Thursday, September 17, 2009

Maaf Zahir Dan Batin Di Hari Raya Ini....

Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri kepada semua.

Setelah sebulan menunaikan ibadah puasa, kini kita berada di ambang 1 Syawal 1430. Sama-samalah kita meraikan Hari Raya Aidil Fitri ini dengan penuh rasa syukur kerana berjaya menyempurnakan tarbiah di madrasah Ramadan ini dengan jayanya dalam suasana yang aman damai.
Selama kita berkenalan, berkomunikasi dan berinteraksi; ada kalanya mata terlihat sesuatu yang mengaibkan, ada kalanya telinga terdengar sesuatu yang tidak menyenangkan, ada kalanya hati berbisik persepsi yang khilaf dan buruk sangka, ada kalanya minda terfikir sesuatu yang memudaratkan, ada kalanya mulut terucap kata-kata yang menyentuh perasaan dan ada kalanya tingkah laku dan tindakan menyalahi adat resam dan batasan. Oleh kerana itu, BHS dengan penuh keinsafan dan rasa rendah diri ingin mengambil peluang di bulan Ramadan yang penuh barakah dan Syawal yang mulia ini mohon diampunkan segala dosa dan dimaafkan segala kesalahan, kesilapan dan kelemahan. Mudah-mudahan dengan bermaaf-maafan ini kita semua dapat hidup dalam suasana yang lebih harmoni dan memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat....Amin..

Saturday, September 12, 2009

Biskut Makmur


Amboi!!! banyaknya BHS update kerja tangan BHS sekaligus kat blog ni..bukan apa takut nanti lupa lagi, bila dah bertimpa-timpa gambar yang dirakamkan di dalam camera BHS...jadi bila berpeluang ni BHS teruskan usaha..
Siang tadi BHS siapkan biskut makmur ne, semalam BHS dah siap bakar kacang untuk inti makmur ni, jadi hari ni tinggal blend sahaja...sambil tengok TV, BHS gentel le..
pastu bakar, pastu sejukan kemudian salut dengan gula halus...ini lah hasilnya...
pada kawan-kawan BHS terima kasih menolong ya...alla siapa lagi...he he he...
oh ya sempat juga BHS siapkan sebahagian dari kerja kerja membuat biskut Denmark...nanti besok ke lusa baru BHS salut dengan coklat dan guling dengan kacang tumbuk pastu letak dalam papercup...nanti BHs cerita lagi pasal Biskut Raya..dah mengantuk dah..kang tak terbangun malam...hai malam sepuluh terakhir Ramadhan...kalau la berada kat Mekah waktu ni alangkah indahnya...

KUIH SEMPERIT


Aduhai, cabaran betul membuat kuih semperit ni rupanya..mula asal BHS buat biskut ni bila Maklang Ulampegaga sudi berkongsi resepi d blognya...biskut ni tersangat la lembut dan senang patah..tapi best..melt in my mouth...BHS guna butter SCS...next time nak buat lagi ke BHS?..arr?..err?...he he he

BHS buat Suji Badam

Bubur Suji resepi Brother Rozzan, BHS bawa ke surau..


Tiap kali bulan puasa tiba, BHS suka buat Bubur Suji resepi dari Brother Rozzan, Singapura ni. Hari Ahad lepas, masa puasa ke 16 BHS bawa ke surau area rumah BHS..lepas siapkan cupcakes buttercream my MIL, BHS start mengacau bubur suji ni...nasib baik E1 tolong ...lega sikit..kalu tak terkejar-kejar jadinya...BHS siapkan dalam 130 bekas..BHS buat bubur suji kerana terkenang mak BHS pernah buat bubur suji ni dulu-dulu masa BHS bebudak ... abah BHS pun suka sebab texturenya yang lembut dan dimakan dengan badam, gajus, kismis...tapi kali ni BHS tak bubuh gajus ya..

MIL bawa ke surau Kliang masa terawih ke 16 hari Ahad kelmarin

Kek Coklat Edible tanda sayang Intan pada adiknya di kampung...


Intan ni gigih orangnya...masa hari dia datang ambil kek ni kat rumah BHS, pagi tu dia kek KL mengikuti kelas yang diambilnya untuk peringkat ijazah, petang tu dari KL dia singgah sekejap ke rumah BHS dan terus bergerak ke Kampung Gajah untuk berbuka bersama ibu bapa dan adik beradiknya...dengarnya Intan ni sedang berbadan dua..baru kahwin dan suka makan cheese tart yang BHS buat....BHS suka tengok sokongan yang diberikan oleh Husband Intan pada Intan...semoga Intan berjaya mengharungi segalanya dengan tabah...pada adik Intan yang menyambut Hari Jadinya yang ke 11, Happy Birthday to you ...

Blueberry Cheese Tart lagi...Terima kasih Ikmar...


BHS rasa namanya Ikmar, tak silap..dia datang dengan suaminya hari sabtu kelmarin, katanya dia mengidam...sib baik dia datang lewat sikit pagi tu, dapat la BHS berjumpa dengan dia...kecil-kecil je budaknya...awal pagi BHS kat masjid lama Hulu Bernam sebab perkumpulan wanita mengadakan sembahyang tasbih, taubat, hajat dan duha yang di ketuai oleh Ustazah Salasiah dari Selisek...kelmarin depa buat kat Taman Bernam Jaya, BHS tak dapat sertai..pada Ikmar or namanya lain kut...BHS minta maaf, sms BHS dah terdelete...banyak nor sms masuk pastu terlambat nak update blog..tu yg dah confius tu...

