Tuesday, May 12, 2020

Saturday, March 12, 2016

Tuesday, March 8, 2016

Hantaran Kek Cawan


Cupcakes hantaran buat Zila dan Wan.
Nasi Kerabu buat BHS dari Mek, sedapnyaa...

Chewy Gooey Yummy Brownies

French Loaf





French Loaf size small 2.0 lbs, baru siap lepas isyak...terus potong, makan panas-panas. Makan dengan hot tuna ayam brand, timun jepun yang krup krap dan tomato serta mayonis. Texture roti disukai oleh si dia...syukur, alhamdulillah...beza french loaf dari basic white bread ialah tak payah buh serbuk susu...kulit luar french loaf rasa lagi kental...sesuai buat sandwich katanya.

3.11.15
selasa

Tuesday, December 1, 2015

Monday, April 27, 2015

Tak jemu-jemu BHS menghayatinya...

SUBUH YANG TERAKHIR

Album : Epik

Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang

pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka

Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa

Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi

Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok tak kan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa

Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa

Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...

andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir






Thursday, March 19, 2015

Sujud syukur padaMU atas segala cinta



Terima kaseh Anis dari Taman Bernam Jaya sudi tempah kek dari BHS. Anis meraikan perkahwinan  adik bongsu suaminya. Majlis walimatul urus diadakan di rumah Anis.



Thursday, March 12, 2015

Fancy hati ku..he he....Fancy cookies la BHS...ok ok...

Pada 1.3.15, bacaan yasin dan tahlil wanita di rumah BHS.  Tanda penghargaan pada mereka dan pada yang sudi hadir majlis ini, BHS sediakan fancy cookies bentuk hati. On top of that BHS buatkan muffin pisang dalam bekas putih polkadot, muffin pisang tak sempat nak snap...ate, sorang aje yang mengerojekan nyaaa...

Thursday, March 5, 2015

Keabadian Cinta ~ BHS pulak yang syiok sendiri... boleh ke boleh...

!

Hi, Anuar Zain...BHS dedicatekan lagu Keabadian Cinta ini buat anak lelaki dan menantu Kak Hajjah Arah ya...

Pada kedua mempelai BHS doakan kejayaan dunia akhirat, begitu juga seluruh keturunan mereka,

Selamat menikmati kek perkahwinan yang BHS sediakan, (menikmati alam rumah tangga la BHS...ehh..ha ha). Tengok tu, ada cupcakes yang dah kena kidnap....senyummmm...

Friday, January 16, 2015

Oreo Cheese Cake


OREO CHEESE CAKE   

Bahan-Bahan Ramuan :
A.  Bahagian Dasar Biskut Oreo
    1.   200 gram biskut Oreo yang telah dihancurkan
    2.     50 gram mentega cair
Cara-cara
Gaulkan bahan-bahan ramuan bahagian dasar biskut sehingga sebati. Tekan ke dalam acuan kek springfoam.  Simpan di dalam peti sejuk selama 15     minit atau sehingga keras.  Jika anda lebih mengemari bahagian dasar yang rangup, anda perlu membakar bahagian dasar biskut pada suhu 160’C selama 10 minit dan biarkan ia sejuk.    

B.  Inti
     1.  750 gram krim cheese
     2.  130 gula caster
     3.    ½  sudu besar vanilla essence
     4.     3  biji telur
     5.  200 gram krim whipping
     6.    15 keping biskut sandwich Oreo, dipotong suku 
Cara-cara
1. Putar krim cheese dan gula sehingga gebu. Tambah ½ sudu besar vanilla essence   dan putar sehingga sebati.
2. Tambah telur satu demi satu dan putar sehingga gebu.
3. Tambah krim whipping dan putar sehingga sebati. Tambah biskut sandwich Oreo yang dipotong suku dan kacau hingga sebati.
4. Tuangkan inti keju ke atas bahagian dasar biskut yang telah disediakan.
5. Bakar pada suhu 160’C selama 50 minit sehingga bahagian tengahnya sudah masak. Tutup suis dan renggangkan pintu ketuhar, biarkan kek menyejuk di dalamnya selama 1 jam.
6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi pinggir dulang pembakar. Biarkan ia sejuk.
7. Tutup kek dengan elok dan letak di dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.
8. Keluarkan kek dari acuan. Hiaskan dengan krim whipping yang diputar dan kepingan biskut sandwich oreo.

Resepi asal dari Chef Alex Goh, pastu BHS ubah suai bahagian hiasannya :) dan resepi ni la yang BHS beri pada Maria, wartawan UM... lembut Maria ni, senang deal dengan dia...lembut tutur bicaranya....yang pasti selamat mencuba resepi ini tau...

