Tuesday, November 24, 2009

Haji datang lagi...buat ingatan ku, suami ku serta anak-anak yang ku kasihi sekelian ....


Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,

sembahlah Allah,

dirikanlah solat lima waktu,

berpuasalah di bulan Ramadhan,

dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.

Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.

Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


Nabi Muhammad s.a.w. (bahasa Arab: محمد‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."


BHS buatkan cupcakes hantaran ini untuk anak perempuan Kak Maliah...dengan ucapan "Selamat Bertunang".....maaf ye kak tak dapat bersama dalam majlis tersebut..kena rush ke KL bawa MIL bersama...

Thursday, November 19, 2009

Jamuan Akhir Tahun 2009 Kelas RK dan Puisi : Guru oh Guru , bakti mu BHS sanjung tinggi...terima kasih Cikgu...


kali ni BHS dikerah oleh E1 untuk siapkan 50 biji cupcakes untuk rakan-rakan tingkatan 1 di sekolahnya...gara-gara dia terpandang cupcake untuk Ada yang siap bernama dan warna merah putih pula dia nampak BHS siapkan untuk SOFFYA kelmarin...ingatkan dia tak hairan apa yang BHS buat...rupanya E1 di perhatikan nya juga kerja BHS tu....

sebelem tu E1 dah ambil nama-nama rakan RK yang berjumlah 38 orang...aduhai..lewat malam baru selesai menerap-nerap nama bebudak ni...demi kasih mak pada mu, mak tunaikan hajat E1 ne...mak suka aje kerna mak minat baking, hobi mak yang paling happening....

ini cikgu E1..Nur Shaliza...memang manis..silap-silap kalau cikgu Nur Shaliza pakai baju sekolah...macam budak tingkatan 1...

Di kesempatan ini BHS nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada guru-guru yang telah membimbing anak-anak BHS, ampun maaf BHS pinta bagi pihak anak-anak BHS kiranya ada salah silap mereka sepanjang guru-guru semua mendidik mereka...doakan kejayaan dunia dan akhirat buat anak-anak didik mu ini.....BHS dedikasikan puisi
dari Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang sebagai tanda kenang-kenangan...terima lah...Guru Oh Guru


Puisi : Guru Oh Guru

Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru
yang diselenggarakan oleh Zam Ismail
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.

Satu Kiblat Yang Sama...syahdunya ....aarrgghhh...


Nanti BHS nak pergi Jalan Masjid India ke Wisma Yakin mencari lagi buku ini, nak beli lebih dari satu...ramai nor peminatnya...sampai tuan empunya pun kena ambil buku kesayangannya ini...mmmm...

Masa BHS pergi Umrah beberapa tahun yang lalu, BHS nampak seorang kakak kelantan asyik benar membaca buku ini, tak lepas dari tangannya, BHS suka dan terus mencari ...kini buku ini sudah di miliki oleh makcik, adik ipar, kawan BHS juga abah...tak sempat buku ni berada di rumah lama, pasti ada yang terpikat..Alhamdulillah....

BHS suka dengar nasyid... ini salah satu yang BHS suka...jiwa jadi tenang...

Satu Qiblat Yang Sama
Album : Qiblat
Munsyid : Rabbani

Ya Sallim Sallimna Sallim Sallim Dinana

Ada yang hitam, ada yang putih..Zahirnya Dia menciptakan kita berbeza
Namun batinnya kita dikurnia akal fikiran yang lengkap sempurna
Walau berbeza kasta budaya, hanya amalan pada-Nya yang utama
Kita mewarisi Al-Quran suci sebagai panduan tuk hidup sejahtera

Seringkali iman akan diuji bak layar dihembus laut gelora
Dalam mengejar kehidupan di sana, jangan alpa meredah kabus dunia

Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama

Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa

Tak mungkin manusia yang punya nafsu bisa terlari walau secebis dosa
Apa yang mampu kejar pahala, biarlah yang Esa menghitungkannya
Buang yang keruh, ambil yang jernih tak guna merintih menyesal bersedih
Khalifah bumi semua bersaudara untuk menghambakan diri kepada-Nya

Kadangkala kesabaran dicabar tiang utuh teguh bisa kan runtuh
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama saudara

Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama

Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa

Senilagu: Yusri/Norman/Edry
Senikata: Yusri/Norman/Edry
OP: KRU Publishing Sdn Bhd
SP: EMI Publishing M Sdn Bhd

BHS rehat jap dari tugas seharian yang sampai ke malam, ni tengah ngadap lap top sambil dengar nasyid dari YouTube..E1 dah tidur kalau tidak BHS tak merasa guna.....eh dah pukul berapa ne?..alahai...dah lewat...esok kerja...aarrgghhh...

