Friday, June 11, 2010

Selamat hari jadi fil, atuk, ayah, suami....dari menantu, cucu, anak, isteri....



Selamat Hari Jadi yang ke 73 ayah mertua. Syukurlah ayah mertua dikurniakan kesihatan yang cemerlang, berkat-berkat mendengar dan mengikut nasihat doktor, tetap waktu bila makan ubat... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... tiada yang lebih nikmat dari nikmat kesihatan yang cemerlang yang dikurniakan ALLAH....bersama anak, menantu dan cucu...hidangan ayam bakar, satay, nasi putih, masak lemak labu, sup tulang, sayur goreng kacang panjang kunyit dengan isi ayam, terung berlada dihidangkan pada malam birthday ni..riang ria gelak ketawa anak-anak saudara bersama dengan makcik-makcik dan pakcik mereka sambil membakar ayam dan satay di bahagian belakang rumah.

namun....."roda kehidupan terus berputar, sihat sebelum sakit , muda sebelum tua maka begitulah yg terjadi dalam kehidupan dua orang bapa yang BHS panggil ayah kepada ayah mertua dan BHS panggil abah pada bapa kandung. Dikala dan saat ini abah BHS masih di rawat di hospital kuala lumpur. Kelmarin doktor bilang sudah boleh pulang namun hampa, abah boleh sembahyang dan boleh borak dan boleh jalan cuma gula dalam darahnya harus betul betul stabil. Doa BHS moga abah terus bersabar menempuh dugaan dan harapan besar dari BHS dan keluarga semua agar abah berpantang makan...moga abah dapat melepasi cabaran itu..sabar ya bah..."

Bahawasanya Allah s.w.t apabila mengasihani seseorang hamba Ia menurunkan ujian kepada hambanya itu seperti yg dikatakan oleh Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya Allah apabila telah mengasihi seseorang hamba nescaya Ia mengujinya."

Maka setiasalah redha dengan takdir, bersabar dan terus berikhtiar. Moga diberikan jalan ke
luar..ALLAH...

4 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Kak Tun

saya nak tumpang ucap selamat hari ulang tahun

moga cepat sembuh
dapat beramal dgn lebih sempurna

Wassalam

MamaFaMi said...

Salaam Tun...

Happy birthday kepada semua ahli keluargamu yang menyambut hari jadi. Didoakan semoga abah mu cepat sembuh ye.

Amin

boxhousestudio said...

waalaikumsalam warohmatullah hiwabarokatuh rozali

terima kasih

terima kasih sekali lagi..
ya beramal dengan lebih sempurna

boxhousestudio said...

BHS to MamaFaMi

salam Mama


thank you so much!!!
ya doa senjata umat Islam...amin amin amin ya rab