Saturday, February 28, 2009

baking-baking on friday and saturday


chocolate cupcake di hias dengan fondant ni untuk anak ina koalajepong yang menyambut harijadi yang ke dua tahun..ina datang umah masa balik dari pasar pagi sabtu ... ina ni tokey tuppperware dan bertugas di U.P.S.I..kita suka tupperware dan selalu pergi blog dia intai tupperware he he he...lagi satu ina dan suami suka cyling..depa ne suka basikal dan suami ina terror bab-bab basikal ...errr...cik ina cakap kat suami boleh dak tolong baiki basikal kat umah boxhousestudio ne...kalu dah baik boleh gak petang-petang exercise keluarkan peluh dan hidup udara segar ... ummmphhh....


ini muffin pandan dan banana crumble muffin...norul yang order nak bawak balik ke Ipoh hari sabtu untuk adiknya, norul ni tengah buat master kat U.P.S.I...lembut, putih dan kecil molek orangnya...sangatla bersopan santun...tak sangka le pulak sekampung ya..


ini pula chocolate caramel oreo cheesecake size 8 inci, kakzee order untuk makan-makan bersama keluarga sebelum majlis bertunang hari Ahad nanti.


ini chocolate cheese cake size 6 inci..bawa ke sg gadut, N9 pada hari Ahad


ini untuk jaja chocolate caramel oreo cheesecake size 6 ini, jaja kata "kak terasa makan cheesecake kat secret recipe"..Alhamdulillah, terima kasih jaja hilang rasa penat BHS membuatnya...ok..jaja ni dari U.P.S.I putih melepak ..mmm...adik Zaki rupanya, dia datang ambil petang dengan abangnya serta anak saudara pompuannya yang sangatla comel...cute...sikit lagi Jaja nak buat khenduri kahwin...leh le BHS pergi...ewah!!!...ohoi...orang tu tak jemput lagi..he he he

Thursday, February 19, 2009

MANCHESTER UNITED FAN & CCC...


Balik dari ofis, boxhousestudio pergi ambil anak di sekolah, lalu terus hantar cupcakes ke rumah Fara yang kerja di UPSI tu, nak tema merah. Harapan boxhousestudio semoga Fara suka sebab Fara dan suami tersayang sambut Hari Jadi pada bulan yang sama..Selamat Hari Jadi buat uols berdua. Ini moist chocolate cupcake dengan buttercream, Manchester United Edible Image (dua-dua minat MU rupanya) serta fondant alphabets dan hatiku hatimu menambah seri...couple ni adventurers orangnya...kalau ada peluang teringin nak ikut diaorang camping...best tuh!!!

on top of that, boxhousetudio singgah umah Sopia kawan Fara hantar choc chips cookies, memudahan menepati selera Sopia...Sopia ni kecil molek dan manis budaknya, macam Fara juga depa berdua berkhidmat di UPSI, same department kan?...

hitam-hitam setampuk mangis
sungguh pun hitam
ku pandang manis...dlm ccc tu BHS bubuh 200 gram chocolate chips belang putih coklat serta coklat penuh..tapi dah tak nampak..he he he....

Sunday, February 15, 2009

Alhamdulillah....terima kasih ALLAH.....atas nikmat rezeki yang kau beri...tak terucap rasanya ne...




sah!!!...boxhousestudio tergaman....
masa ni kat rumah mak dan abah boxhousestudio...karang-karang boxhousestudio cerita lagi...tak aci tul...kita dah buat entry baru pulak sabar k...

camne nak cerita ni eik...ok ok ok...boxhousestudio dapat hadiah kek...ya kek dua tingkat tu!!!...ha ah kak mis buatkan sebab nama boxhousestudio terpilih antara yang bertanding..itu yang tulis happy belated anniversary ....puncanya boxhousestudio cuba try test masukkan nama boxhousestudio masa kak mis tanya siapa anniversarynya falls on awal muharram 1430. Waktu tu kita saja jenjalan kat fotopages dia.
jap jap rona roni makaroni final episode..tengah suspen ni....uish!!!...happy ending ..Yahoo!!!


ok sambung lagi...uols nampak dak kat atas meja tu ada kek coklat dan kek buah dalam bekas plastik ...ok yang itu my sister in law, anie yang jual kat kuala lumpur tu...dia suka buat kek simple tanpa berhias macam gitu...dua dua kek tu kek kukus dan kek coklat ganache rm15 sekotak size 6 inci dan kek buah kukus rm40-00 sekotak size 8 inci. Dan nampak tak 6 blueberry cis tart dalam satu bekas bersusun tu?..ok harga rm1-00 satu...satu kotak jadi rm6-00. Kalau yang duduk belah belah taman tun dr ismail or TTDI..alla dekat ngan butik sri munawwarah tu...ada satu kedai makan nama santai...pi beli cis tart kak situ...santai tu kedai makan kakak dan adik anie, my sister in law ne...


