Tuesday, October 27, 2009

Suara hati buat kekasih yang jauh...




Permintaan kali ini datangnya dari seorang jejaka buat buah hatinya yang masih menuntut di UPSI...pernah pada tahun lepas BHS siapkan cupcakes coklat topping cadbury berserta kad juga bunga mawar sejambak...ingat tak?..tapi kali ini agak berbeza. Penghantaran terpaksa di buat awal sehari dan dlm keadaan yang tergesa-gesa kerana buah hatinya hendak balik kampung awal sehari dari tarikh yang di janjikan...bagai lipas kuding BHS jadinya...menghantar kek ini di bus stand tanjong malim dengan keadaan cuaca masih renyai-renyai selepas hujan lebat serta bas akan bergerak ke timur dalam pukul 8 malam. Jejaka ni terlalu sibuk dengan tugas rupanya...apa pun terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada BHS...mission accomplished!!!...

Saturday, October 24, 2009

Tanda ingatan Intan pada Diela, member se kuliah...


Selamat Hari Jadi Diela...

amboi, senyuman melirik, jelingan pun..iishh...mengoda tu ha ha ha..oh ya, edible image Diela bukan sahaja di bahagian atas kek tapi penuh di setiap sisi kek juga tapi tak sempat nak snap waktu tu.. BHS letakkan kek ini di dalam kotak putih yang berpenutup telus serta beribbon warna hijau

alright Intan, terima kasih padamu yang selalu menyokong hobi baking BHS ini. Pagi lagi Intan datang dengan hubbynya ambil kek coklat edible untuk Diela. Macam mana la Diela rasa bila dia nampak kek ni nanti ya?..Surprise!!!....

Thursday, October 22, 2009

Chocolate Caramel Oreo Cheesecake (CCOC)...mmmm...



Terima Kasih As, As bawa ke KL untuk meraikan kawan-kawan nya di sana..

psst:..errr...errr .pada Nur Hanizah, my SIL yang ahli dalam membuat kek-kek buah kukus tu...sabaq no..nanti akak ipaq hang ni mai ke anggerik dan putra perdana beri satu sorang CCOC...InshaALLAH....tungguuu....

Wednesday, October 21, 2009

Sakinah..sedap nama mu nak...




Sejuk hati BHS bila mendengarkan nama mu Sakinah..menyambut hari jadi yang ke 2 tahun. Kek coklat ini di tempah oleh Ustazah June, jiran belakang rumah...Terima Kasih June sudi menempah dengan BHS...oh ya terima kasih pinjamkan galah ...dapat le kait rambutan tepi rumah tu...suami June ne, salah sorang Pak Imam kampung ni..sogan den..he he he...

Tuesday, October 20, 2009

Peggy Porschen ke ni?...he he he...



Selamat Hari Jadi Puteri Fazila...Pia nama manja..he he he...Pia ni staff Bank Rakyat di KL sana dan anak abang my mother..pening!!!...sepupu BHS la..ha ha ha...
mmmm..fondant cake kali ini ada gaya-gaya Peggy Porshen dak?...BHS ada buku dia, Zaitgha belikan..suka sangat dengan buku Peggy bertajuk Pretty Party Cakes ne..

Monday, October 19, 2009

Open House Rumah Wati di Taman Bunga Raya, malam Deepavali...


cuppies, fondan cake & tiers bergambar dgn sil yang bongsu, cik ina...still available..mmmm...promote dua-dua ..he he he

sibuk nampaknya puan rumah ni..dari semalam dia masak berdua dengan anaknya

badut yang happening...best sungguh!!!...

puan rumah (sil) dan tuan rumah yang kepenatan menyorok belakang belon-belon ...waktu ni dah pukul 2.30 pagi borak-borak tak hengat donia..ha ha ha...

Sunday, October 18, 2009

Terima Kasih Ain...sudi singgah ke Tanjung Malim jumpa BHS...





Ain dan suami serta anak kecilnya dari Teluk Intan, singgah sekejap jumpa BHS untuk mengambil kek fondan tema oren dan putih buat kawannya yang akan melangsungkan perkahwinan di Pahang...terima kasih Ain ...oh ya di samping itu juga Ain nak rasa kek coklat kukus yang BHS buat, Ain order 2....semoga Ain berpuas hati...dan sampaikan salam pada pengantin ...

Auni..sudah pun 1 tahun....dah dua, cucu Kak Tun...bestnya...


Birthday Azam..anak Along, cucu Kak Tun..3 tahun lah..he he he..


Thursday, October 15, 2009

Dari Shida buat Suami Tercinta...Healthy Cheesecake



Terima Kasih Shida...kirim salam sama Dr S nanti ya....

Tuesday, October 13, 2009

Siapa nama?..Eira..umur berapa?..4 tahun ..lawanya..mmm...




