Wednesday, August 26, 2009

Tahniah Ili...


Tanda ingatan BHS pada Ili, BHS buatkan dia cupcakes yang cute-mute macam dia juga..lembut budaknya..hajat hati nak beri masa majlis konvokesyen di UPSI baru-baru ni...tapi tak sempat, terlalu banyak perkara yang harus di selesaikan...akhirnya pada malam yang lepas BHS pi umah dia hantar cupcakes ni...harap Ili suka ....

Tahniah Taufik...


Taufik ni private tutor my son, dia ajar add math, fizik, kimia. Begitu juga dengan isterinya..dua-duanya student UPSI dan sudah punya seorang anak lelaki dan kini Taufik sedang menunggu kelahiran anak yang kedua..take care HUDA..BHS doakan HUDA sihat dan tabah k..pada Taufik BHS ucap tahniah...baru-baru ni dia mengambil ijazahnya dan tahun depan giliran HUDA pula...hebat tul korang nih!!!...

Strawberry ni sahabat BHS, Pera belikan semasa mereka menghadiri kursus di Cameron Highlands...Pera besok-besok belikan lagi tau...ha ha ha..nak tau Taufik suka sumer berkaitan Strawberry...

Terima Kasih Nik Dalila...


Terima Kasih Nik Dalila yang comel .... suka dapat berjumpa walau sekejap cuma..Nik Dalila ni student Kolej Yayasan UEM or KYUEM (formerly known as Kolej Matrikulasi Yayasan Saad)..mudah-mudahan menepati citarasa mu ya..


Kami berdating depan KFC Tanjong Malim pukul 5.30 petang hari Rabu kelmarin

Tuesday, August 25, 2009

Majlis Bacaan Yassin di rumah mak abah BHS...


BHS sempat siapkan fancy cookies dalam jumlah yang sangat minima serta cupcakes in the dome casing untuk diberi kepada perkumpulan wanita yang membaca yasin .BHS masukkan dalam goody bag warna hijau, disertakan senaskah Yassin yang adik BHS beli khas di kedai buku birasnya di Masjid India..

dan cupcakes butter dengan orange buttercream serta bunga fondan tekap sebagai penyeri..itu pun dalam jumlah yang minima...tak sempat buat banyak-banyak...aduhai..

Hidangan selepas majlis bacaan Yassin perkumpulan wanita kampung tempat tinggal mak dan abah BHS...maaf BHS tak sempat jemput kenalan-kenalan BHS kerana majlis di buat secara mengejut...majlis hari Ahad...hari jumaat petang baru mak BHS beritahu BHS..sabtu BHS ke Jeram rumah Cik Ani, adik mak mertua BHS..


cupcake butter ni BHS bawa, adik ipar BHS masak lauk makan tengahari, kuih muih ada yang mak BHS order, dan Ina anak kak siah bawa puding pelangi...

Chocolate Caramel Oreo Cheesecake


Terima Kasih Lia...BHS rasa ini cikgu Lia yang order...aduhai sori...lama sangat tak update blog sampai lupa siapa yang empunya...tu la gara-gara BHS kehilangan gambar dalam camera BHS kelmarin...kus semangat...

Cik Ani baru balik dari US..melawat anak menantu cucunya di sana..


Satu meja lauk pauk makan tengahari beserta buah dan kuih

di meja ini pula ada rojak dan pecal pula

BHS bawa choewy goey yummy brownies

dan cupcakes simple buat Cik Ani...anak cik ani, Ebob suka cupcakes..


Terima Kasih Cik Ani menjemput kami ke rumahnya di Jeram...Cik Ani dan Amy baru balik dari US setelah tinggal bercuti selama dua bulan di rumah anak perempuannya di sana...anaknya sepupu my hubby, mengajar di UPSI sebelum melanjutkan pelajarannya di US, buat PhD..ooo...BHS dapat buku cupcakes martha stewart..err...BHS suka sangat-sangat ....terima kasih Cik Ani, Eda, Emy.....

Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Friday, August 14, 2009

Hati Rien berbunga-bunga gembira...Alhamdulillah...



Rien jauh duduknya, di Miri kerana di tugaskan di seberang laut sana. Demi kasih sayang yang tiada berbelah bahagi pada suami tercinta, Rien turun ke Semenanjung dan singgah di UPSI, Tanjong Malim meraikan kejayaan suami menamatkan pelajaran...tiada yang lebih indah selain melihat kegembiraan suami tercinta mengenggam segulung ijazah ditambah pula mereka berdua ni baru sahaja di ijabkabulkan...tak terucap rasanya..Alhamdulillah dan Tahniah BHS ucapkan...seronoknya bila time konvo...berdiri megah di atas pentas..uish!!!..

Moist Chocolate Cake meraikan pengantin...