Tuesday, November 17, 2009

"Lord Reuk" tengah periksa sekarang....



Habis pereksa, gitar dah memanggil...betuah...bertuah anakku ...he he he...psst...BHS risau ni...moga ALLAH s.w.t terus membantu....masa ni la BHs terkenang mak, baru tahu camana mak bela BHS dengan penuh kasih sayang...BHS dedikasi kan nasyid ni untuk mak...I LOVE U SO MUCH MAK...doakan cucu mu yang tengah periksa tu ya...

Ibu Mithali
Artist: Rabbani
Song Category: Nasyid

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami


oh ya...masa BHS pi SDAR, BHS bawa chocolate ni...sukanya dia..sekelip mata dia habiskan..BHS rasa dia suka dark chocolate compound, sebab kelmarin BHS buat guna milk chocolate compound lambat sikit habis, tapi habis ..he..he..he..psst opah, atuk kl, nenek ngan atuk kirim salam padamu nak...

Blueberry Cheese Tart buat Intan...


Petang kelmarin suami Intan datang ambil BCT ni di rumah BHS, malam tu juga bawa ke Bota kerana Intan sedang menunggu ayahnya yang sedang sakit di kampungnya ini...semoga ayah Intan telah pun sembuh ...ni buat BHS terkenang abah yang dah nampak uzur sekarang...aduhai...

Thank You Soffya...



Soffya ni student UPSI..terima kasih banyak-banyak....
moist chocolate cupcakes
ganache
white & red fondan topper
special cupcake box
white & red ribbon

Sunday, November 15, 2009

Aseana Cafe, KLCC...


Sebelum balik ke Tanjung Malim selepas menikmati seni di Galeri Petronas, we all singgah ke sini...Thank you Chef ...memang sedap...dengarnya staff petronas rajin breakfast kat sini...mmm..

Saturday, November 14, 2009

Petronas Gallery with Raja Shahriman....

BHS enjoying the art ambience.....take note ya, yang kiri kanan tu sculpture Man, BHS yang kat tengah tu...jangan silap pulak tau..he he he...

Man bergambar dengan Tengku Eli(kakak Man) dan Tun Mahathir serta orang kuat Petronas..

Haaaa...yang ini E-one bergambar dengan member Kanda... tahap sifu, diorang tu... yang kiri tu Pak Sani Mat Dom dan yang tengah tu Dato' Mahsun Taib mantan timbalan SU kerajaan negeri perak... Diorang tengah tengok sketch book Dato' Mahsun tu...

Thursday, November 12, 2009

Galeri Petronas..Raja Shariman...sahabat lama Kanda






Jemputan dari sahabat lama Kanda BHS ke Galeri Petronas, Raja Shahriman...

Tuesday, November 3, 2009

Terima Kasih Fairuz..




Fairuz dari Library UPSI order Blueberry Cheese Tart size besar dari BHS kelmarin, tapi yang datang ambil di rumah BHS ialah Intan dan Ila...rupanya depa bertiga kawan baik...depa ni kerja sambil belajar...belajar rajin-rajin tau...mesti tabah ok...lagi satu Ila rupanya anak jiran sebelah rumah 'ibu' yang bela Rizqin masa kecil...kenal-kenal kan diri ya, almaklum la BHS ni dah berumur..hik hik hik...apa pun terima kasih Fairuz dan rakan-rakan Fairuz sumer yang rajin rasa air tangan BHS ni...terima kasih sekali lagi....Alhamdulillah...

Monday, November 2, 2009

Kami Tetap Kawan....tanda ingatan buat 7 sahabat ....Ada, terima kasih...




Terima Kasih Ada, BHS doakan Ada dan rakan-rakan seperjuangan Ada sekelian tabah menghadapi cabaran SPM tahun 2009 ini....BHS tau "U CAN DO IT!!!"...oh ya..
BHS dah tengok blog Ada...mmm...celebrate dalam kelas di SMKA ya...enjoy...
dengan izin BHS letak gambar kenangan ini di sini...Auntie terharu dan syahdu melihat wajah-wajah manis ini...buat Auntie teringat Rizqin yang menyambut akhir persekolahannya juga...click dekat my followers .."ada."