Tuesday, June 30, 2009

Chowy Goey Yummy Brownies...


Terima Kasih Intan..BHS pi hantar ke rumah dia dengan Rizwan lepas maghrib..

Intan suka Brownies, dia pesan jangan potong dan jangan bubuh ganache banyak-banyak...dia nak rasa kenikmatan Brownies tanpa gangguan...wah!!!!....

Terima kasih sekali lagi Intan, Intan ni dari UPSI juga...tinggal dekat taman yang bersebelahan dengan tol Tanjong Malim...Selamat Pengantin Baru buat mu dan suami tercinta....

Hari Chocolate Caramel Oreo Cheesecake...yum..yum...yummmyyy...


yang ini BHS bawa ke pejabat buat farewell Mr Mogan(ASSM Tanjong Malim), dia ni nak pindah balik ke Ipoh..pastu ada meeting...dan makan nasi minyak..BHS sebenarnya cuti dua hari anak BHS tak sihat...tapi BHS datang juga ke office petang tu bila Mr Mogan call...All The Best To You Mr Mogan...

yang ini Chocolate Caramel Oreo Cheesecake bersize 6 inci...terima kasih F.S dari UPSI....panjang namanya...cuba teka siapa?..mmm...alla yg anaknya comel duk atas kereta kelmarin...nama maknya ne panjang....maaf ya menunggu akak lama...boleh tertutup pula my handphone tengah sibuk sibuk tu...aduhai....kesian F.S...harap-harap menepati selera ...amin...

yang ini pun Chocolate Caramel Oreo Cheesecake bersize 6 inci...terima kasih Nolie from UPSI ...dia balik kerja dan singgah rumah BHS ambil cheesecake ni ditemani suami...waktu tu Kannan tengah tolong potong rumput kat rumah dengan kawannya..tetiba hujan turun lebat...Maaf ya Nolie kalu basah kena hujan kelmarin...harap-harap Nolie suka dengan cheesecake yang di tambah caramel dan parutan chocolate tu...oh ya chocolate yang BHS guna kan baru-baru ini susah dapat dan mahal...rasanya rasa Cadbury...aduhai...BHS bimbang berat BHS bertambah...mana taknya sedap di kunyah begitu sahaja...

Friday, June 26, 2009

Finale Wind Orchestra 2009...SDAR no 2....


Festival Wind Orchestra 2009 di antara sekolah sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah kluster telah diadakan di PICC...seramai 8 buah sekolah telah masuk bertanding untuk pertandingan akhir kali ini....Tahniah TKC...dapat no 1!!!...no 2 SDAR...tahniah juga untuk anak BHS yang bermain trombone serta dua orang sepupunya dan semua sahabat-sahabat mereka yang telah bertungkus lumus memastikan sekolah mereka mendapat tempat di kejohanan ini...Hebat tu walaupun SDAR dapat tempat ke 2...pada guru-guru pelatih dan ahli-ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab di dalam wind orchestra ne..BHS tabik hormat ...depa ni cuti sekolah dua minggu sanggup di korban kan tinggal di asrama berlatih sehingga ke larut-larut malam...fuh!!!...dasyat semangat korang nih!!!...muzik le katakan siapa tak suka...ha ha ha...

enjoy!!!...next year 2010 ada lagi pertandingan sebegini...BHS doakan SDAR JUARA!!!...seronokla pergi PICC kelmarin...8 orchestra BHS dapat nikmati dan dapat jumpa senior-senior Rizqin...sorang tu pemilik blog pinkpolkadot, yang kini sedang melanjutkan pelajarannya di India dan bakal Doktor...wah esok-esok boleh rawat Auntie ya...

Thursday, June 25, 2009

Selamat Hari Bapa, Ayah, Father, Dad, Abah, Papa, Apak...


Celebrate Father's Day di kedai Oare di Kalumpang...sambut awal sebab nak pi PICC esoknya tuk menghadiri Festival Wind Orchestra di antara SBP dan Sekolah Cluster..tak sabar nak jumpa Rizqin dan sepupu-sepupunya...

