Monday, March 16, 2009

Brownies buat Erma dari UPSI



Erma,kawan ina (koalajepong) datang ambil Brownies ni petang sabtu, janjinya pagi sabtu, dan kalu lagi cepat jumaat malam sabtu, aduhai...sebenarnya Brownies ni dah siap dari hari jumaat tengahari masa buat kan Blueberry Cheesecake untuk Jaja yang pernah menempah Caramel Chocolate Cheesecake tempohari. Masa menyiapkan segala baking ni BHS nak gi ambil anak kat asrama di SDAR, anak yang baru tingkatan satu, la ni tengah cuti sekolah seminggu. Mula asal sampai hati nak suruh dia naik bas dari terminal satu seremban aleh aleh tak jadi..he he he...adik beradik mak mak kata pi lah amek anak tu dengan kereta...kecik lagi budaknya...tak harap rasanya dia balik sorang...mendengar nasihat yang lebih arif..ehem..ehem...BHS pun pi lah dengan pasangan hidup...ewah...abang si adik tak balik dia pi kursus ke Pahang dan lepas tu pun tak balik cuti sampai la jumaat ni baru la boleh lepas rindu ..aduh!!!...belajar rajin rajin ya bang..SPM dah nak dekat...wind orchestra...wind orchestra jugak...induknya di dahulukan yang bang oooiii!!!!!...eh kemana la melalut dah BHS ne....baru tadi Erma sms BHS katanya "brownies tu mmg sedap n menepati selera.husbandmkn dgn ais krim mcm yg kak tun suggest tu..sy suka mkn camtushj.nest time lehla order choc oreo caramel cheesecake plakye..thankx bagi rasa cheesecake.terubat rs nk mkn secret recipe..kenyang sungguh!"..wa BHS terkedu ni...Terima Kasih ALLAH....hamba bersyukur...

No comments: