tu!!! ...

3 comments:

QueenJah said...

Salam ziarah tuan rumah,

harap tak kena halau ya...

kucingorengemok said...

wah... jap lagi blog ni jadi blog e-one plak, kak! hehe

boxhousestudio said...

BHS to QueenJah...he he he...salam ziarah buat mu jua...jangan la kata halau...lagi di alu-alukan ..

BHS to kucingorengemok..ye tak ye juga ya...tapi kan E-One tak nak rupanya...BHS ingat dia suka..