ini hasil masa kelas dengan kak mis...BHS pi tambah ilmu mengadun fondant sendiri...guna dua method...fuh!!!...berat kerjanya...bukan lah senang...tapi BHS minat sesangat dengan fondan tu...


ini pula sugar box salah satu dari pelajaran yang BHS ambil masa kat umah kak mis
Terima Kasih Mis curahkan ilmu pada kami semua....terkenang pulak jumpa kengkawan waktu tu..yang dari utara ana sg dua, inasaly, mamazieza yang dari selatan nun di singapura kak su, dan dari kl norafiza dan salina.....happy sangat dan memang berbaloi...

Banana Crumb Muffins...nampak dak beza 2 rupa muffin ne?...satu rupa ni ...satu rupa tu...best kan?....


Terima Kasih Jeni, memperkenalkan Boxhousestudio pada resepi ne...Boxhousestudio buat empat resepi bawa ke surau Kliang masa khamis malam jumaat kelmarin..mil dan fil berhajat nak bersedekah, depa pula masak nasi, goreng tempe ikan bilis berlada, masak lemak labu, ikan masin dan rendang kari daging serta sayur campur...lepas baca yassin dan berdoa ramai-ramai, sambung sembahyang isyak...terus kami hidangkan...Alhamdulillah, tercapai hajat..pada yang telah tiada, Boxhousestudio sedekahkan bacaan fatihah buat mereka...Al-Fatihah......amin..

Banana Crumb Muffins
http://allrecipes. com/Recipe/ Banana-Crumb- Muffins/Detail. aspx

INGREDIENTS (Nutrition)
1 1/2 cups all-purpose flour
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
3 bananas, mashed
3/4 cup white sugar
1 egg, lightly beaten
1/3 cup butter, melted
1/3 cup packed brown sugar
2 tablespoons all-purpose flour
1/8 teaspoon ground cinnamon
1 tablespoon butter


DIRECTIONS
Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Lightly grease 10 muffin cups, or line with muffin papers.
In a large bowl, mix together 1 1/2 cups flour, baking soda, baking powder and salt. In another bowl, beat together bananas, sugar, egg and melted butter. Stir the banana mixture into the flour mixture just until moistened. Spoon batter into prepared muffin cups.
In a small bowl, mix together brown sugar, 2 tablespoons flour and cinnamon. Cut in 1 tablespoon butter until mixture resembles coarse cornmeal. Sprinkle topping over muffins.
Bake in preheated oven for 18 to 20 minutes, until a toothpick inserted into center of a muffin comes out clean.

oh ya sebelum boxhousestudio buat banyak-banyak macam kat atas tu...boxhousestudio dah cuba buat guna satu resepi...sedap,jangan di sangkal lagi la..memang bagus resepinya...tang rupa tu boxhousetudio nak kongsi pengalaman sikit...sebenarnya kita boleh ubah suai muffin tu nak rupa mana, nak tinggi nak rendah nak guna bekas cawan kertas nak guna bekas muffin yang tinggi...boleh ikut citarasa...itulah kepuasan bila boleh buat sendiri ..pastu pula boleh makan panas-panas,keluar dari oven dah boleh ngap..he he he ..ready je la nescafe o panas kurang manis dan duduk atas sofa sambil tengok nigella lawson the pastry chef tu masak...wah!!!...

Friday, February 13, 2009

are we really in love?......


boxhousestudio di beri masa yang sangat-sangat singkat untuk menyiapkan tugasan kali ini..dengan permintaan kek butter, fondant putih sebagai asas dan di serikan dengan warna kuning serta merah jambu serta tulisan tertera "I love u" ....Boxhousestudio tak sampai hati nak kata tidak pada cik adik Kiren ne...tapi lega, dah pun sampai ke tangannya, minta di hantar ke Proton City..thank you dear...jangan buat boxhousestudio cam gini lagi k....ligat mengerah idea jadinya.....he he he...alamak gambar kek tak berapa sharp, shooting masa kek atas riba dalam kereta tengah gelap...ish..ish..ish....

