Sunday, August 9, 2009

Sup Kepala Ikan Merah...pergghh!!!!...dari buku masak IKAN Kak Liza...


Kelmarin BHS minta tolong MIL belikan kepala ikan merah kat pasar...sib baik ada, harga boleh tahan RM9-00, kepala aje....masa kat pasar depa dah belah dua kepala ikan merah ne..jadi senang la kerja nanti..

Tengok-tengok ....tak sabar-sabar E1 nak makan mata ikan merah tu..dia dah chop dulu...oppss..bukan setakat tu...sebelah tu dia punya sorang..makan nak, makan...ko memang suka sup-sup kan ...oh ya dalam masa terdekat ni dah hampir 3 kali MIL masak sup ne...sedap...Terima Kasih Kak Liza ..susah-susah poskan kat kita 6 buah buku masak bersiri ni beserta dengan kuali Cosway walaupun akak sibuk sangat nak menyiapkan buku-buku masak yang lain...Akak Liza, BHS sayang nak guna kuali tu....bawak tidur..ha ha ha...

maklang azie dah tanya resepi ok ni dia..alla maklang ni, maklang kan pandai masak bermacam-macam lauk kan kan kan?..he he he

SUP IKAN
bersama Chef Hanieliza

Bahan A
- 1 ekor ikan merah (saiz sederhana besar)
- 1 bungkus sup bunjut
- 3 cawan air
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
- Daun sup
- Daun bawang
- Garam secukup rasa
- 1 sudu besar minyak masak

Bahan B (Dihiris)
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 3 sentimeter halia

Cara membuat
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Panaskan minyak ke dalam periuk. Tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi
3. Masukkan air, lada hitam dan sup bunjut
4. Apabila mendidih, masukkan ikan merah tadi dan tambahkan sedikit garam. Biarkan mendidih kemudian tutup api.
5. Taburkan daun sup dan daun bawang.
6. Sedia dihidangkan.

Tip dari Chef :
daun sup boleh dimakan sebagai ulam bertujuan meredakan tekanan darah tinggi

3 comments:

kucingorengemok said...

ala syoknya kaaaakkk!

Anonymous said...

Sedapnye sup kepala ikan... rasa nak hirup jer...

boxhousestudio said...

BHS to kucingorengemok..syok sebab ada orang tolong masakkan ke ha ha ha

BHS to blogresepi...segannya BHS, empunya blogresipi pandai masak ne...