Saturday, April 25, 2009

Ad Hoc Order Part 4...Order diterima pukul 4 petang Jumaat 6.30 petang kena deliver lepas hantar cupcakes Seha ...






BHS terharu perjalanan BHS menghantar cupcakes pada hari Jumaat petang berjalan begitu lancar..paling pantas, paling rengkas, padat dan laju ... 2 jam punya deal...ha tu dia ..sejarah betul....Ceritanya cam gini...BHS kan cuti hari Jumaat, dari hari Khamis BHS dah terima order dari SMK Agama Slim, pagi-Ad 1,petang-Ad 1 dan pagi-Ad 2..tup-tup bersambung lagi ke petangnya, bukan Ad 3 dan Ad 4. Kali ni order diterima pukul 4 petang Jumaat masa nak siap-siap kan Seha punya cupcakes. Order dari seorang Ibu yang BHS tak kenali lagi, bernama Rose dan tak pernah berbual panjang dan dengan sekali paggilan sahaja..pelik juga sebab Rose suruh hantar ke SMK Agama Slim River juga...aik cepatnya promosi..ingatkan Etn dan Ili sudah bercerita pada sumer guru-guru di sini rupanya bukan. Ibu yang bekerja ni memesan kek dari BHS sangat-sangatla sibuk orangnya sehingga petang sahaja dapat memikirkan bagaimana cara nak menghantar kek hari jadi kepada anak kesayangannya. BHS hampir tak dapat menerima sebab hajat si ibu nak kek sebuah bukan kek cawan 25.....selapas BHS menerangkan dengan panjang lebar siIbu terus meng "on-line" duit ke dalam akaun BHS dan memesan berkali-kali supaya dapat menghantar kek tersebut secepat mungkin ke tangan anaknya di SMK Agama Slim River sebelum pukul 6 kerana itu sahaja masa yang di benarkan oleh pehak sekolah....itu lah kuasa ALLAH...Etn lah penyelamatnya, manakan tidak...rupanya Etn kenal anak siIbu ini, mereka beramai-ramai baru balik dari bercamping bersama-sama sebelum tu..waduh..indah sekali...Etn tahu waktu aktiviti bebudak sekolah agama ni, katanya kalau kita terlambat sikit tak mengapa kerana sedang elok pukul 6.30 petang ialah waktu bebudak ni makan malam di bilik makan sekolah..Alhamdulillah...tertunailah sudah hasrat Ibu untuk anaknya yang bernama Eisya... Eisya amat-amat terkejut sebaba dia baru balik dari latihan silat dan dalam perjalanan ke bilik makan, aleh-aleh ternampak guru pelatihnya Etn menatang satu kotak putih untuknya dan terus mengucapkan "Selamat Hari Jadi Eisya" ..hampir terduduk Si Eisya, terasa hairan dan terkejut bagaimana cikgunya tahu hari jadi hari Jumaat tersebut...wah!!!.... terharu sih...hampir-hampir la Eisya teringat kek tu datang dari Etn...sib baik kengkawan yang lain tak salah sangka..he he he....BHS tinggalkan Etn sebentar biar dia berbicara bersama Eisya supaya dapat menerangkan duduk perkara..dalam hati BHS terasa syahdu melihat Eisya sambil mata BHS tak puas-puas memandang pada anak-anak di Asrama SMK Agama Slim River yang sopan santun bertudung labuh....ALLAHHUAKHBAR!!!!

5 comments:

Yati-M said...

Saya pon terharu baca ni...haih... sib baik sempat dpt kat empunye bday girl tu... bravo Kak BHS..

Raja Radiah said...

alhamdulillah...murah rezeki akak....mudah-mudahan lepas ni boleh buka bakery shop pulak...

boxhousestudio said...

BHs to Yati-M...terima kasih Yati-M...cuma kalu dapat order ad hoc begini lain-lain kali..mesti buat design yang lebih baik lagi..InshaALLAH...

BHS to Raja Radiah...Alhamdulillah sentiasa...tang bukak bakery shop tu terkedu le pulak...masih beranggapan serba serbi ni hobi mengisi masa yang terluang sambil sambil mengasah bakat yang ada...aduhai...lawanya gambar Radiah berkerudung panjang ne...suka la tengok nampak manis sekali...

MamaFaMi said...

Amboi Cik Tun, rancak bisnes nampak. Alhamdulillah Cik Tun dah tak lemah gemalai lagi... dah pasang speed turbo dah!

boxhousestudio said...

BHS to MamaFami....hik hik hik..dah pasang speed turbo ya...itulah tu berkat-berkat bersahabat dengan agent-agent pink, blue, green, orange and siapa lagi sorang tu, si black tu...yang rajin la sesangat tolong-menolong...Alhamdulillah...