Thursday, September 17, 2009

Maaf Zahir Dan Batin Di Hari Raya Ini....

Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri kepada semua.

Setelah sebulan menunaikan ibadah puasa, kini kita berada di ambang 1 Syawal 1430. Sama-samalah kita meraikan Hari Raya Aidil Fitri ini dengan penuh rasa syukur kerana berjaya menyempurnakan tarbiah di madrasah Ramadan ini dengan jayanya dalam suasana yang aman damai.
Selama kita berkenalan, berkomunikasi dan berinteraksi; ada kalanya mata terlihat sesuatu yang mengaibkan, ada kalanya telinga terdengar sesuatu yang tidak menyenangkan, ada kalanya hati berbisik persepsi yang khilaf dan buruk sangka, ada kalanya minda terfikir sesuatu yang memudaratkan, ada kalanya mulut terucap kata-kata yang menyentuh perasaan dan ada kalanya tingkah laku dan tindakan menyalahi adat resam dan batasan. Oleh kerana itu, BHS dengan penuh keinsafan dan rasa rendah diri ingin mengambil peluang di bulan Ramadan yang penuh barakah dan Syawal yang mulia ini mohon diampunkan segala dosa dan dimaafkan segala kesalahan, kesilapan dan kelemahan. Mudah-mudahan dengan bermaaf-maafan ini kita semua dapat hidup dalam suasana yang lebih harmoni dan memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat....Amin..

5 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

salam akak...
selamat hari raya...pohon maaf andai ade salah n silap...bile lah agaknye dpt berjumpe...leh rasa kueh raya akak...

boxhousestudio said...

BHS to Aishah...Aishah bila mu nak balik ke Jepun ne...meh le singgah ke umah ...Selamat Hari Raya to you too...

MASK said...

i was looking for biskut makmur's recipe & found yr blog....interesting!!

Wan said...

Salam Kak Tun,

Kecik dunia, baru ni balik raya terbukak cerita pasal buat kek2 ni masa buat kek dengan kakak ipar saya. Dia dok sebut kat ofis pun ada yg buat cuppies. Saya kata saya pun tau sorang yang buat cuppies kat tg malim. Hehe.. Kakak ipar saya Norlela..
Selamat Hari Raya Kak Tun!

Wan sugarbuds.

boxhousestudio said...

BHS to MASK...nice to know you dear..

BHS to WAN...wan keciknya donia...rumah akak pun Wan dah pusing ya...tengah di cat oleh kanda BHS waktu WAN lalu kelmarin..amboi apa la Cik Lela cerita tu...segan la pula...indah khabar dari rupa ha ha ha...itu majalah tahun 1998 kut dah bertahun tahun berlalu...nanti Wan datang umah kak ipar..singgah le...BHS memang admire Sugarbud dari dolu-dolu ngan geng geng flickrs yang lain...kagum sih...