Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

CGY Brownies & Banana Muffin Crumbles


Subuh Jumaat yang maha barokah..Choey goey yummy brownies & Banana muffin crumbles on the way ke Slim River...Alhamdulillah

Monday, August 27, 2012

Nurul Bertunang di Hari Raya Aidilfitri...



Selamat bertunang Nurul, Nurul kerja kat UPSI dan duduk di  area  Kalumpang...mulanya Nurul nak  blueberry cheesetart dan moist choc cake...masa raya raya ni habis pula cheese nya....pastu BHS kata tukar kepada brownies...fikir balik brownies nanti tak berapa nak cantek bila letak dalam plastik, BHS ingat kalau brownies BHS nak bungkus dalam kertas minyak dan buat macam envelope, tapi masa tak mengizinkan...BHS dapat idea buatkan muffin choc chip dan Alhamdulillah, dalam masa yang singkat BHS dah dapat hantar ke rumah nya pukul 10 pagi ...majlisnya pukul 11 pagi, BHS bangun pukul 4.30 pagi ...^_^....memudahan Nurul berpuas hati...apa terkurang maaf kan BHS ya...maklumlah raya...

Wednesday, June 20, 2012

Projek muffin dengan akak senior....^_^



BHS buat macam-macam muffin dengan akak senior, lama dah BHS kenal dia dan ikuti kisahnya...baru ni  BHS ada peluang jumpa dia...alamak!...ti BHS update banyak gambar muffin tau...ni baru teringat nak gi cari buku Iqra oleh Dr Zulkifli....








Friday, April 20, 2012

~Terima Kasih Intan dari UPSI...~

muffin banana crumble

muffin choc chips

muffin berinti jem manggis (jem manggis, mak mertua buat)
Terima kasih buat Intan dari lubuk hati BHS, suka dengar Intan bawa muffin-muffin ni semua ke rumah orang tua-tua untuk aktiviti charity kumpulan nya...Alhamdulillah....

Friday, March 23, 2012

~Banana Muffin Crumble~

BHS buat muffin ni  lepas solat subuh pagi tadi, banana...kawan BHS yang beri semalam, BHS janji nak buatkan kek or muffin or apa saja untuk bagi kat depa sebelum start kerja, berjaya juga BHS siapkan, BHS pilih muffin....muffin cepat segala...zap zap zap ...macamlah tangkas sangat si BHS nih...^_^...pastu...cuma 2 muffin BHS simpan untuk minum petang sama kopi panas sambil lirik-lirik ke TV....bestnya duk kat rumah bila seharian sibuk bertugas...Terima kasih Ya ALLAH...syukur dengan segala nikmat yang di beri....

Monday, March 12, 2012

~Bacaan Yassin di rumah Kak Siah 4.3.12 ahad 3 pm~




Assalamualaikum pengunjung blog BHS yang jarang berupdate..^_^...., busy la...alasan biasala  tu ya...ye la...baru lapang sikit hati BHS nak mengupdate blog yang BHS sayang sangat...ye la tu...aik tak caya tak pe lah...ha ha...ok kali ini BHS di amanahkan untuk menyiapkan muffin pandan dan blueberry cheesetart untuk Kak Siah, ketua marhaban BHS. Kak Siah berhajat nak buat door gifts. Alhamdulillah dapat BHS siapkan pada subuh hari ahad tersebut. Ikut hati penat tak terkira, bayangkan tiap hari isnin sampai  jumaat BHS akan sampai rumah dekat nak maghrib, pastu hari sabtu  3.3.12, subuh-subuh BHS dah drive ke Ipoh berseminar, malam baru sampai rumah...pheww...sabar lah BHS, ya, sabar la ni...cuma nak luah rasa cikit je...o ok...boleh-boleh...so apa BHS buat, malam sabtu tu BHS paksa diri BHS tidur cepat nak kasi segar tuk siapkan muffin pandan dan bbct ni...Alhamdulillah siap semuanya pagi itu, sempat singgah rumah jiran buat khenduri kahwin, sempat singgah rumah ayah mertua hantar suratkhabar, sempat tolong Kak Siah siap-siap kan meja hidangan, sempat baca Yassin beramai...tenang hati BHS yang lara mengenang abah yang sakit...tau apa jadi ..hari isnin dan selasa BHS zoom pergi rumah mak abah....lega dapat lihat wajah mereka...tapi hati BHS di dalam, ALLAH SWT sahaja yang tahu....abah, BHS berdoa agar ALLAH SWT ringan kan tanggungan yang abah hadapi disaat saat sebegini...makbulkan lah YA ALLAH....hambamu benar-benar berharap...