Terima Kasih Zura kerana menempah kek ini bagi pehak Kak Asiah ibu mertuanya, kata Zura mertuanya nak bawa ke dewan untuk meraikan pengantin...kata Zura lagi disamping meraikan pengantin mak mertuanya dan rakan-rakan yang hendak mengerjakan ibadah umrah di raikan bersama-sama...selamat beribadah, syahdunya.....pada saat dan ketika ini BHS pasti rombongan ini telah pun sampai ke tanah suci ...doa BHS semoga selamat pergi dan selamat kembali...amin

Thursday, August 13, 2009

Ku sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat mu Ustaz Asri...

HARI INI HATI BHS SAYU BENAR-BENAR..............


PERGI TAK KEMBALI
Dendangan : Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Wednesday, August 12, 2009

Cupcakes Chocolate with Chocolate Buttercream


Terima Kasih Fara, tak dapat jumpa Fara, Fara duk kat Behrang 2020. Masa Fara datang ambil cupcakes ni, MIL yang tolong sampaikan pada Fara. BHS pi baca Yassin dan Marhaban di rumah makcik Leha...Fara sampai rumah BHS pukul 11 pagi lebih kurang...Baca Yassin bermula pukul 10 pagi..jadi tak dapatla jumpa Fara sebab Fara pun nak cepat balik ke Behrang 2020...memudahan Fara suka ya...kira ni ad-hoc order dari Fara...harap dapat berjumpa lain kali ya...

Tuesday, August 11, 2009

Biskut Suji Badam...BHS suka sangat..mak BHS lagi suka...

BISKUT SUJI BADAM

Biskut Suji Badam ni BHS rajin buat, Kak Intan yang duk kat luar negera buat biskut ne masa dia teman kan anak-anaknya melanjutkan pelajaran ....dia kata dia selalu dapat order dari student-student dan rakan-rakan sampai dapat dia menampung perbelanjaan kat luar negara tu...

Baby Aira dah 1 tahun umurnya...


Aira baby, ini Moist Chocolate Cake untuk Aira, mama you tempah...dengarnya cepat betul habis..kata Lia sedap sangat...Alhamdulillah....

Kelmarin Cikgu Lia jemput BHS celebrate birthday Aira yang pertama. BHS belum dapat dukung Aira lagi yang pasti baby ne comel cute kecil molek, serupa mak dia...mmmm...Kalau la BHS dapat attend ada laksa penang tau..kempunan..kempunan...apa pun terima kasih la no...lenkali jemput lagi na....(oh ya harap Cikgu Lia dah sembuh dan boleh mengajar semula..amin amin amin..)

Sunday, August 9, 2009

Sup Kepala Ikan Merah...pergghh!!!!...dari buku masak IKAN Kak Liza...


Kelmarin BHS minta tolong MIL belikan kepala ikan merah kat pasar...sib baik ada, harga boleh tahan RM9-00, kepala aje....masa kat pasar depa dah belah dua kepala ikan merah ne..jadi senang la kerja nanti..

Tengok-tengok ....tak sabar-sabar E1 nak makan mata ikan merah tu..dia dah chop dulu...oppss..bukan setakat tu...sebelah tu dia punya sorang..makan nak, makan...ko memang suka sup-sup kan ...oh ya dalam masa terdekat ni dah hampir 3 kali MIL masak sup ne...sedap...Terima Kasih Kak Liza ..susah-susah poskan kat kita 6 buah buku masak bersiri ni beserta dengan kuali Cosway walaupun akak sibuk sangat nak menyiapkan buku-buku masak yang lain...Akak Liza, BHS sayang nak guna kuali tu....bawak tidur..ha ha ha...

maklang azie dah tanya resepi ok ni dia..alla maklang ni, maklang kan pandai masak bermacam-macam lauk kan kan kan?..he he he

SUP IKAN
bersama Chef Hanieliza

Bahan A
- 1 ekor ikan merah (saiz sederhana besar)
- 1 bungkus sup bunjut
- 3 cawan air
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
- Daun sup
- Daun bawang
- Garam secukup rasa
- 1 sudu besar minyak masak

Bahan B (Dihiris)
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 3 sentimeter halia

Cara membuat
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Panaskan minyak ke dalam periuk. Tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi
3. Masukkan air, lada hitam dan sup bunjut
4. Apabila mendidih, masukkan ikan merah tadi dan tambahkan sedikit garam. Biarkan mendidih kemudian tutup api.
5. Taburkan daun sup dan daun bawang.
6. Sedia dihidangkan.

Tip dari Chef :
daun sup boleh dimakan sebagai ulam bertujuan meredakan tekanan darah tinggi

Friday, August 7, 2009

Kek Fondan tema Purple and Silver





Terima Kasih Zah...Zah tiggal di media prima dan bertugas di UPSI...datang ke rumah BHS mengambil kek fondant tema purple and silver untuk di hadiahkan kepada kawannya...Zah ni rajin beri hadiah pada kengkawan dan paling terharu sentiasa beri sokongan pada BHS...Alhamdulillah.....kek ini bersaiz 8 kali 8 inci Semoga Zah berpuas hati...

