Showing posts with label COOKIES. Show all posts
Showing posts with label COOKIES. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

Monday, December 16, 2013

Wednesday, July 10, 2013

Thursday, July 4, 2013

Chocolate Chips Cookies


Chocolate Chip Cookies
Order Now! RM25/ 520 grams
+012 669 2939 Kak Tun

Thursday, May 23, 2013

Wednesday, April 24, 2013

blue fancy cookies in the making





kalau nak tahu proses BHS menyiapkan fancy cookies lebih lama dan rumit dari nak buat cupcakes hantaran tau, kelebihan pada fancy cookies ia boleh di sediakan awal awal dan boleh di simpan lama sebelum majlis perkahwinan ke, bertunang ke, hari jadi ke, majlis ulang tahun perkahwinan ke, menyambut kelahiran baby ke, segala macam sambutan lah...^_^...fancy cookies kena simpan dalam bekas kedap udara or indahkan dia dalam plastik bag comel yang ber seal untuk elak dia lemau, cupcakes hantaran fondan letak sahaja di ruang udara...itulah bezanya...namun dua dua ada kelebihan, dua dua cantek di pandang mata kan kan kan...

Blue fancy cookies for wedding

Projek BHS kali ini buat fancy cookies tema biru, permintaan ini datangnya dari Raudhah. Majlis perkahwinannya bertemakan biru dan puteh. Khendurinya hari Ahad 28.4.13 di Sungai Siput, sama tarikh dengan doa kesyukuran dan bacaan yassin wanita di rumah BHS nanti, InsyaAllah. Semalam petang kami bertemu di Tol Tanjong Malim, dapatlah melepas rindu bertemu Raudhah. Sempat bertanyakan apa khabar kakaknya, Ana dan ibunya serta adik lelakinya. Semoga majlis berjalan lancar di Sungai Siput nanti, Amin.







Tuesday, April 23, 2013

Drop Cookies menyegat lagi

suka BHS buat drop cookies, buat lagi dan lagi...seronok tengok anak-anak BHS makan, belum apa apa dah habis sebalang, lepas tu lagi sebalang, lagi sebalang...au mak...ia tu...^_^...

Thursday, April 4, 2013

Perkahwinan Maizurina & Harizan Part 2

fancy cookies untuk majlis beradab


fancy cookies yang ini BHS buat bentuk gaun. BHS guna resepi almond cookies dan icing sugar untuk hiasan gaun berwarna puteh, selalu BHS guna fondan..hajat mula nak buat kebaya, lain kali na..

yang bulat pun sama...rumit kerjanya...bakar biskut dulu pastu sejukkan , bila dah sejuk bancuh icing sugar dan dapatkan textura yang tepat supaya sekata icingnya dan nampak licin...pastu keringkan baru buat sekali lagi untuk titik titik hiasan putih...pastu nak tahan kekerasannya, masuk kan dalam plastik hiasan dan gam kan plastik tersebut kemudian ikan reben bagi berseri



untuk tetamu di meja beradab

begitu juga fancy cookies bentuk bulat ini..wah!..bulat hati ku mencintai mu...

Tuesday, April 2, 2013

drop cookies lagi




after eight drops


christmas drops [white christmas drop & dark christmas drops]


white and black sesame drops

rich chocolate chip drops

drop cookies




almond bienna


raisin & oat drops

black chocolate drops



cornflakes coconut drops

chocolate chip cookies

Alhamdulillah, anak anak BHS suka dengan cookies yg BHS test power ni, depa kata sedap dan rangup...tau je la, dorang ni cerewet...makanya kena buat lagi dan lagi....

Monday, October 8, 2012

Projek 710 - Selamat Bertunang Ina dan Black

1st time BHS buat rainbow cake, BHS guna loyang khas, BHS baru beli dengan kawan BHS, 
Cik  Ila.. Alhamdulillah...on time loyang sampai...

malam 6.10.12 BHS start bancuh tepung , bahagi pada 6 mangkuk, mewarna , memotong kertas bulat, membakar satu satu, maklum lah oven kecik, oven europa hari tu dah berasap hu hu, ni tengah berangan beli oven panjang teringin lah sangat harap dapatlah cepat, amin....tang resepi rainbow cake  BHS  dapat dari blog madiha, madiha rajin buatkan kek untuk anak anak nya yang comel tembam..he he he...madiha...terima kasih tau...jauh di mata dekat di blog kan kan kan....

swiss buttercream BHS swirl kan atas rainbow cake ni...masa BHS bawa ke rumah  mak mertua, Ina suka sangat...Alhamdulillah...esok esok nak buat lagi lah....Insya ALLAH...

sebelum buat baking semua ini berhari hari jugalah BHS batuk, selsema, demam tak demam, sakit kaki sebab dapat kemalangan kecil - terbaringlah jadinya...pulak tu hari ina nak tunang dah dekat...itulah ALLAH yang empunya kuasa, terima kasih Ya ALLAH... pada sabtu petang terasa tenaga datang, apa lagi BHS macam turbo siapkan semua ni...sebenarnya ada lagi satu BHS buat, snow cheese cake, next entry k... yang dalam gambar  kat atas tu ada cupcake fondan hantaran, kek kukus coklat dalam kotak kecil, fancy cookies bentuk hati berhias fondan warna oren huruf warna putih manakala rainbow cake BHS layer dengan swiss buttercream dan buat swirl sebagai hiasan ...Alhamdulillah siap akhirnya...masa khenduri larat lagi BHS kehulu kehilir melayan tetamu ...Syukur Ya ALLAH...