Friday, February 10, 2012

~Muffin Banana buat sarapan pagi dan bekal ke KLIA~

Pada 5 Feb 2012, hari Ahad yang lalu, BHS pi hantar mak mertua, kakaknya, dua adiknya dan seorang anak saudaranya mengerjakan Umrah bersama Andalusia....Semoga selamat pergi dan kembali, semoga mendapat Umrah mabrurah, semoga di beri kesihatan yang cemerlang kepada mereka agar sempurna ibadahnya, amin ...
Indahnya pemergian mereka ke tanah suci, dalam bulan Rabiulawal....bulan kelahiran Rasulullah...Selawat atas mu Ya Nabi Muhammad SAW, penghulu seluruh alam...

Thursday, November 24, 2011

Muffin Milo buat Zainab...

lepas solat maghrib, BHS siapkan muffin milo untuk  Zainab, Zainab rajin beri buah tangan kat BHS, so kali ni time BHS pula... kitorang janji jumpa di KAB...waktu tu Sham Kamikaze di jemput ke UPSI...seronok jugak dengar dia sembang....^_^....

Milo Double Chcocolate Chip Muffins (resepi ni BHS copy and paste je)
Ingredients:-(makes 9 big muffins)
270g self raising flour
30g Milo (I put 40g-50g)
1 tsp baking powder
55g butter
80g sugar(I put 100g)
150g milk or semisweet chocolate chips ( I put 20g-30g more)(yang ni BHS buat half chips half choc rise)
2 eggs, lightly beaten
225ml milk
1 tsp vanilla extract(vanilla essence)

Method:-
1. Preheat oven to 200 degreeC . Grease a 12 cup muffin pan or line with paper muffin cups.
2. Mix the flour, milo and baking powder in a large bowl.
3. Rub in the butter until the mixture resembles bread crumbs.
4. Stir in sugar and chocolate chips.
5. In a small bowl, whisk together the eggs, milk and vanilla extract. Pour the mixture all at once into the dry ingredients. Mix quickly until just blended. Do not over mix.
6. Spoon batter evenly into thr prepared muffin pan and bake for 20 mins or until golden brown, and a skewer inserted into the centre comes clean.
7. Cool in the pan for 10 mins then transfer to a wire rack to cool completely.

Friday, November 11, 2011

~Nana yang mendengar kata dan rajin...BHS sayang kat Nana...~


Nana, anak saudara BHS, anak adik other half, baru nak naik  darjah 6...specialnya Nana ni, dia lekas dewasa, pandai buat BHS senang hati, rajin, baik dan cerdas...tengok ni, muffin yang BHS ajar Nana buat...satu muffin coklat chips dan satu muffin pandan....Nana offer diri nak buat sama-sama...sebenarnya ini sebahagian dari juadah yang di hidangkan semasa majlis korban mak mertua pada malam hari raya....syukur ...alamdulillah....dalam kesibukan ipar duai, biras dan ibu mertua sibuk kerja kan hidangan untuk majlis makan malam, BHS sama Nana hilang kejap...sebab nak siap kan muffin ni fresh-fresh....BHS o BHS nak tanya boleh?...BHS ni sebenarnya selalu hilangkan diri bila dorang masak masak di dapur kan ?...cakap betul betul...eh tak lah tak lah....^_^....BHS rajin basuh pingan la....ha ha ha....