Blueberry Cheese Tart buat Maihani..dan kek kukus coklat dan buah..


Terima Kasih Maihani..kelmarin waktu tengahari BHS pi hantar ke UPSI bahagian ICT..Maihani minta BHS bubuh dalam 3 bekas yang berasingan cam gini..lepas berbuka Maihani sms BHS, kenapa creamcheese BHS buat tak smooth mcam kawan dia order kelmarin...aduhai Maihani....tapi Maihani kata shedap...Alhamdulillah, kengkadang ya sumer bahan sama..aleh-aleh texturenya berlain jadinya...tak pa nanti BHS buatkan lagi ya..Maihani kata geng-geng dia nak rasa tart yang perisa lain pula...seperti coklat...InshaALLAH nanti BHS tunaikan...Terima Kasih sekali lagi Maihani..

oh ya BHS nak ucapkan terima kasih pada
semua yang dah mengorder kek kukus buah dan kek coklat kukus dalam bulan puasa ni, gambar BHS tak sempat ambil..waktu-waktu ni BHS terlalu sibuk kat opis...jadi BHS kena laju-laju ..
1. AS dari UPSI..order kek coklat dan kek kukus buah 6 inci
2. Farizatul Syuhana dari UPSI ...order kek kukus buah 6 inci
3. Yani ... order kek coklat kukus
4. Yati ... order kek coklat kukus 2..Terima Kasih semua...
5. KOG.....courier ke Kuala Lumpur..KOG = kucingorengemok

Friday, September 4, 2009

Healthy Cheesecake buat Mummy dari Maya di UK...jauh nun...


Healthy Cheesecake nama di beri..

sizenya pula 9 inci bulat..tulisan pula dari fondan..

Order ni datangnya dari Maya, Maya ni tengah further study di UK, ibunya lecturer di UPSI Tanjong Malim .....bebaru ni BHS terima e-mail dari Maya, hajat hatinya nak mengirim cupcakes coklat untuk suami serta buahtangan untuk mummynya...BHS beri suggestion pada Maya apa kata kita beri mummy healthy cheesecakes?..mummy Maya ni health concious, padan le awet muda...mmmm...susah rupanya nak cari ingredients untuk buat cheesecake ni..sumer mahal-mahal belaka barangnya...tapi memang best...dengarnya nanti Iryani, kenalan BHS yang sedang berdarah manis suka sangat-sangat dengan healthy fibre cheesecake ni...tanda penganti diri, Maya suruh BHS tulis sikit kat atas cheesecake...sah maya rindu benar pada mummynya...dan nanti BHS akan update cupcakes harijadi hubbynya pula ..pada Maya terima kasih beri kepercayaan pada BHS ...bermaya-maya je kita ya...he he he...dengarnya mummy nak rasmikan bila adik adik Maya balik minggu ne....oh..nanti BHS kongsi resepinya di sini...tunggu....

Thursday, September 3, 2009

Menikmati Air Kathira Abu Bakar...Selamat Berbuka Puasa...


on top of that, BHS singgah masjid di bandar baru uda sebelah bazaar Ramadhan waktu tu tengah distribute bubur lambuk pastu BHS tinggal kat seri malaysia larkin...dapat free sahur...

1 botol rm5-50 dan satu bungkus plastik rm2-80...BHS suka minum sebab campuran buah-buah yang sungguhla berkhasiat...badam, kathira, selaseh, kismis, agar-agar, kabung, semangkuk...


Kucingorengemok, because of you BHS turun JB pekena Air Khatira Abu Bakar

Terima Kasih Intan...


Intan datang rumah dengan suami, waktu tu dah dekat nak berbuka, Intan pernah order blueberry cheesestart sebelum ini..Intan ni satu department dengan Fairuz juga...oh ya nanti Intan nak order coklat cake with edible image gambar adiknya...Alamak dah tak surprise ni...he he he....

Wednesday, September 2, 2009

Terima Kasih Fairuz


Fairuz ni peminat blueberry cheesetart...Fairuz bertugas di Library, UPSI, dah beberapa kali Fairuz order blueberry cheesetart ni..yang ini size besar

Terima Kasih Ida Fahani...tanda ingatan Ida pada sahabat tersayang..


Ida Fahani duduk jauh, dia minta BHS sampaikan cupcakes ini pada kawannya di UPSI...dekat nak berbuka kawannya datang ambil di rumah BHS...Selamat Hari Jadi dan Selamat Berbuka Puasa...

Tuesday, September 1, 2009

Eton Tahniah...



Maaf lambat BHS update gambar kenangan ini...seperti yang Eton tahu kelmarin BHS kehilangan sebahagian besar dari gambar-gambar yang BHS rakamkan...salah BHS sendiri, next time simpan camera sekiranya tidak di gunakan lagi..BHS tak sampai hati nak ambil camera bila tengok anak-anak saudara BHS teringin sangat nak mencuba-cuba mengambil gambar ... yg pasti gambar-gambar tu dapat semula atas bantuan rakan BHS bernama Saw...thank you Saw...

oh ya bercerita tentang Eton, buat BHS kagum sangat dengan gadis genit ini...mana taknya..pointernya 3.75, baru mendapat ijazah di majlis konvokesyen di UPSI baru-baru ini dan sudah menjadi tutor matematik di tempat dia menimba ilmu dan sedang membuat master nya di UKM...gambar di atas BHS ajak Eton datang ke rumah bersama adiknya selepas konvo berakhir...aduhai manis berseri wajahnya...BHS yang suruh dia berpakaian lengkap....sporting budaknya...BEST!!!...