Thursday, February 12, 2009

tahun lepas anak cik mamu bertunang...tahun ni dah nak kawin, dengarnya bulan 5 ne..

cupcakes ne buat reza dan rini yang bertunang tahun lepas...tetiba teringat...

masa anak lelaki cik mamu bertunang, boxhousestudio tolong sediakan cupcakes fondant tema cream dan kuning serta moist chocolate cake...dengarnya bila nak kahwin nanti tema nak yang sama juga....dah ke kedua-dua belah pehak mendapat kata sepakat?..kalau jadi bakal-bakal terbang ke kelantanlah boxhousestudio menghantar pengantin...seronok tu...

Monday, February 9, 2009

THANK YOU TERATAK IMPIAN ...

Boxhousestudio singgah umah kzai empunya teratak impian..langkah kanan...teratak impian kata mai amek award-award...banyak tu...rupanya kzai terima hadiah ni dari Ina pemilik INAHAR'S COOKING TIMES.....
pada peminat Boxhousestudio...meh la ambil sama buah tangan ne..memang cantek..amek la...



Sunday, February 8, 2009

Chocolate Ball untuk BIrthday Hadi juga....







Oh ya, masa Birthday Hadi semalam, Boxhousestudio sediakan juga Chocolate Balls yang di hiaskan dengan cup berwarni warni kegemaran kanda boxousestudio..hijau, merah, kuning...warna-warna reggae..yehhhh...nampak meriah kan?..boxhousestudio suka...tambah-tambah dengan lapik kertas merah-merah camgitu...Happy Birthday HADI!!!

Happy 11th Birthday to HADI...



Selamat Hari Jadi Hadi, auntie ucapkan...semoga menjadi anak yang soleh...amin...

Kelmarin terima sms dan e-mail dari Radiah lagi, nak order bagi pehak kakak iparnya..kus semangat..mana taknya ingat Radiah nak ambil hari Isnin 9-2-2009 rupanya 8-2-2009 hari ahad...apa lagi..subuh-subuh Boxhousestudio start le projek...miss projek nak ke Cameroon Highlands ngan mak mertua..he he he ..apa apa pun terima kasih Radiah, terima kasih banyak-banyak...sangat-sangat berbesar hari kerana selalu memberi kepercayaan pada Boxhousestudio untuk menyiapkan sebarang tempahan...Alhamdulillah...

Radiah tolong orderkan bagi pehak kakak iparnya

Saturday, February 7, 2009

BUTTER CAKE & STEAM BUTTERCREAM WITH NATURAL FONDANT FLOWERS




boxhousestudio buat kek butter guna acuan bulat 8 inci dan 6 inci..pastu salut dengan steam buttercream serta bunga-bunga dari fondant ... smooth nya steam buttercream ni...masa eena datang dengan emaknya kelmarin...dia beri tunjuk ajar camne nak buat ...terima kasih banyak-banyak...kami bertukar-tukar pengalaman masa hari tu...pastu taksangka la pula ambil masa yang lama untuk menyusun bunga-bungaan atas kek tersebut...sebelum tu boxhousestudio adalah buat rujukan dari blog-blog masakan dalam dan luar negeri untuk mendapatkan idea..walaupun sometime kita dah visualise kan dalam minda...bila praktikal...lain pula yang jadinya...so ada iras-iras warna kek kahwin maya karin dak?...ewah...tema hitam putih camgitu...mmm....

Thursday, February 5, 2009

Eena and kak siah datang umah main masak-masak..

eena duk kl, datang umah boxhousestudio ngan maknya masa cuti hari wilayah persekutuan baru-baru ne...kitaorang main masak-masak, buat cheesecake, muffin ngan brownies serta test power buat steam butter cream dan sempat prepare satu kek butter dengan acuan berbentuk graduate...ha ha tunggu...wokeh..kalu ikut hati tak nak kasi dia orang balik...rasa nak berbaking je...he he he....tapi esok eena kerja, kesian gak kat mak dia...sib baik abang nie...suami kak siah sporting...terima kasih abang nie (dia ne abah boxhousestudionya sepupu)...lepaskan dia orang berdua ne....terima kasih daun keladi..lain kali datang lagi...tapi bawa epi ngan kamil ngan abang nie sekali k...

ini cheesecake...yang pasti bila cheese+coklat+caramel..sedap tak terkata...pasti mengena je rasanya...tak leh jadi nih...nak kena buat lagi...ha ha ha...

ini muffin blueberry...blueberry nya menyorok kat dalam muffin tu...he he he

ini brownies..top with ganache...saja tak potong kecik-kecik...suka tengok rupa dia camgini...