"HAPPY FATHER'S DAY"..buat simple coz ayah mertua suka cupcakes camgini..kurang kan cream katanya...ok...yang pasti suka la dapat cutter butterfly tu...mmmphh...

Bulan Rejab datang lagi...Thank you wiz mengingatkan...

Sama-samalah kita ingat mengingati amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini.........

BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p/s: Rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara

1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

Wednesday, June 24, 2009

Terima Kasih Cikgu Lia...


tema kuning dan gold
BHS indahkan dengan sapuan gold glitters beserta cutter butterfly yang BHS baru dapat semasa dapat berjumpa sekejap dengan Kak Pah Shamim dan Shida Bentong masa dia orang berdua ni mengikuti kursus coklat di Saloma Bistro, Ampang Kuala Lumpur..

BHS panggil Cikgu Lia ni, Lia sahaja...terasa lebih mesra...
Awal pagi Jumaat, Lia dah sampai ke rumah BHS bersama anak kecilnya serta adiknya untuk mengambil cupcakes hantaran yang telah di tempah awal-awal...mereka hendak ke Perlis kerana majlis perkahwinan akan di ada kan di sini...saat dan ketika ini majlis telah pun berlangsung...ucapan terima kasih kerana sudi mengorder lagi... Sebelum ini Lia pernah order 2 kotak cupcakes coklat ganache fondan alphabet dengan BHS..suka tengok Lia ni ... simple, lembut macam anak dara and trendy...

Wednesday, June 17, 2009

"THE FUNKY WEDDING CAKE" buat Rini dan Fadli..

Khenduri kahwin anak lelaki Cik Mamu pada hari sabtu lepas banyak meninggalkan kesan terindah pada diri BHS..mana taknya...buatkan kek kahwin tuk Cik Mamu, jumpa adik beradik, pakcik makcik, sepupu-sepupu. Dapat dengar bunyi motor Harley mengaum..itu baru 8 buah kalau lebih...uishhh...dapat jumpa Chef Sabri, makan pecal, bubur kacang dan minum pula teh tarik pastu di suruh duduk kat meja bulat belah pengantin, malam pula bakar ikan pari yang seberat 13 kilo...rasa lengkaplah segala...

serentak dengan ketibaan Harley-harley yang BHS admirer habeh tu...control sikit BHS...relax..jangan over!!! ha ha ha...pengantin pun diarak ke pelamin dengan gema paluan kompang ... BHS teringat lagu ni "Selamat Pengantin Baru..Selamat Berbahgia..Selamat Keanak Cucu..Selamat Sejahtera...Hidup mesti lah rukun ...Sabar paling perlu...Cinta setiap hari...Senyum mesti selaluuuu....oo..oo.."...Amboi!!!!

budak-budak bermain kompang...pang pang kempung kempung kempung kempung...ha ha ha

mmm... chef sabri pun ada...tu motor dia yang putih belang merah ...dia baru seminggu balik dari sri lanka juga timur tengah...

depa ni tertib betul...baik punya susunan motor-motor harley tu...dengar bunyi motor ni hampir ke rumah pengantin..hati BHS seronok gembira..mmmphhh!!!...

cik mad dah mai dah ngan geng-geng nya...

perghh!!!...

BHS siap kan kek pengantin ne..

BHS namakan kek ni "THE FUNKY WEDDING CAKE"...

Tuesday, June 16, 2009

HAPPY 1ST ANNIVERSARY INTAN & BB....


semoga berkekalan ..amin..amin..amin..

"I love u BB"..muah..muah..muahh...ini Intan yang cakap tau ..he he he

sayang-sayang selalu...

la la la la la....

Monday, June 15, 2009

Selamat Hari Jadi Atuk...Atuk E-one...FIL BHS....


Selamat Hari Jadi Ayah Mertua ku....E-one kata "Selamat Hari Jadi Atuk"..Atuk suka makan kek tanpa cream...ini kek butter... sumer orang suke kek butter ne..Alhamdulillah...oh...cheesecake pun ada..

malam tu BHS makan nasi panas ngan ikan masin ne...sedap...dan minum air lobak o kurang manis...

sayur kailan ikan masin

adik beradik kanda makan sweet sour ikan kembong besar yang mak depa masak

kerry buat kan burger tuk bebudak...kerry punya burger best..penuh bergaya...jom la makan ...kedai makan bernama OARE ni kat ngan jejantas nak masuk ke rumah murah kalumpang...kira-kira 15 minit perjalanan dari pekan Tanjong Malim...menghala ke Kuala Kubu Bharu tu...