Ikhlas dari BHS @ Kak Tun
Di Tanjong Malim
.
011-24050173
.
06012015 


Wednesday, January 14, 2015

Majlis menyambut menantu anak Kak Ani jiran BHS...



Cantek setting meja pengantin dan meja pemanis mulut. ni kan...semua ini di siapkan oleh anak saudara Kak Ani yang kerja di audit firm...wah!...jemari seni tuu...BHS suka tau....Oh ya, terima kasih Kak Ani sebab beri peluang pada anak bongsu BHS untuk membacakan doa semasa ketibaan pengantin perempuan dan rombongan nya ....memudahan Kak Ani berpuas hati dengan doa restu yang di bacakan oleh anakanda BHS...apa pun BHS nak ucapkan tahniah pada Kak Ani dan Abang kerana sudah pun bermenantu di waktu masih muda belia lagi...Syukur, Alhamdulillah

Friday, January 9, 2015

waaa...hari mengupdate blog...phewww




tiap tahun, kawan-kawan anak sulung akan datang ke rumah...BHS hidangkan kek karot, kek marble, apple pie, chocolate chips dan banyak lagi...tak ingat... BHS lupa ya ...sikit-sikit lupa la... tu la... lama tak update blog kan kan kan...

kek kurma & kek butter .... bagus resepi kek butter bebop ni...



Biskut Arab, Tart Mawar dan Biskut Suji Badam



Baru perasan, banyak gambar gambar baking BHS yang tak berupdate di Blog rupanya...he he

Kak Asiah order Handmade Chocolate juga...




Tart Mawar order dari Kak Asiah


Cupcakes Chocolate


Ini Intan punya, bawa ke rumah anak yatim dan tahfiz sempena bday dia... 

Blueberry cheesetart bawa ke Johor


Semalam, Hana Proton datang ambil 120 Blueberrry Cheesetart untuk bawa ke Johor, adiknya bertunang...Tqvm adik...

Tak sabar nak beri pada si dia...handmade chocolate


Gembira dapat jemputan dari anakanda. Dia ajak tengok dia perform kat Dewan Philharmonic Petronas, KLCC....so, BHS cepat-cepat siapkan hand made chocolate sebagai buah tangan untuknya...nak rezeki, Jabar yang belajar di US pun ada sama...dapatlah Jabar dan anakanda makan chocolate air tangan BHS sama-sama...syukur, alhamdulillah... 

Shieda Alip suka Tart Mawar rupanyaaa...

Terima kaseh Shida Alip, one Tart Mawar for her, one for her mother and one for her VIP ...dari tg mlm ke kl ke shah alam ke semenyih ke senawang ke tg mlm...berkawan dengan jem...sanggup!....demi Tart Mawar....ahaks!

Roti Lebah....suka caramelnya...



Ngetest roti lebah sambil seharian layan DVD Lengkap AlQuraan Ustaz Mohammad Asraff Ayob 

Carrot & Red Velvet Cake untuk family Kak Rohaya


Lepas kelas agama pagi tadi, BHS terus siapkan Carrot Cake resepi Cikgu Suria, BHS buat dua lapis cake yang bersize 9 inci. Lagi satu  Red Velvet Cake size 8 inci. Yang ini cakenya BHS buat 3 lapis pula., 
Kak Rohaya kata, dia akan datang ambil lepas Isyak. In sya Allah.



Selamat Hari Jadi MIkael

Baru Ligthing Mc. Queen nak berposing, ibu Mikael dah sambar kejap tadi hi hi..
Bersama birthday cake jugak ada cupcake carrot dalam soufle warna hijau dan cgy brownies....
Terima kaseh Intan, selamat bergumbira

Sunday, March 30, 2014

Ayam Percik Lada Hitam



BHS baru selesai makan tengahari dengan menu Ayam Percik Lada Hitam. BHS readykan juga kentang goreng ala cheesy wedges, nasi puteh dan minuman pula ice lemon tea. BHS teringat tarikh hari ini BHS lahirkan anak yang bongsu. Tak banyak karenah budaknya cuma sangat prihatin tentang bab bab agama. BHS selalu kena tegur, Mak buat ni, Mak buat tu, Mak jangan buat ni, Mak jangan buat tu...jenuh di buatnya :). Apa pun sebenornya BHS suka...suka dengar dia bercakap...Syukur, Alhamdulillah...Terima Kasih ALLAH...