Thursday, July 7, 2011

~Terima Kasih Cikgu Lieza~




jumaat lepas, waktu tu dah dekat maghrib, cikgu lieza call tanya boleh dak BHS tolong buatkan buah tangan untuk 80 orang guru sempena pengetua baru nak sampai  ke sekolahnya pada hari sabtu 2.7.11?...nak ambil ke tak ambil?...dek kerna cikgu lieza (cikgu E1 dulu masa E1 kelas RK...ooo)...BHS willing to help....wah...so inilah hasilnya....sib baik ada kotaknya, sib baik ada barangnya...itulah namanya rezeki cikgu leiza...yang uniknya pada BHS, pengetua tu ibu cikgu leiza...hhhmmm....Tahniah kak!!!....

Thursday, June 16, 2011

~Muffin Kurma~

semalam , khamis malam jumaat BHS dan family di jemput oleh Dr Noreha dan suaminya Dr Ehsan datang kerumah mereka lepas sembahyang isyak...Alhamdulillah....so balik sahaja BHS ke rumah petang tu, terus terfikir nak buat muffin kurma  ni sekali lagi, kelmarin dah buat sekali tapi terlebih keras, ada peristiwa sebenarnya.....memula siapkan batter, bawak umah mak mertua sebab kelmarin ada bagi dia oven letrik  BHS yang brand butterfly, tup tup tiba rumah mil, dah rosak rupanya oven tu, alahai sayangnyaaa....aleh aleh lambat la muffin kurma tu di bakar...agaknya itu le penyebab keras kut....entahlah labu...hi hi ...ok lah kali ini terus bancuh terus bakar dan tambah badam nibs, kurma nya kat dalam....rezeki Dr dan anaknya yang hampir nak bersalin lah nampaknya...dengarnya dekat hari merdeka lahirnya...kut jatuh 31st August 2011...best tu...ada resepi dari blog maisya..meh cube meh....^_^...kalu nak kembung cam gunung berapi ...batter tu buh pepenuh dalam cups ya...api kuat tau....ni BHS tak bubuh membumbung....tu yang dia leper tak leper kembung tak kembung...alla ...kita buat dia...^_*....kan kan kan....
MUFFIN KURMA 
(resepi dwi bahasa...^_^)

Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
garam
1/2 cawan gula halus( boleh kurangkan lagi sebab kurma pun dah manis )
1 cawan kurma yg dihiris halus
sedikit badam cincang

Bahan B
1/4 cawan minyak
1 cawan buttermilk (susu + air perahan limau nipis )
1 egg, lightly beaten
1 teaspoon vanilla extract

Method
Preheat oven to 190°C. ( Api atas dan bawah )
Grease muffin tins or use liners.
Mix all dry ingredients(bahan A) together and make a well.
Mix all wet ingredients(bahan B) together and pour into the well.
Mix well until just combined.
Place in tins and bake for 15-20 minutes or until lightly browned. 

http://daridapurmaisya.blogspot.com/2009/07/muffin-kurma.html

Sunday, May 22, 2011

~Muffin Kurma~


~Muffin Kurma...minum sama nescafee o panas kurang gula... Alhamdulillah...~

MUFFIN KURMA
Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
garam
1/2 cawan gula halus( boleh kurangkan lagi sebab kurma pun dah manis )
1 cawan kurma yg dihiris halus
sedikit badam cincang

Bahan B
1/4 cawan minyak
1 cawan buttermilk (susu + air perahan limau nipis )
1 egg, lightly beaten
1 teaspoon vanilla extract

Method
Preheat oven to 190°C. ( Api atas dan bawah )
Grease muffin tins or use liners.
Mix all dry ingredients(bahan A) together and make a well.
Mix all wet ingredients(bahan B) together and pour into the well.
Mix well until just combined.
Place in tins and bake for 15-20 minutes or until lightly browned. 
thanks Maisya...rojak bahasa kita ya...hee...selalu buat apa...*_*...