Tuesday, August 4, 2009

Kek Perkahwinan dari Radiah dan suaminya Ed buat adik tersayang....





Terima Kasih Radiah beri kepercayaan pada BHS...pada Jumaat malam kelmarin, Radiah datang bersama suami dan anak kecilnya ke rumah BHS mengambil kek untuk di bawa pulang kampungnya di Bentong. Khenduri Kahwinnya di buat di Dewan...
Kek perkahwinan untuk adik perempuan Radiah ne bersize 8 kali 16 inci..
BHS di jemput menghadiri sama untuk meraikannya...tapi tak dapat di tunaikan, maaf ya Radiah..anak BHS tak sihat....kalau tak dapat jumpa Shida...
Ucapan Selamat Pengantin Baru BHS dan family ucapkan buat adik Radiah semoga berbahagia sentiasa..amin amin amin........

Monday, August 3, 2009

Blueberry Cheese Tart Besar lagi....


Syukur sangat-sangat pada ALLAH...semua suka makan blueberry cheese tart dari air tangan BHS..Alhamdulillah...yang ni kakak Eja punya...namanya Ling... kelmarin masa Eja order dengan BHS, Ling dan suaminya ada rasa sikit...kata Ling dia order pula sebab suaminya suka...nak ucap terima kasih pada Eja banyak-banyak ne....psst lepas ni BHS pasti dah terpahat dalam ingatan dah ...ha ha ha...

Blueberry Cheese Tart Comel...


yang comel ne...the girl dari UPSI ne nak bawa buah tangan untuk mak nya...BHS syahdu arr...err... girl..what is your name?..aik!!!...BHS tak kan lupa kut..itu la tu...kertas tu hilang..segala catatan ada kat situ..mana perginya...mmm...kalau tak silap As namanya...malunya BHS..

Brownies in the Gift Box...



BHS suka tengok brownies dalam bekas ne..nanti BHS hias dengan riben dan sticker bertulis terima kasih...atas brownies BHS hias dengan fondan floral fantasy kenit...cute kan?...

Blueberry Cheese Tart Besar...


Terima Kasih Eja...rupanya Eja ni peminat cheesecake, cheese tart.....Eja ni tengah bercuti lama sebab UPSI di tutup sementara...student dan kakitangan bercuti sehingga 5 August...BHS berdoa semoga kita semua di jauhkan dari wabak penyakit yang melanda seluruh dunia sekarang...Aduhai...risau...

Terima Kasih Radiah..Cupcakes Coklat ...


Radiah order cupcakes coklat dengan bunga pink fantasy siap bekas untuk kakak iparnya...sebenarnya Radiah nak bekas penutup berbentuk dorm supaya BHS boleh swirlkan dengan chocolate buttercream...tah macam mana pada hari yang dijanjikan hilang pulak bekas dorm tu...puas mencari...memang pasti ada, memang ingat ada beli...cuma ingat sebelum tu BHS ada bawa ke SDAR sebab waktu tu ada "open block"..dan Rizqin suruh BHS buat kan dia 100 cupcakes coklat with swirl buttercream...Aduhai Radiah, tak ada rezeki BHS nak melaram dengan bekas dorm tu...lain kali la nampaknya ya Radiah...rupanya ibu mertua Radiah buat khenduri sempena nak menyambut puasa serta nak mengerjakan Umrah dalam masa yang terdekat ne...tak silap mil Radiah ni bekas guru besar..betui tak Radiah?..yang pasti Fil dan Mil Radiah ni kenalan mertua BHS...oh ya BHS di jemput sama...Khenduri hari Ahad pukul 3 petang di rumah mak mertua Radiah...kecil molek mak mertuanya...Salam Ibadah buat makcik, semoga selamat pergi dan selamat kembali..bila la BHS nak pergi lagi?...rindunya...

Tartlet dan Blueberry Cheese Tart Besar..


Tartlet size besar...lain kali BHS nak layer dulu dengan ganache pada tart shell tu baru pipekan custard ....


Blueberry Cheeese Tart ni pun size besar

Terima Kasih Farizatul Shuhana...kelmarin FS nak menziarah kakaknya di Rawang...dia bawa buah tangan ne....dapat jumpa anak kecilnya yang amboi!!!.....bergaya habeh!!!..he he he....

Terima Kasih Dayah


Terima Kasih Dayah...Dayah dah lama teringin nak makan Chocolate Caramel Oreo Cheesecake...malam tu masa BHS pi beli burger anak BHS kat Burger Kingdom, kitorang dating kat situ...lembut dan baik budaknya..putih kurus...mmmm....Dayah tinggal kat Media Prima dan bertugas di Proton City...sempatlah Dayah berkenalan dengan E1..Dayah teringat E1 masak steak kelmarin..he he he