Fancy Cookies 710, apa bendanya 710?...RM710 ke? 710 sempena tarikh 07.10.12 la, ina adik bongsu other half  bertunang. Tarikh tu juga ialah tarikh lahir ina dan black,  pulak tu faizal sepupu ina pun lahir pada tarikh ni  jugak...best kan...BHS pun happy campur penat...mana taknya orang yang bertunang kita dikerjakan..ha ha ha...redha kah BHS?...redha...redha...^_^...

Monday, August 13, 2012

Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 51...Tahniah...


BHS nak ucap tahniah kepada mak dan ayah mertua  kerana menyambut  hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 51 pada sabtu malam ahad baru baru ini , jatuh pada bulan ramadhan 1433H, malam ke 21 ...terima kasih pada adik ipar BHS, Wati yang menguruskan majlis ulang tahun mak ayah ini di Aseana KLCC dan sambut sekali hari jadi anak sulung Wati, Mira.  Happy Belated Birthday Mira...6.8.12. BHS buatkan fancy cookies ni pagi sabtu, sambil buka youtube dengar ngaji dan buka tvalhijrah dengar ceramah...Alhamdulillah....facebook tak buka ke?...buka tapi kejap-kejap...betul ke BHS?...betul....

Wednesday, April 4, 2012

~Fancy Cookies~





~Fancy cookies sebagai buah tangan dari BHS sekeluarga semasa majlis bacaan yassin perkumpulan wanita kampung BHS ni pada 31.03.2012 ...Syukur, Alhamdulillah~

Sunday, March 18, 2012

~Mengidam chocolate cookies paling gelap...aduhai...~



Alhamdulillah, alhamdulillah, alamdulillah....tertunai lah hasrat di hati adik yang sedang mengandungkan anak yang kedua untuk merasa chocolate cookies yang paling gelap penuh choc chips....adik lecturer di politeknik kat ngan rumah BHS ...masa BHS jumpa adik, BHS tunjukan cookies yang warna coklat dan yang bersalut almond nibs juga...pilihannya tetap nak yang gelap penuh dengan choc chips....hhhmmm....so adik choose cookies yang paling atas tu....selang beberapa hari adik call lagi, dia nak yang sama lagi satu...syukur Ya ALLAH....dan kawan dia nak yang warna coklat, gambar yang di tengah tu...terima kasih adik....terima kasih kat kawan adik juga...dek kerana anak BHS pun balik dari asrama waktu tu, dia pun terpikat...BHS buatkan lagi, dapat le dia merasa dan sepupu dia yang bernama Jija juga, waktu tu mak Jija ada kat Central Market, mempromosi buku Semerah Ceri oleh Zulina dengan penerbitnya  Jemari Seni Sdn Bhd...Tahniah Zulina, dengarnya cetakan yang kedua bagi sebuah novel sulung...cayalah...^_^...

Thursday, February 23, 2012

~Cuba teka apa namanya ...^_*...~

ini hasil kerja tangan  anak bongsu....dia dah cuba resepi ini  beberapa kali long long time ago, kali ini ada sedikit pengubahsuaian ....jangan marah ya, pada yang empunya resepi sebab ada kurma ajwa di hiris-hiris dalamnya dan beberapa buah kurma ajwa di jadikan puree ...sib baik dia tahu nak buang biji kurma tu...hello BHS , awat tak yakin ka?...yakin la...
a ha...teka dulu  apa nama  resepi ni sebelum di tambah dengan kurma nabi...nanti BHS cerita lagi....teka la...

Friday, January 6, 2012

~Mak BHS suka biskut suji badam ni...Alhamdulillah~

Birthday Mak BHS pada 28.12.2011, Salam Ulang Tahun Kelahiran buat Mak yang BHS kasih, yang BHS sayang, yang BHS rindu yang BHS tak dapat balas jasanya yang melimpah ruah pada BHS...ai seh BHS relax lah, jangan la nangis...haishh budak ni...dah tak larat sambung lah tuh....hhhmmm...BHS sambung-sambung....^_^...

Saturday, December 31, 2011

Fancy Cookies warna warni buat Nur Azimah

Fancy Cookies dah naik Air Asia dan mendarat di Madani Hotel...^_^...