Tuesday, May 17, 2011

~Easy Raspberry Muffin~

BHS jamu easy raspberry muffin pada ayah andak, wan andak & anis lepas siapkan depa mee bandung...lain kali datang rumah BHS lagi ya...terima kasih sudi singgah...Alhamdulillah...~

Easy Raspberry Muffin

Ingredients:

250g (9oz) plain flour
1tbsp baking powder
100g (4oz) golden caster sugar
75g (3oz) butter, chilled
1 large egg
175ml (6fl oz) milk
150g (5oz) fresh raspberries
Extra sugar for sprinkling (optional)

method:

Preheat the oven to 200ºC (400ºF, gas mark 6). Line a 12-hole muffin tray with paper muffin cases.
Sift the flour and baking powder into a large bowl and stir in the sugar. Coarsely grate the chilled butter into the bowl and stir with a fork to coat in the flour mixture.
Beat together the egg and milk then pour into the bowl. Mix lightly with a fork until just combined. Take care not to over-beat the mixture - it should still be a little lumpy. Gently fold in the raspberries.
Spoon into the muffin cases. Bake for 20-25 mins until the muffins are risen and golden. Sprinkle lightly with a little extra sugar while still warm.

http://www.goodtoknow.co.uk/recipes/137627/Easy-raspberry-muffins

Monday, May 16, 2011

~Chocolate Chocolate-Chip Muffins~

mood nak menulis dan bercerita belum ada lagi pada BHS, tengok gambar dulu, 14.05.2011 kenangan di nilai 3, kenangan di  yayasan jenderami, kenangan naik bas rombongan sama kakak kakak marhaban dan yassin, 15.05.2011 kenangan di jeram, makan mangga petik sendiri, makan ale-ale, buat kodok dan tumis ale-ale , dan jumpa ewan hantar banner hari guru ..penat penat penat tapi seronok...tambah internet line dah ada semula kat boxhousestudio ni...Alhamdulillah...nak resepi muffin ni tak?...*_^...ni dia...cuba ya...senang aje...Insya ALLAH....

Chocolate Chocolate-Chip Muffin



Ingredients

  • 1 3/4 cups all-purpose flour
  • 2 teaspoons baking powder
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 2 tablespoons best quality cocoa powder
  • 3/4 cup superfine sugar
  • 3/4 cup semisweet chocolate chips, plus 1/4 cup for sprinkling
  • 1 cup milk
  • 1/3 cup plus 2 teaspoons vegetable oil
  • 1 egg
  • 1 teaspoon pure vanilla extract

Directions

Special equipment: Muffin tin with paper muffin cases
Preheat the oven to 400 degrees F.
Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 cup of the chocolate chips into a large bowl. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug. Mix the dry and wet ingredients together, remembering that a lumpy batter makes the best muffins. Spoon into the prepared muffin cases. Sprinkle the remaining 1/4 cup chocolate chips on top and then bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.

Tuesday, April 5, 2011

~banana muffin anyone?... straight from the oven...ouch!...~


malam tadi BHS buat banana muffin ni sama Sylvia dan Mastura
meh tengok resepinya...pas ni buat tau.. ^_^...


Muffin Pisang


Bahan-Bahan:


2 cawan tepung


¾ gula castor


...1 cawan butter (yg sudah dicairkan)


4 biji pisang (yg sudah masak)


1 biji telur besar


1 sudu kecil baking powder


1 sudu kecil bicarbonat soda


½ sude kecil garam


½ sudu kecil serbuk cinnamon


Cara:


ayak tepung, bicarbonat soda, baking powder, garam dan cinnamon.


Di dalam mangkuk yang lain, lenyekkan pisang dan masukkan telur, gula dan butter. Pukul hingga sebati, dan masukkan adunan kering dan masukkan perlahan-lahan hingga sebati.


Masukkan 3/4 adunan ke dalam muffin cup. Kuih ini akan mengembang.


Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dalam 20 minit.


IDA MERPATI KATA
"HANDSOME FOR MUFFINS
BEAUTIFUL FOR CUPCAKES"
CUTE....^_^..
 





Wednesday, January 12, 2011

Terima kasih Atira....






Terima kasih Atira ...sudi order sama BHS
ucapan selamat pengantin baru buat adik ipar Atira
Alhamdulillah dapat jumpa Atira, suami Atira, Ayu dan ibu serta ayah mertua Atira...
dan terima kasih jemput kami makan malam di majlis persandingan tuuu...