Selamat Hari Jadi Eira...Eira ni anak Eja yang bertugas di library, UPSI
Eja juga order 2 set blueberry cheese tart comel..

kalau la BHS ada anak perempuan..dah pasti BHS gaya-gayakan cam gini...he he he

Monday, October 12, 2009

Happy Birthday Paan


Tanda ingatan tulus ikhlas dari Nurul Aisyah di Terengganu buat Farhan di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu...mmm...kata Nurul, Farhan minat Arsenal dan juga Spongebob..BHS tempah dua sekali edible image tu, tapi bila nak hias BHS rasa tak sesuai untuk di gabungkan..ini lah hasilnya..masa Farhan terima bingkisan cupcakes ni, BHS patutnya hantar ke KKB tapi dek kerana Farhan teruja agaknya nak menerima hadiah hari jadi dari Nurul, Farhan kata dia akan turun ke Tanjung Malim..BHS ajak Farhan ambil cupcakes Arsenal di padang belakang Balai Polis Hulu Bernam sempena minatnya pada bola sepak ...ha ha ha...
p/s..dengarnya bila Farhan bawa balik rumah cupcakes ni, maknya pun teruja...mana taknya jauh datangnya hajat ini....waduh...

Monday, October 5, 2009

Rosmah datang rumah hari Jumaat waktu 'lunch'



Masa Rosmah datang rumah BHS, sempat BHS siapkan homemade chocolate untuk dia bawa pulang ke rumah untuk berbuka puasa di bulan Syawal ne...katanya anak dia sayang nak makan teddy bear tu...

Buah tangan dari BHS...


Cheese Brownies in a cup & Chocolate Cupcakes..untuk jamuan raya di SDAR

Cheese Brownies in a cup..

Homemade Chocolate untuk office BHS


BHS bawa Homemade Chocolate sempena majlis Hari Raya Aidilfitri untuk kakitangan dan keluarga

Baby Bear Chocolate buat anak-anak yatim di Ipoh..



Kelmarin Boss BHS pergi jamuan Hari Raya Aidilfitri di De'Palma meraikan anak-anak yatim..Boss BHS pengerusi persatuan agama islam...BHS tak dapat ikut serta kerana hari yang sama ke SDAR ada majlis bacaan Yassin dan Hajat pelajar PMR dan SPM tahun 2009 serta jamuan Hari Raya Aidilfitri sekolah tu..
(Acuan teddy bear ni geng BHS beri hadiah..terima kasih geng..)

Maihani order lagi..kali ni untuk kawannya bawa balik ke Penang..


Chocolate Cheese Tart yang comel

Blueberry Cheese Tart yang comel

sori le, masa hantar ni Maihani dah tidur...adusshhh!!!..he he he...BHS meeting kat opis...meeting luar jangka...fuh!!!

Chocolate Cupcakes & Edible Image Selamat Hari Raya..


Kelmarin beri pada Nana dan cikgu Shazreen, cikgu muzik SDAR...Nana suka akan edible image tu begitu saje..Nana...

Sunday, October 4, 2009

Selamat Hari Raya, jom makan coklat BHS buat...jom, jom, jom


Homemade Chocolate dari BHS...buat majlis Hari Raya di SDAR...

ok..banyak lagi gambar coklat menanti....tapi nak pi kedai Maxis jap...sshh..hp "ter" kat dalam toilet....hu hu hu....so siapa siapa nak berhubung guna e-mail or call 05-4584530 buat sementara waktu ya...

Posing Raya....syioknya...


Sebahagian daripada wajah-wajah yang ku sayang....mana pulak yang lain-lain ni?...sibuk berhias ke?..lekas la...ramainya man in black....berlatih nak amek pingat ya?..ke ke ke....tahun depan baju melayu warna lain tau!!!..ha ha ha...

Terima Kasih Maihani....


Chocolate Cheese Tart besar

Maihani suka makan tart..kali ini dia order dua rasa, rasa bluebeery dan rasa coklat...sori ya Maihani ...cheesenya tak licin..alahai...tapi Maihani kata shedappp....

Terima Kasih Ebob


Ebob order 3 bekas kek coklat kukus dan dua peach cheesecake size 6 inci, satu untuk mak mertua dan satu lagi untuk mak sendiri...Ebob sepupu my husband, datang dengan suami dan anak-anak serta makcik ani, ibunya...kami berbuka puasa Ramadhan beramai-ramai dengan ibu serta ayah mertua dan juga Ina si adik bongsu hubby pada hari yang Ebob datang tu...terima kasih Ebob...sedap la cookies yang Ebob bagi kelmarin..kalah famous amos....oh ya Ebob kata my cheesecake tu lagi sedap dari secret recipe...alla Ebob ne...

Terima kasih As


2 Bekas Kek Coklat Kukus size 6 inci
Masa yang sama dengan As..
Limah, Zurin dan Riduan order biskut suji badam pula

Terima Kasih Dayah



Dayah balik dari officenya di Proton terus datang umah BHS waktu petang akhir Ramadhan kelmarin
2 bekas kek kukus buah bersize 6 inci
50 biji blueberry cheesetart comel