Thursday, June 11, 2009

Tertunailah sudah permintaan...Terima Kasih Kak Zee aka Dr S...


cupcakes fondant buat hantaran kepada pehak lelaki..ada iras-iras chiquecakes kan?...

yang ini pula swirl buttercream with love toppers cupcakes untuk majlis potong kek di sebelah malam di rumah kak zee (ibu pengantin)

masa malam BHS menghantar semua kek-kek tersebut, sempat BHS ambil gambar pelamin yang di tempah oleh Kak Zee dari Kuala Lumpur manakala hantaran-hantaran untuk sebelah lelaki di siapkan sendiri oleh Kak Zee sejak awal lagi, rajin teramat ibu pada cik maya ni ...BHS suka sangat dan segan dengan Kak Zee ni pun ada juga...he he he...pelamin ala-ala inggeris ni indah sungguh bila sudah dipasangkan lampu khas..bercahaya dan berseri-seri...gambar tu tak sempat BHS ambil...aduhai....sayangnya...teringin nak tengok kedua mempelai duduk di pelamin ni...ha ha ha ...

mmmm...renjis-renjis dipilis...ditepungi lah tawar...hai beras kunyit di tabur..amboiiiiiiiii...BHS yang perasan ne....

kek fondan bersize 10 inci..untuk majlis memotong kek sekeluarga..kalau di hias polos begini pun dah nampak menarik...mmmm...

sebelum di masukkan ke dalam kotak ... meh posing dulu....

swirl buttercream with love fondan toppers cupcakes (atas dan di tengah graceful tiers)...
graceful tiers tu BHS pinjamkan pada pengantin...
kek coklat fondan 10 inci (BHS letakkan paling bawah pada graceful tiers tersebut),
serta kek fondant hantaran 8 inci...BHS buatkan kek tu tinggi seperti yang Kak Zee harapkan...nanti BHS cuba buat tinggi lagi...yang ini tingginya lebih kurang 5 inci...

BHS suka sangat tengok bunga-bunga berkembang sebegini bila dah di hiaskan di atas kek fondant 8 inci tersebut...bunga ini bolah dimakan tapi tawar rasanya dan dibuat daripada gumpaste yang di warna kan warna mangis or maroon (terima kasih kawan kerana sudi mengubah bunga ini walaupun sahabat ku ini sibuk banget orangnya)....ok...sebelum nak makan kek tu elok lah di angkat dulu bunga-bunga tersebut kerana ianya di ikat dengan dawai bunga yang keras...

tak puasa BHS memandang dah kena masukkan dalam kotak-kotak untuk di hantar ke rumah pengantin perempuan di taman bernam baru...semoga Kak Zee aka Dr S yang berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, juga memberi sepenuh kepercayaan kepada BHS untuk menyiapkan kek-kek tersebut, berpuas hati...Terima Kasih Dr....senang benar berurusan dengan Dr ne...sempoi betui...Syukur sangat-sangat....

JAJA naik pelamin....


Ini pelamin Jaja yang berkhidmat di UPSI tu...BHS snap...
pada Jaja dan suami...SELAMAT PENGANTIN BARU...
dan juga untuk semua-semua yang telah menjemput BHS menghadiri khenduri kahwin mereka pada masa cuti sekolah dua minggu ini...Terima Kasih...

