Thursday, June 16, 2011

~Plain Butter Cake & Apam Blossom~


APAM BLOSSOM (DOT DOT)

Bahan-bahan :
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  1. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  2. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  4. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  5. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
  6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

PLAIN BUTTER CAKE

Sumber : Bebop

Bahan A

250 gram butter SCS
200 gram gula (gula castor)
210 gram tepung gandum (maklang guna self raising flour)
1 sudu teh baking powder


Bahan B

5 biji telur


Cara-caranya

Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4 hingga ke 5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil-bintil. Tuang adunan dalam acuan 9" (kita pakai 8"), bakar 160'C selama 50 hingga 60 minit atau uji dengan lidi dengan mencucuk di bahagian tengah kek.

Ada nasihat dari Bebop ne..untuk mendapatkan kek butter yang cantek dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.

Bukan setakat Maklang, Bebob, rakan-rakan kata kek ne moist dan gebu.. kanda kita, MIL kita, biras, adik ipar, mak dan semua-semua yang merasa kek ne waktu Raya hari tu kata sedap...tapi mereka kaitkan dengan kek orang lama ada bubuh kulit oren dan terasa oren...dengar tu kita pun buat le kek butter bubuh oren dari fp Maklang gak ..nanti next entry kita kemaskini..k?...terima kasih ALLAH....

2 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Kak Tun

sedap nyerrrrr apam

Wassalam

boxhousestudio said...

waalaikumusalam tuan haji rozali

rasa pun belum...dah kata sedap ...
sedap di mata ya...he he