Wednesday, June 10, 2009

AWARD & TAG FROM ZANAZ BBB


1-copy babge"2009 CUTE'S BLOGGER AWARD"untuk letakkan diblog anda.
sudah copy...suka la...budak pompuan naik vespa...BHS le tu...mmm...
2-Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda?
Award ini diberi kepada saya oleh Cik Zana yang duduk di Bandar Baru Bangi dan pernah BHS bertandang ke rumahnya tempohari..…masih muda berwajah kacukan Jepun, pernah tinggal di Jepun juga semasa suaminya melanjutkan pelajaran di sana…seorang yang sangat-sangat rajin , baik hati dan suka menolong orang…Alhamdulillah….
3-Setiap blogger mesti menyatakan beberapa fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag)
Hobi BHS yang paling happening sekarang ialah BAKING dan merayap-rayap ke alam maya melihat blog-blog baking dan ada peluang sahaja mesti nak pergi kedai-kedai baking. Suka kumpul buku-buku masakan dan buku-buku hiasan kek serta tips mengindahkan kerja tangan. Suka ambil gambar-gambar makanan, tak kira yang di reka sendiri atau singgah makan di restaurant yang di hajati. Suka jumpa kawan-kawan yang mempunyai aliran yang sama kalau ada masa yang terluang. Suka pergi belajar memasak dengan sahabat-sahabat serta chef-chef yang telah sedia terkenal….Suka tengok program masak-memasak tak kira dalam atau luar negeri…Suka dengar world music…tapi kalau dengar anak BHS tiup trombone masa dia perform dengan wind orchestra or main guitar....fuh…syiok…
Fakta pula, BHS orangnya sangat-sangatla simple suka pakai jam swatch sebelah kanan, suka pakai jeans, suka pakai kasut croc, suka naik motor, bas, keretapi, kapalterbang…sebab rengkas dan rasa bebas…menyimpan hasrat untuk ke mekah setiap tahun…InshaALLAH ….dan suka melancong …tapi…masa tak mengizinkan …masa ke duit?..ke ke ke….
4-Anda perlu memilih 6 award seterusnya dan menyatakan pada mereka diblog anda....'The blogger Award Friendship goes to':
part ni BHS tinggalkan…sebab korang tau la kan…BHS ni ada kureng sikit bila bab bab menjawab tag…ha ha ha…ni pun sebab dah kena paksa ngan Zanaz..tetambah dia kasi lak motor vespa , tu yang tak tahan tu…....vrommm...vrommm...vrommmmmm......

Jom mandi kat Sungai Bil dan tag dari ina koalajepong...BHS fail la..


masa ni BHS sefamily gi mandi manda kat Sungai Bil, selepas singgah khenduri kahwin anak perempuan Dr S di Proton City dan Jaja di Sungai Dara...
Rules:
Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.
Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do.
The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.
1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
CSI, travel and living,
2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
anything yang pedas-pedas
3. What’s one food he doesn’t like?
half boil eggs
4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
bawa air sendiri…tak ada la……ais kosong la…
5. Where did he go to high school?
dia kata kan, dia suruh rahsia…ok la obey cakap husband ne…ha ha ha
6. What size shoes does he wear?
entah….selalu sangat dia beli kasut sendiri…cerewet lah..jap jap dia kata size 12..
7. If he was to collect anything, what would it be?
segala berkaitan ngan coca-cola, buku-buku berkulit keras and tebal..and kucing…and bob marley's collector..
-> i noticed that question number 8 is missing <- tau, saja di hilangkan,..elok le tu…penat nak jawab ne..
9. What would this person eat every day if he could?
apa dia makan eik?...bagus dak bini cam gini?..ke ke ke
10.What is his favorite cereal?
entah
11.What would he never wear?
apa aaa kanda?..
12. What is his favorite sports team?
errr….ada ke?...favourite music yang ada banyak…
13. Who did he vote for?
mat cool le katakan…tak tau le sape di votenya…bila di tanya tak berjawab..
14. Who is his best friend? does he have best friend..
BHS le best friend dia…kan kan kan?...
15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
"Bila aku buat keje, aku marah2 and bebel2"..hahaha...sama la kita koalajepong….
16. What is his heritage?
jawarawa
17. What is his favourite colour?
reggae colour
18. What is his habit?
suka hantar BHS ke muka pintu bila BHS nak pi mana-mana…pastu suka buatkan BHS nescafe O pekat kurang manis satu mug...opppsss..ada percaya?..ke ke ke..
19. What is he proud of?
entah le
20. Do you think he will read this?
Ya…dia rajin surf…diam-diam je dia tu....alamak…sah BHS fail la..ha ha ha
21. Tagged another person
siapa la yang sudi kena tag ne…?

Sunday, June 7, 2009

Happy Birthday Kanda.....


i like it!!!...memang BHS suka merah, putih, hitam...dan funky cam gini...
tetiba pagi ahad tu masa nak siapkan brownies, BHS dapat idea menghias sebegini...pantas je BHS siapkan..mana taknya dah hilang pening...3 hari BHS pening kepala...slow je pergerakan, bercakap pun tak larat, muka pun sikit-sikit bagai ditaruk cuka...ke ke ke....tapi hari ni tenang dan damai pula...dah balik normal...agaknya orang pompuan ni memang cam tu...he he he...la la la...amboi happynya...la la la....


Happy Birthday Kanda...

kek coklat
6 inci
chocolate plastique
(rasa chocolate candy...bebudak suka...boleh tarik-tarik...enjoy..)

Selamat Pengantin Baru buat anak Cik Zul (ex-Maybanker)dan Kak Ani (ex-Telekom)...


Cik Zul hantar kad kahwin ke office kelmarin...selamat menerima menantu...dengarnya anaknya kerja di Doha, menantunya pula di US further study...

kek butter
8 inci bulat
funky fondan

Dari Najidah buat sahabatnya Maya & Barin


Terima Kasih Najidah dari FKEE, Uni Msia Pahang sudi order brownies dari BHS buat sahabatnya yang melangsungkan perkahwinan pada 6-6-2009 di kompleks sukan proton, proton city tanjong malim. BHS buatkan Choewy Goewy Yummy Brownies size 12 kali 12 inci....mmmm....cedap....

Friday, June 5, 2009

BHS jatuh jati hati dengan Zafira


Zafira ..."Happy 2nd Birthday to you sweetheart"..

Zafira...kenapa pandang camtu...apa tak percaya ke Zafira, mak beli kan kek harijadi?..he he he

moist chocolate cupcake
ganache & pink buttercream
edible image
souffle size S
box of 25 pieces
ribbon


aduhai...manis senyuman mu nak...oh pandangannya...aaaa....cair BHS....

Masa BHS hantar cupcakes coklat beredible ne, sempat BHS ambil gambar Zafira yang umurnya 2 tahun..sebelum tu tak puas-puas BHS peluk, cium, gomol Zafira yang bermata bundar, berambut ikal mayang dan sungguh comel sekali (sebenarnya BHS penat sangat menyiapkan tempahan Dr S, bila peluk Zafira gugur semua penat yang BHS alami..). Kalau ikut hati nak je BHS bawa balik rumah...opps ....jangan nangis maknya Farizatul Shima yang bertugas di UPSI tu...BHS acah aje..tapi kalu kasi bawak balik si Zafira memang best..siapla BHS bawak gi shopping beli baju gown pink ngan makan ais krim dan main buai di taman..la la la la..oppps..pembetulan..maknya Zafira namanya..farizatul shuhana ..bukan farizatul Shima..BHS perasan kat UPSI Library..banyak nor nama-nama yang dekat-dekat..heharap tak confius lagi lain kali..ish..ish..ish...

Thursday, June 4, 2009

Terima kasih Fiza...semoga selamat sampai ke Ipoh..


fondant cupcakes
blue and white
souffle size s
box of 25 pieces
ribbon


Terima Kasih Fiza...


chocolate cheesecake
6 inci bulat
Fiza bersama suami singgah rumah BHS. Depa baru habis kerja dan akan terus bertolak ke Ipoh untuk menghadiri majlis di sebelah keluarga suaminya Fiza...semoga selamat sampai ke Ipoh ya..oh ya Fiza ni bertugas di Library UPSI..terima kasih Fiza dan terima kasih semua rakan-rakan di UPSI Library kerana mengenali BHS...terharu sangat-sangat dengan sokongan korang sumer....mmmmm....tak terucap kerana memberi kepercayaan kepada BHS menyiapkan tugasan yang di beri ...TERIMA KASIH....